Monday, September 28, 2009

-MANSUH UNDI POS!!!

AMK Gesa SPR Mansuh Undi Pos

AMK konsisten dengan pendirian Pakatan Rakyat sebelum ini dalam memorandum yang dianjurkan bersih kepada Yang Dipertuan Agong untuk menghapuskan undi pos. Itu menunjukkan bahawa undi pos ini adalah kaedah undi yang tidak lagi boleh digunapakai kerana sudah lapuk, jadi ianya perlu dikaji semula.AMK melihat kerajaan UBN telah mengambil kelebihan daripada undian pos ini dimana sistem pengundiannya adalah tidak telus dan akan meletakkan sesiapa sahaja yang terlibat dengan undi pos dalam keadaan serba salah. Ini adalah kerana undi yang diberi oleh mereka adalah tidak telus dan boleh ditentukan oleh kerajaan.Kerahsiaan undi adalah satu faktor asasi dalam proses pemilihan ini dan tujuan diwujudkan peruntukan untuk pengundi tidak hadir adalah bagi membolehkan rakyat yang tidak bermastautin di dalam satu-satu bahagian pilihanraya menjalankan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pemilih.Ini kerana soal seperti nombor siri yang berada di kertas undi dan menyebabkan mereka yang memilih undi diketahui oleh pihak lawan dan pihak SPR. Itu menunjukkan undi itu tidak lagi menjadi undi yang rahsia dan bebanan kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan undi pos.



Perkara keduanya ialah reputasi pengundi pos di mana yang termaktub dalam undang-undang bagi pengundi yang hadir dalam sesuatlu pilihan raya, dalam keadaan negara sekarang keadaan aman dan tidak ada peperangan dan sebagainya sepertimana yang berlaku sewaktu zaman kita memerangi komunis dahulu, itu menunjukkan mereka yang berada dalam pengundi pos berada dalam keadaan kawasan kem dan kawasan-kawasan pengundi tidak perlu sebenarnya kepada pengundi pos ini.Dengan sebab itu kita menuntut kepada SPR yang mendesak sebenarnya kepada perubahan politik dan juga undang-undang kerana dari segi asasnya perlembagaan memperuntukkan bahawa setiap orang berhak mengundi tanpa rasa takut dan fobia dan undi mereka dijamin dari segi kerahsiaan.Antara mereka yang tidak bermastautin ini ialah anggota keselamatan yang bertugas di perbatasan atau di medan pertempuran atau mereka yang menjalankan tugas-tugas kritikal lain semasa hari mengundi.Sudah tentu anggota tentera yang bermastautin di dalam kem atau di dalam sesuatu bahagian pilihanraya sesama keadaan aman, apatah lagi suami atau isteri mereka tidak dimaksudkan sebagai pengundi tidak hadir oleh penggubal Perlembagaan dan undang-undang.



Kita kembali kepada rakyat kerana kita melihat SPR tidak bersungguh-sungguh untuk membuat perubahan dalam sistem undi pos ini. Dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang contoh, SPR didesak supaya mengkaji semula prosedur undi pos.Ini termasuklah memorandum yang dihantar oleh Pakatan Rakyat kepada pihak SPR supaya mengkaji aspek-aspek teknikal kepada pengundi pos. Sebagai contoh, esok kita ada pertemuan yang kedua dengan SPR dalam hal pengundian pos ini. Dengan itu saya melihat kenyataan dan keterangan Timbalan Pengerusi SPR baru-baru ini yang mengambil mudah pendekatan dan juga keyakinan kita terhadap undi pos ini apabila beliau menyatakan SPR tidak kiralah sama ada semua pihak akan meneruskan dengan sistem undi ini.AMK memandang berat kegagalan atau mungkin keengganan untuk memahami niat penggubal undang-undang ini. Prinsip yang harus dipatuhi ialah ‘the intention of the legislator is law'.Tindakan memaksa pengundi dari kalangan anggota tentera dan suami atau isteri mereka menjadi pengundi tidak hadir dan menafikan hak mereka untuk mengundi sama seperti rakyat Malaysia yang lain dan ini telah mencabul Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa setiap rakyat adalah samarata dan tidak boleh didiskriminasi atas sebarang faktor termasuk profesion mereka.



Selan itu, AMK mengajak semua pihak yang terlibat agar prihatin dengan pelaksanaan demokrasi tulen di Malaysia dengan mengadakan Forum Rakyat bagi membincangkan secara khusus persoalan undi pos atau pengundi tidak hadir ini.Forum Rakyat ini adalah penting bagi merungkai segala permasalahan dan kelemahan yang wujud serta bagi memastikan setiap undi adalah benar-benar bebas dan berkesan dalam menzahirkan kehendak sebenar rakyat.AMK akan mengambil inisiatif untuk menganjurkan Forum Rakyat tersebut dengan menjemput semua pihak yang terlibat, termasuk wakil SPR, parti-parti politik, wakil Angkatan Tentera Malaysia, wakil Polis DiRaja Malaysia, organisasi masyarakat (NGO) dan rakyat yang prihatin.Biarlah rakyat yang tentukan apabila mereka mendapat maklumat yang jelas bagaimana undi pos ini boleh terdedah kepada sebarang penipuan yang memberi kelebihan kepada parti pemerintah.



Sudah tiba masanya proses dan sistem pilihanraya berkenaan pengundi pos atau pengundi tidak hadir ini dikaji semula dengan jujur dan dilakukan pindaan sekiranya perlu. Ini untuk mengelakkan anggota tentera, polis dan semua pengundi tidak hadir daripada berada dalam keadaan serba salah dan tidak ada kebebasan untuk membuat pilihan.Keengganan untuk membuat pindaan-pindaan tersebut akan menyebabkan semua pihak terus dengan persepsi bahawa pihak pemerintah UBN mempunyai agenda tersembunyi. Malah selama ini rakyat menganggap pengundi tidak hadir ini adalah faktor penentu yang memberikan kemenangan kepada BN di dalam pilihanraya secara tidak adil.



Sebab itu saya yakin kalau kita pulangkan kepada rakyat, biarlah rakyat membuat keputusan. BN akan menyatakan dengan penuh yakin bahawa ini merupakan bekas kubu kuat mereka kerana mereka mempunyai kelebihan dari segi pengundi pos dan bukan meraih kekuatan dari sokongan rakyat biasa.Persepsi wujud penipuan di dalam proses pilihanraya ini akan menjejaskan kewibawaan kerajaan, merosakkan amalan demokrasi sehingga boleh menyebabkan demokrasi di Malaysia menjadi demokrasi tempang, malah akan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap demokrasi dalam negara ini sendiri.Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, ianya merupakan satu pengkhianatan terhadap negara, pengkhianatan terhadap usaha gigih dan pengorbanan pengasas negara ini serta para pejuang kemerdekaan, pengkhianatan terhadap anggota keselamatan yang sanggup menggadaikan nyawa demi menjamin keselamatan negara dan pengkhianatan kepada rakyat sendiri.



Oleh: Shamsul Iskandar Mohd. Akin - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: