Friday, September 11, 2009

-Seronoknya YB Kulim, Dapat Masuk Paper Utusan Muka Depan...


YB Zul,

Nak pertahankan Islam tak salah malah menjadi kewajipan setiap umat Islam. Tetapi, biarlah sesuatu isu itu ditangani dengan akal bersama timbang-tara yang waras, ambil kira segala aspek yang berkaitan. Bukan hanya menggunakan kekerasan semata-mata, bukan hanya secara terus menuduh, mencerca malah menyindir ahli parlimen yang bertanggungjawab dengan perkataan 'pak janggut'.

Adakah ini sifat seorang YB yang disanjung tinggi? Sepatutnya YB Zul dengan platform terbaik yang dimiliki, boleh bersemuka dengan YB 'pak janggut'. Itu jauh lebih baik daripada melempar kata-kata sindiran yang akhirnya mendapat publisiti daripada Utusan Malaysia. Atau mungkin publisiti begini yang YB mahukan?

Saya masih tak lupa, sewaktu DSAI bercadang untuk mengambil alih kerusi Kulim-BandaBaharu, YB Zul dengan rela hati bersedia berkorban untuk melepaskan kerusi tersebut. Ini diumumkan sendiri oleh YB Zul dalam satu majlis ceramah, atau adakah DSAI memaksa YB Zul pada masa itu? Boleh lihat di sini betapa YB Zul sedia berkorban.

Namun dalam masa yang sama YB Zul sedia berkorban untuk DSAI, di blognya sendiri YB Zul menggunakan pedang orang lain (bak kata pak bakaq) untuk menyatakan betapa YB Zul sebenarnya sayang nak tinggalkan pekerjaan sebagai YB. Boleh refer di sini. Macam tak ikhlas nak berkorban. Depan cakap ok, belakang menangis melalak tak sanggup lepas jawatan.

Kalau tidak, YB Zul pasti tak sepolular hari nie. Kalau tidak, pasti kenyataan atau artikel YB Zul takkan masuk muka depan akhbar utusan.

dunia dunia... orang serupa ini memang ramai... Bukan tak boleh jadi 'hero' wahai YB Zul, tapi biarlah jadi hero yang rasional, bukan hero yang membabibuta. Jumpa la dulu orang berkenaan, bawak berbincang dan ambik tahu cerita dari semua angle. ok

Berikutan posting Zulkifli Nordin yang bertajuk "Al-Baqarah: Alahai sang lembu," Utusan Malaysia hari ini menyiarkan berita bertajuk "Zulkifli bidas 'Pak Janggut'".

Dalam postingnya itu, Mamat tu kata:
Yang paling jelik, ada dikalangan Pak Janggut sanggup memutarbelit ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil. Malah umat Islam Seksyen 23 dipersalahkan kerana tidak bersikap "adil" dalam membantah pembinaan kuil dikawasan kediaman mereka. Umat Islam dipaksa menerima perintah untuk kuil dibina dikawasan kediaman mereka, dan perintah itu dikatakan dibenarkan oleh Al Quran. Malahan umat Islam dikatakan berdosa kerana tidak mengikut Al Quran untuk membenarkan pembinaan kuil.
Tu dia aih! Sampai lagu tu sekali Pak Janggut tu putaq!

Kalau minum arak boleh disebat dengan enam sebatan kerana beratnya kesalahan tersebut, memutarbelitkan ayat Al Quran tentulah lebih besar lagi kesalahannya. Saya cadangkan mana-mana warga Selangor membuat laporan polis sebagai jalan untuk mendakwa si Pak Janggut itu di Mahkamah Syari'ah negeri itu. Saya dok di Wilayah Persekutuan.

Ada orang beritahu saya, Zulkifli juga seorang peguam syar'ie. Bolehlah khidmat beliau diambil untuk mendakwa Pak Janggut yang memutarbelitkan ayat Al Quran itu.

Bercakap fasal Zulkifli, ada orang tanya saya, kenapa Umno dan Barisan Nasional (BN) tak tarik dia menyertai parti itu? Saya kata, "Bangang sangat la Umno kalau dia tarik Zul tu. Biar dia jadi rebel dalam Pakatan Rakyat (PR) jauh lebih menguntungkan Umno".

Ditanya pula kepada saya, mengapa PKR tak ambil tindakan ke atas beliau berikutan beberapa karenahnya sebelum ini. Nak kena jawab lagi. Saya pun kata, "Bangang sangat la PKR kalau dia buat gitu. Apa ke bodohnya tak fasal-fasal nak jadikan dia hero!"

Yang saya tertanya-tanya, adakah PKR tak tahu, ketika Zulkifli berada dalam PAS dahulu, beliau ditolak dari menjadi calon PAS dalam satu mesyuarat Majlis Syura PAS sebelum pilihan raya umum 2004?

Kalau PKR tahu dan depa ambik juga Zulkifli jadi calon, saya hanya nak kata: Padan muka hampa!!

1 comment:

MNA said...

Saya turut mengikuti komentar-komentar YB Zul semenjak beliau menceburi persada politik.

Saya kenal benar dengan YB Zul. Tapi saya rasa beliau dah tak kenal saya lagi sekarang ni.

Waktu itu tahun 1993, dan saya masih lagi budak hingusan di Tahun 3 Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya. Saya terlibat dalam penganjuran "Mock Trial" anjuran Law Society Universiti Malaya bersempena Pesta Konvokesyen UM, di mana YB Zul [ketika itu belum YBlagi] dijemput untuk menjadi Hakim.

Beliau pula merupakan graduan Undang-Undang Universiti Malaya [kiranya senior saya lah tu] dan mendapat bimbingan yang baik dari peguam yang terkenal di zaman tersebut [iaitu Pawanchik Merican]. Beliau boleh practice undang-undang syariah kerana beliau juga memiliki Diploma In Syariah Law & Practice dari Universiti Islam Antarabangsa [UIA]. Beliau sejak dulu lagi memang sudah terkenal dengan kewarakannya, dan sangat berterus-terang dalam menghujahkan pendapat beliau.

Pada hari ini, setelah hampir 16 tahun berlalu, YB Zul masih seperti yang saya kenal dahulu. Berterus-terang tu memanglah sifat terpuji, tetapi dalam senario politik Malaysia terutamanya abdi-abdi UMNO dan BN yang suka mengambil kesempatan, adakalanya sifat berterus-terang boleh merosakkan keharmonian parti politik yang diwakili oleh YB Zul sendiri. Siapa yang rugi kelak ? Kita juga...

Saya juga yakin kalau tak di"tune" betul-betul, "kelemahan" YB Zul ni akan terus dimanipulasi untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Saya tak terperanjat kalau YB Zul ni lama-kelamaan boleh berakhir seperti YB Dato' Ibrahim Ali [Ahli Parlimen Pasir Mas, dan merupakan seorang lagi duri dalam daging di kalangan Ahli-Ahli Parlimen Bukan Kerajaan].

Seruan dari Saudara LSS berkaitan YB Zul ni valid dan wajar diberi perhatian serius oleh DSAI.

MNA

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: