Zionisma adalah gerakan yang diasaskan oleh Theodor Herzl pada tahun 1896 yang mana ia bertujuan adalah untuk mengembalikan orang Yahudi ke Eretz Yisrael, atau Zion, yang lebih sinonimnya Yahudi mahukan semula Baitulmuqaddis dan Tanah Palestin yang di dakwanya sebagai Tanah Israel.
Nama "Zionisme" berasal dari bukit Zion, bukit di mana Rumah ibadat suci mereka di Yerusalem .Para penyokong gerakan ini dipanggil "Zionis" yang mana gerakan Nasionalisma yang berasaskan hegemoni bangsa ini bermula di Bukit Zion.
Nama Israel pula terdiri dari dua perkataan yang di petik dari bahasa bahasa Kan'an iaitu bahasa bangsa di Zaman Nabi Ibrahaim.Perkataan "Yisra" dalam bahasa Kan'an atau can' nanits dan Ibrani lebih merujuk kepada maksud hamba.
Manakala "El" iaitu pangkal kata bahasa kan'an yang menyebut tuhan sebagai "Eloah" dan apabila bangsa arab lahir maka Tuhan di sebut sebagai "Allah".Tetapi bahasa Ibrani menyebutnya sebagai "Elohem"
Jadi andai kedua - dua pangkal perkataan Kan'an dan ibrani ini gabung pada kata dan maknanya maka "Yisra" dan "El" yang berbunyi "Yisrael" atau Israel ia membawa maksud Hamba Tuhan.
Penyokong gerakan Nasionalisma hegemoni bangsa ini berpandukan pada kitab perjanjian baru iaitu talmud dengan menggunakan lambang Bintang Nabi Daud (Star David) sebagai ikon perjuangan mereka dengan cita -cita mahu menjarah setiap inci dunia ini.
Mengapa lambang Bintang Nabi Daud(Star David)?
Ini kerana mengikut sejarah yang tercatat di dalam al - quran,injil dan taurat ada mengisahkan yang mana Nabi daud pernah menyelamatkan kaum Bani Israil ini dari dari ancaman kaum Yabus di atas bukit ini.
Tetapi ingat! Bani Israil ini juga telah mengkhianati Nabi Isa yang mana Rasul utusan tuhan yang juga sebangsa dengannya. Judah salah seorang dari sahabat Nabi Isa telah belot. Judah telah memberitahu soldadu Rom dimana Isa dari Nazareth boleh ditemui. Akhirnya Nabi Isa dapat ditangkap dan disalib. Disinilah permulaan sikap anti-semitik. Penganut agama Kristian yang muncul sesudah wafatnya Nabi Isa merasa amat marah terhadap Judah seorang Yahudi yang belot hinggakan Nabi Isa di salib.
Judah seorang Yahudi belot. Maka penganut agama Kristian benci kepada Yahudi. Sikap anti Yahudi ini dpanggil anti-semitic. Dari babak sejarah inilah asal usul sikap anti-simitik yang rasis.
Tetapi melalui kitab Al-Quran ada menyebut yang mana Judah telah di ubah wajah menjadi Nabi Isa dan kemudian menerima siksaan dan hukuman dari raja ROM yang mana mereka menyangka itu lah "Nabi Isa" sedangkan Nabi Isa telah di angkat ke langit dan akan kembali kedunia ini bersama kelahiran Imam Mahdi.
itu sebagaimana yang di nyatakan dalam kitab suci al - quran tetapi di sini terdapat satu golongan Yahudi yang menentang gerakan zionisme dan menerangkan tentang sejarah Zionisma. Petikan artikel di bawah adalah kenyataan dari puak Yahudi Ortodoks yang menentang Yahudi Zionis yang di sifatkan mereka telah belot pada kitab perjanjian lama(Torah).
Sejarah Zionisma
Orang-orang Yahudi, dari awal, unik dengan identitinya sebagai entiti keagamaan. Melalui tokoh agama yang berkurun-kurun telah menjadi premis disepakati oleh bangsa Yahudi dan juga bangsa bukan Yahudi . Tuntutan iman Yahudi sebagai syarat mendasar untuk mendapatkan pengakuan sebagai orang Yahudi adalah keyakinan dan pematuhan terhadap firman Tuhan, seperti yang telah diwahyukan kepada nenek moyang Mereka (bani israil ketika zaman nabi musa) di Gunung Sinai.
Dalam perkara ini mengikut ajaran-ajaran agama Yahudi yang cukup untuk memenuhi definisi seorang Yahudi iaitu Yahudi sebagai agama dan tradisional sejarah tidak menanggung aspek perkauman jauh sekali sifat hegemoni. Oleh kerana itu, salah satu aspek yang bukan berasal dari Yahudi mampu menjadi proselytized dan mencapai status yang sama sebagai orang Yahudi yang baru lahir.
Sebaliknya, salah satu kelahiran Yahudi(Zionis) yang tidak mengakui keberadaannya yang terikat pada Taurat Yahudi adalah dengan undang-undang Yahudi yang sesat, dan kerana itu mereka telah mengabaikankan semangat kerohanian sebagai seorang Yahudi.
Sepatutnya Yahudi mengakui dan menyaksikan kebesaran Tuhan, melalui ketaatan kepada Taurat yang diberikan oleh yang maha esa kepada orang Yahudi dan tanah Israel sebagai keimanan mereka kepada Allah.
Orang-orang Yahudi pada zaman kuno yang diusir dari tanah Israel di palestin kerana mereka telah gagal untuk memenuhi kewajipan mereka terhadap Yang Maha Esa. Setiap orang Yahudi mengakui hal ini dalam doa-doanya (Umipnei Chatoeinu Golinu Meiartzeinu).
Mereka menerima hukuman pengasingan dari pengusiran itu dan pada saat itu dinyatakan bersumpah demi Allah Yang Maha Besar tidak akan melawan takdir mereka sendiri, dan terutamanya bukannya untuk memberontak terhadap bangsa-bangsa lain di bawah Peraturan yang mereka temui dalam perjanjian lama(taurat).
Sebaliknya, setiap orang Yahudi diperintahkan untuk berdoa bagi keamanan dan kesejahteraan buat pemerintah di bumi yang mereka pijak.
Dalam pada itu bangsa Yahudi yang tinggal selama bertahun-tahun di Tanah Suci( Palestin) untuk tujuan ini, mereka menikmati hubungan yang tenang dan ramah dengan penduduk bukan-Yahudi di sana.
Tetapi Gerakan Zionisma yang di bentuk pada akhir abad ke- 18 telah berusaha untuk mempengaruhi Yahudi dengan semangat Nasionalisma hegemoni yang di lihat begitu Aneh.Secara tak langsung Gerakan ini cuba menghapuskan watak yahudi melalui putar - belit sejarah agama yang sengaja di reka - reka.
Tujuan penerangan ini adalah untuk menjelaskan mengapa orang Yahudi tradisional tidak menyokong Zionisme (kembali ke tanah disebut "Israel") dan mengapa ideologi Zionis sama sekali bertentangan dengan undang-undang Yahudi tradisional dan kepercayaan dan ajaran-ajaran Taurat Suci.
Gerakan Zionis yang juga adalah gerakan politik yang ingin mencari wilayah. Awalnya Zionisma tidak ada sangkut paut dengan agama. Carlifornia, Afrika Selatan, Argentina malah Uganda juga telah dicadangkan sebagai wilayah dimana orang Yahudi boleh mendirikan negara bangsa.
Akhirnya Palestin telah dipilih kerana ada pertalian sejarah antara Yahudi dengan Palestine. Orang Yahudi memang telah menduduki wilayah Palestine dari zaman berzaman. Malah bangsa Yahudi terdapat dipelbagai pelusuk negara Arab.
Pada 2 November 1917 muncul Pengistiharan Balfour - The Balfour Declaration. Ini adalah satu pengistiharan resmi kerajaan British terhadap Palestine. Kerana pada ketika ini Palestine dibawah jagaan British.
Yahudi Ortodoks di seluruh Komuniti Ortodoks di seluruh dunia dan di Tanah Suci Baitul Maqdis pada khususnya, akan merasakan dalam tahap kejayaan Zionis adalah ancaman bahaya bagi masa depan agama Yahudi di Palestin dan di seluruh dunia.
Penduduk Arab mula menunjukkan permusuhan terbuka kepada jiran Yahudi mereka ini semua berpunca dari Kerajaan Inggeris yang gagal untuk membezakan antara kediaman masyarakat Yahudi Ortodoks di Tanah Suci yang didiami dari generasi ke generasi dan pendatang Zionis yang baru tiba dari Eropah.
Dengan pengambilalihan dan penjajahan yang di lakukan oleh kaum nasionalis Zionis yang baru telah menetapkan tekanan dan kezaliman pada masyarakat arab Palestin, mereka membentuk vaad Haleumi Leknesset Yisroel (Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Yahudi).
Dalam pada masa yang sama Jawatankuasa ini telah mengabaikan hak-hak penduduk veteran Yahudi Ortodoks.Mereka(Yahudi Ortodoks) yang tidak mengakui keabsahan negara Yahudi yang baru di bina bagi mengekalkan ketaatan dan kesetiaan mereka demi warisan agama yang di anut dari Nabi Musa.
Dalam Pada masa yang sama mereka masih menghormati hak penduduk dan penganut agama lain dengan membantah dasar kemuculan baru kaum nasionalis Zionisma yang baru tiba dari eropah.
Penduduk Yahudi Ortodok pada ketika itu enggan tuntuk kepada "orde baru" Zionisma yang baru di bawa dari eropah dan pada masa yang sama mereka mengemukan rayuan "pengecualian" kepada Liga Bangsa - Bangsa Bersatu.
Impak dari Rayuan itu mereka telah di berikan "hak Pengecualian" untuk tidak bekerjasama dalam Haleumi vaad.Melalui penuntutan hak dan syarat - syarat yang mereka tidak di paksa untuk menyertai Haleumi vaad tapi punya kebebasan dan hak jika ingin menyatakan keinginan secara bertulis.Pada ketika itu Ribuan Yahudi melakukannya.
Itulah yang sebenarnya berlaku hingga pada November 1948 PBB menyetujui pembentukan sebuah negara zionis yang di tanda tangani melalui perjanjian balfour.Mereka(Yahudi Ortodoks) tak menyangka bahawa kejayaan pembentukan negara Zionis adalah usaha kearah pembentukan satu lagi wadah kesesatan dunia yang mana ia melahirkan satu lagi jenis Yahudi yang di panggil Zionis.
Mereka (Yahudi Ortodoks) sama sekali tak menyangka pembentukan negara Zionis telah membawa kepada pencabulan hak autonomi penduduk Yahudi Ortodoks di tanah suci mereka di jerusalem dan baitul maqdis sejak detik itu sehinggalah ke hari ini.
Jadi tidak hairan lah jika ada di antara mereka (Yahudi Ortodoks) pada hari ini yang menyertai sayap bersenjata PFLP (People Front Liberation of Palestin) dan DFLP (Democratic Front Liberation of Palestin) turut bersama - sama Hamas berjuang demi mengembalikan kemerdekaan Palestin dan hak autonomi Yahudi Ortodoks.
Apabila Zionis berjaya mendakap kejayaan dalam memperoleh kuasa baru secara "haram" maka mereka mengambil kesempatan ini untuk mengubah - suai identiti kaum Yahudi yang baru dari Ortodoks kepada Zionis.
Dengan itu mereka secara sistematik mula membentuk pemikiran generasi Yahudi yang baru sesuai degan prinsip - prinsip Nasionalis Zionisma seperti yang mereka cita - citakan.Melalui Jabatan agama Yahudi yang cipta sebahagian dari kaum pendeta Yahudi telah di kerahkan untuk merealisasikan Impian mereka dalam menyerlahkan fahaman keagamaan Zionisma.
Rabbi - Rabbi Yahudi yang masih setia dengan iman mereka melihat Nasionalis Zionisma yang mengambil pendekatan untuk berkonflik dengan jiran - jiran arab dan menjauhi perdamaian jelas bertentangan dengan cara hidup mereka yang mereka warisi sejak nenek moyang mereka.
oleh itu mereka(Yahudi Ortodoks) mengambil keputusan enggan di identifikasi kan sebagai Yahudi Israel tetapi mahu terus di gelar sebagai Yahudi Ortodoks yang pada akhirnya menjadi puak Yahudi anti - Zionis.
Mereka (Yahudi Ortodoks) juga mengemuka kan rayuan kepada PBB agar menisytiharkan Baitulmaqdis sebagai Bandar Antarabangsa(tak boleh di miliki oleh sesiapa mahu pun Israel) melalui rayuan "diplocatic corps" yang di rayu melalui pegawai - pegawai petugas PBB di Baitulmaqdis namun usaha itu gagal.
Oleh kerana itu mereka terpaksa berdepan dengan pilihan sama ada untuk menjadi sebahagian dari negara Zionis ataupun meninggalkan baitulmaqdis yang menjadi tanah nenek moyang mereka dan menjadi Puak Penentang kepada Zionis
Ini kerana mereka cukup bimbang dengan ini puak - puak Zionis menjadi terlalu angkuh sehingga dalam sejarah mereka berani mencabar sang pencipta seperti yang di nyatakan dalam ayat jeremich "yang terpaling buruk dan pahit sekali bagi umat di atas dunia ialah mencabar Yang maha Esa"
Oleh itu mereka menyatakan dengan tegas mereka tak mahu bersengkongkol puak - puak Nasionalis Zionisma atas nama "israel" kerana apa yang telah mereka(Zionis) lakukan jelas melampaui batas - batas agama Yahudi dan mencemari kesucian hari sabbath kerana melakukan penodaan dan paksaan ke atas umat manusia.
Oleh yang demikian mereka(Yahudi Ortodoks) merasakan apa yang di lakukan oleh Zionis telah mencemari kudus situs apabila mereka mengekal orang - orang bukan agama untuk menjaga tempat suci seperti Safed dn Beat Shearim.
Dan dari itu mereka(yahudi anti - zionis) merasakan perlunya seluruh Umat Manusia membantu mereka(yahudi Ortodoks) bersama bangsa palestin memperjuangkan hak dalam membina sebuah negara yang Merdeka yang mana di dalam nya bangsa arab dan yahudi boleh hidup aman damai tanpa cabuli oleh tangan - tangan kotor Zionis
Yahudi Ortodoks Mendakwa Zionis sebenarnya tak mewakili Bangsa Yahudi
Sejak dari awal Negara Zionis di bentuk dan menjalinkan hubungan dengan negara - negara di dunia mereka(Zionis) mendakwa mereka mewakili bangsa Israel dan orang - orang yahudi keseluruhannya tetapi mereka(yahudi ortodoks) menafikan sekeras - kerasnya dakwaan itu berkata.
"Oleh kerana itu, kami yang terus menjunjung tinggi tradisi tidak pernah berubah daripada orang Yahudi mencarinya lagi tepat untuk menerangkan perkara-perkara berikut":
Seorang Yahudi adalah orang yang tetap setia kepada hukum-hukum agama Yahudi, iaitu Kitab Taurat dan perintah-perintah Suci.
Orang-orang Yahudi menjadi orang-orang yang sebelum mereka(zionis) memiliki tanah mereka sendiri, dan terus ada sebagai Umat manusia selepas mereka pergi Ke pengasingan(pengusiran), kerana kami adalah orang yang didasarkan hanya pada ajaran Taurat bukan Talmud.
1 comment:
Kajian yg ckup menarik & hebat. Apa buku² rujukan pd cerita ni? Sy sebenarny nk cari penulisan kitab Taurat yg origin utk d analisis. Jika jumpa, sila emailkn kpd azreen006@gmail.com
Post a Comment