Wednesday, July 28, 2010

Pada mereka yang tak memahami jiwa insani


kadangkala mereka melihat ku sekadar insan sosialis,

Kadangkala aku hanya di lihat sekadar insan yang melukut di tepi gantang.
berjalan dengan pakaian yang lusuh dan compang - camping aku di lihat hina di kalangan rakan yang yang hidup dalam arus feudalisme.Itu semua kerna mereka takkan faham apabila ku melihat dunia dari kacamata seorang manusia.

Itu kerna mereka takkan faham di kala aku melihat dunia di kaca mata seorang insan.Kadangkala aku di sangka gila kerna berjalan seorang diri dilorong - lorong,itu semua mereka takkan faham di kala aku memerhati sakit derita luka - luka masyarakat.

Itu kerna mereka takkan faham di kala ku mengalirkan air mata melihat perjuangan seorang ibu yang mengandar kelima - lima anak dalam mencari rezeki.Ibu itu berjuang melawan melawan kemiskinan sekali gus menurunkan peratus kemiskinan di negara ini,namun seperti biasa kita akan kedengaran akan pepatah berkata lembu punya susu sapi dapat nama.



Aku melihat ke atas,mereka begitu gah berkata mereka berjaya mengekang kemiskinan sedang ibu itu yang kehilangan suami meredah hujan lebat dalam mengandar kelima - lima anaknya pulang dari mencari rezeki.Kelima - lima anak itu melambai ke arah ku,sedang jauh di sanubari ku kadang ku terfikir sudah kah mereka menjamah sesuap nasi?

Dalam menikmati keseronokan berehat di atas"seat" kereta mewah rakan ku yang berjenama Honda civic berwarna merah kekadang aku merasakan betapa sang pemuja politik semakin hari melupakan insan marhein yang semakin hari semakin tertindas.

Hari ini di sebuah pasaraya milik sebuah syarikat kapitalis,dalam memerhati insan yang sibuk mengejar kemewahan dunia di celah - celah ku lihat dua anak kecil di seret oleh dua orang pengawal keselamatan.Lantas aku bertanya kepada pengawal keselamatan itu apa kah kesalahan dua orang budak perempuan yang berumur dalam lingkungan 4 - 5 tahun.

Mengapa begitu zalim si pengawal keselamatan tidakkah boleh di lepaskan sahaja kedua - dua anak kecil itu?mereka masih kecil lantas aku memintas pengawal keselamatan tersebut dan bertanya apakah kesalahan kedua - dua anak kecil itu hingga mereka di seret begitu rupa.

Siapakah yang mampu melihat tangisan yang mengalir jauh di lubuk hati ku bila pengawal keselamatan tersebut menjawab yang mana kesalahan kedua - dua anak kecil itu mencuri 2 buku roti dan sebotol air oren untuk mengisi perut yang amat lapar kerana ibu anak - anak yang kehilangan bapa tersebut tak mampu nak menyediakan makan pagi dan tengah hari kerana kesempitan hidup.

Kata kedua budak perempuan yang comel tersebut mereka hanya menjamah sesuap nasi apabila malam tiba itu pun sesudah ibunya pulang dari mencari rezeki dan membawakan mereka "sesuatu" untuk di jamah.Ku mohon pada si pengawal keselamatan dan aku berjanji akan bayar harga makanan yang di curi biar hampi habis wang RM20 yang di berikan oleh rakan ku yang memiliki honda civic merah itu.

Malam itu aku berlapar lagi tapi aku rasa aku puas kerana aku merasai apa yang di deritai oleh kedua - dua anak kecil itu.Sampai begitu zalim sekali sang pemerintah meragut kemakmuran milik insan marhaein,milik orang miskin.

Mereka tak faham apa itu sosialis,

mereka tak faham apa itu Insani,

Mereka tak faham kekayaan ekonomi negara ini milik siapa,

Mereka takkan faham jiwa insan Marhaein,

Mereka takkan faham sakit derita dan luka - luka orang miskin,

Mereka takkan faham sakit derita dan luka - luka rakyat,

Mereka takan faham mengapa aku yang bukan si pemuja politik berjuang untuk mereka yang miskin,

Mereka takkan faham mengapa aku yang bukan si pemuja politik berimejkan seorang si miskin di tengah - tengah pemuja - pemuja politik yang borjuis.

Mereka takkan faham,

Bob takkan faham,loloq takkan faham,shark takkan faham,afny takkan faham,afiz pun takkan faham, malah sahabat ku yang memiliki honda civic merah tu pun takkan faham.

Esok,lusa aku akan di herdik lagi kerna membawa pemikiran perjuangan untuk orang miskin,kerana mereka hidup di tengah - tengah fantasi kenikmatan arus kehidupan feudal.

Esok atau lusa andai aku meninggalkan dunia ini moga di depan "mahkamah agung" aku boleh jawab di depan "hakim agung" apa pembelaan ku terhadap Insan tertindas dan Orang miskin.


Catatan LeeSlimShady
-9.30 malam,Dataran Merdeka-

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: