Monday, February 22, 2010

-Si Pembohong dan Si Pemfitnah..

Maaf.. Klik bukti lampiran untuk lebih jelas.. TQ..




KUALA LUMPUR - Bohong Saiful terus terserlah apabila pejuang-pejuang siber Pakatan Rakyat telah berjaya mendapatkan nota perbualanperbualan di durjana ini dengan kenalannya di laman sosial Facebook milik Saiful Bukhari yang jelas menunjukkan bahawa dia sememangnya terlibat
dalam konspirasi memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Gambar imej perbualan tersebut telah disiarkan di laman penggemar Facebook ‘I Hate Saiful Bukhari’ yang telah sehingga kini mengumpul lebih 26,000 ahli. Antara lain, perbualan Saiful telah dengan secara nyata
mengatakan bahawa dia meminta para blogger pro-UMNO untuk hanya meletakkan
gambarnya yang ‘kelihatan sedih’ dalam laman-laman web dan laman blog pro-UMNO yang membuat liputan perbicaraan Fitnah2 terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim demi untuk meraih
simpati.

Dia juga telah bersetuju dengan cadangan salah seorang pengguna Facebook pro-
UMNO untuk mengaitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan ‘gereja yang menyokong
homoseksualiti’ dalam usaha untuk mengotorkan lagi imej Ketua Pembangkang itu yang sememangnya diketahui berpendirian tegas menentang serangan terhadap gerejagereja
dalam kemelut isu kalimah ‘Allah’ baru-baru ini.

Keangkuhan dan ketidaksopananSaiful dan blogger pro-UMNO ini juga amat nyata apabila beliau juga mencela Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan panggilan yang begitu kasar dan
menghina serta turutmmengheret anak lelaki Anwar, Ihsan dan isterinya dalam
penghinaan tersebut.

Saturday, February 20, 2010

KERAJAAN BERBELANJA RAKYAT MENDERITA

Sampai bila rakyat akan ditipu Oleh kerajaan UMNO pada masa kini rakyat ditipu secara terbuka oleh Kerajaan sedangkan yang DIATAS bersenang lenang rakyat yang DIBAWAH menderita. CONTOHNYA: kerajaan membeli KAPAL SELAM, JET PEJUANG. dan sebagainya tetapi semuanya tiada gunanya untuk rakyat hanya untuk orang-orang atasan sahaja inikah yang di namakan kerajaan prihatin sedangkan bantuan untuk rakyat yang miskin masih belum terbela masih ada yang belum dapat bantuan yang sepatutnya.

Cerita tentang KAPAL SELAM yang dibeli oleh kerajaan katanya untuk keselamatan Negara dan rakyat di malaysia tetapi belum masuk setahun dibeli sudah rosak sudah tak boleh pakai apa cerita sekarang ini siapa pun tidak berani bersuara dimana media-media lapuk diam seribu kata sedangkan ini tentang keselamatan negara kita sampai bila kita sebagai rakyat harus ditipu oleh kerajaan UMNO ini.

bukan sikit duit rakyat digunakan untuk kesenangan diri mereka sendiri walaupun mereka tahu yang ekonomi negara sangat-sangat membimbangkan.

sampai bila rakyat hendak di tindas. kita tengok jelah royalti minyak kelantan sampai sekarang kerajaan UMNO ini berdolak-dalih. Tiba-tiba keluar isu nak bagi wang ehsan. kenapa susah sangat kerajaan UMNO ini nak bagi royalti tu. hai najib kau takut big mama tak dapat shopping ke....inikah pemerintahan yang perlu kita angkat dan sanjung.

sepanjang najib menjadi PM banyak isu telah timbul. KES ALTANTUYA sampai sekarang tak selesai-selesai. yang paling aku nak tergelak tu enjin JET PEJUANG pun boleh hilang.

HA..HA..HA..HA..

Friday, February 19, 2010

UMNGOK YANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.

"Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah," kata Abdul Manan ketika dihubungi.

Jelasnya, keputusan untuk tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini diambil setelah mengambil kira keselesaan orang ramai yang akan hadir dan tidak melibatkan hukum ke atas penganjuran perarakan.

"Kita tidak anjurkan perarakan tahun ini bukan sebab hukum tetapi kerana mengutamakan keselesaan orang ramai yang akan hadir kerana ia dibuat waktu malam.

"Kita takut nanti akan hujan, dan perlu juga ambil kira masalah kesesakan," katanya dan menjelaskan belum ada lagi fatwa yang dikeluarkan berhubung penganjuran perarakan seperti itu.

"(Pahang) belum ada lagi fatwa yang katakan tidak boleh (buat perarakan), pandangan ini juga belum diutarakan lagi. Kalau ada (ulama) yang kata tidak boleh, ia perlu dibawa ke dalam Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.

Di Johor pula, sambutan tahun ini dijangka tetap meriah walau diadakan tanpa perarakan, kata pengarah Jabatan Agama Islam Johor A Rahman Jaffar.

Katanya, sambutan kali ini akan berlangsung sepanjang bulan dengan aktiviti yang dijadualkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan juga di masjid-masjid jamek di setiap daerah.

Program di masjid negeri yang akan dihadiri Sultan Johor itu antaranya akan meliputi titah sultan, ceramah dan majlis berzanji.

"Dahulu kita pernah buat perarakan tapi sekarang tidak ada lagi, lagipun acara perarakan ini tidak dituntut oleh Islam" katanya.

Tambahnya, beberapa kumpulan tetap memohon supaya diadakan perarakan tahun ini, namun cadangan itu ditolak oleh Majlis Agama Islam Johor.

Juga difahamkan, negeri itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa fatwa berkaitan penganjuran perarakan bagi menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

"Kita fokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan masjid dan juga kawasan kubur. Kalau tidak, kita bersihkan kubur waktu hari raya sahaja.

"Kalau perarakan pun cuma sekali saja, lepas itu habis. Kalau kita buat aktiviti kemasyarakatan kita boleh buat secara berterusan," katanya lagi.

Sementara itu, Perlis juga tidak akan mengadakan perarakan bagi sambutan kali ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya.

Ini disahkan oleh exco agama Islam negeri Jefri Othman yang berkata, Perlis sememangnya tidak pernah menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran

"Kita memang dari dulu lagi tidak sambut Maulidur Rasul secara besar-besaran seperti negeri lain," katanya.

apa dah jadi dengan UMNGOK ini masa KM P.PINANG lim guan eng kata takkan ada perarakan di P.PINANG sempena Maulidur Rasul kecoh satu malaysia tapi bila negeri-negeri yang diperintah UMNGOK senyap je aku tengok takkan takda pun nak bersuara tentang isu ini kelakar betul la UMNGOK ni aku.bila kena kat diorang baru la nak pakai fatwa itu la fatwa ini kalau kena kat Pakatan Rakyat bising kecoh satu malaysia (slogan najib). bak kata pepatah "kata dulang paku serpih, kata PR UMNGOK yang lebih"
HAHAHAHA!!! (KETAWA BESAR)....

Thursday, February 18, 2010

BILA KETUA PEMUDA UMNO MULA BERBICARA....

Rakyat bijak nilai politik Anwar - Khairy

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Rakyat boleh menilai dengan bijak tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba mempolitikkan isu pertuduhan liwat terhadapnya termasuk mendakwa wujud konspirasi terhadap beliau.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, beliau yakin tindakan Anwar yang mengadakan ceramah di seluruh negara dengan mendakwa wujud campur tangan politik dalam kesnya itu tidak akan mempengaruhi rakyat.

''Saya rasa rakyat Malaysia boleh menilai. Kalau dibandingkan pada 1999, apabila Anwar pergi ke mahkamah, ribuan penyokongnya akan ikut beliau, tetapi hari ini tidak ramai.

''Jadi saya percaya ramai rakyat Malaysia pada hari ini boleh menilai dengan objektif apa yang sedang berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili lebih 500 Pemuda BN, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penulis blog, menghantar memorandum bantahan terhadap campur tangan pihak asing dalam kes liwat Anwar di Suruhanjaya Tinggi Australia di sini hari ini.

Anwar, 63, sedang dibicarakan bagi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Ditanya sama ada tindakan Anwar mengadakan ceramah berkaitan kes liwatnya boleh dianggap sebagai menghina mahkamah, Khairy berkata, beliau tidak berhasrat memberikan komen berhubung isu itu kerana tidak mahu dianggap cuba campur tangan.

''Hakim sendiri kena buat keputusan kalau ada bukti mengenai perbuatan menghina mahkamah yang diketengahkan kepadanya atau jika beliau sendiri membaca ucapan Anwar atau pemimpin pembangkang lain yang dianggap subjudis.

''Saya tak nak minta hakim buat keputusan, sebab saya tak nak campur tangan. Nanti orang kata, ada gangguan politik," katanya.(PETIKAN DARI UTUSAN MELOYA)





Alamak KJ dh mula bersuara la...
rakyat dh lama pandai menilai mana baik mana buruk yang tak tahu menilai ni ketua pemuda UMNGOK dan konco-konconya. hei...walaupun di mahkamah tak ramai yang hadir tapi kami tetap akan sokong DSAI sehingga mencapai kemenangan.

hei KJ ada hati nak buat demo setakat kau bawa konco-konco kau tu apa barang...
nampaknya kerajaan UMNGOK dah mula gelabah apabila kerajaan australia dan amerika dah mula masuk campur dalam kes KONSPIRASI FITNAH LIWAT II.
kau jadi macam sekarang pun harapkan bapak mertua kau je ada hati nak kritik orang.

takde siapa pun yang suruh kau masuk campur KJ kau diam-diam sudah.

SEBENARNYA MELAYU TAK PERNAH WUJUD

Manusia, dalam makna sempurna, adalah makhluk budi. Saat manusia tunduk pada hukum budi, maka terperciklah sifat-sifat kemanusiaannya.


Budi, atau budhi, memang kata meriah. Semangatnya ada di mana-mana. Sekiranya di Deutschland, kata ini sedondon dengan Geist, atau Bildung, yang bererti ¨mengikat apa yang ada dalam diri manusia.¨ Bahkan, kata budi juga disekutukan dengan pangkal kata Buddha—ajaran hikmah yang gigih meleburkan kelas-kelas dalam masyarakat.


Tatkala budi bertemu daya, lalu membentuklah budaya, akar kata kebudayaan. Demikian hemat Sutan Takdir Alisyahbana dalam Values As Integrating Vorces in Personality, Society and Culture.


Sutan Takdir Alisyahbana merupakan sosok yang mula-mula memadankan kata meriah ini. Maknanya, “saranan fikiran ke arah menatijahkan perkara-perkara yang baik.” Namun, kita sedar, membangunkan budaya bukanlah kerja ranting. Kalau pengalaman Tamadun Melayu saja, binaan budayanya itupun sudah memamah waktu. Sejarahnya panjang, dan terselit kelelahan-kelelahannya yang tersendiri. Kelelahan pertama adalah mencari identiti diri. Dan, kelelahan terakhir adalah salah memaknai diri.


Lalu ada pilihan mudah, di mana ada yang menyandarkan permulaan Tamadun Melayu pada manuskrip terawal, kitab al-’Aqaid an Nasafi. Walhal, Tamadun Melayu bukannya creatio ex nihilo dari abad ke-13.


Melayu itu berleluhur, dan penuh perhiasan. Seni pantun adalah antara kebitaraannya, selain peribahasanya. Pada kedua-duanya terlampir alunan budi bangsa yang merentasi Madagascar hingga ke Hawaii ini. Malah, kehalusan ini dirakam Lim Kim-Hui dalam tesis doktoratnya di Universität Hamburg dengan judul Budi as the Malay Mind: a Philosophical Study of Malay Ways of Reasoning and Emotion in Peribahasa.


Bahkan, atas sisipan nama budi inilah juga, Usman Awang merakamkan sebuah sajaknya. Katanya dengan puitis, Melayu itu ¨akar budi bersulamkan daya.¨ Maksudnya jelas, tanpa pemberdayaan budi takkan terzahir kemolekan kebudayaan Melayu itu. Melayu, sepatutnya kaya dengan budi. Tapi sayunya, Usman Awang ada menambah lagi. Baginya, Melayu itu juga, ¨setia dan sabar tanpa sempadan.¨ Ini barangkali terang melukiskan ciri ketaatan Melayu yang tiada perinya.


Di sinilah yang menarik untuk diteroka—mengapa Melayu boleh setia dan sabar tanpa sempadan?





Apakah sebenarnya bentuk kosmologi Melayu yang terpupuk dalam sejarahnya? Jika dihimbau, kosmologi feudalisme Melayu—yang sabar dan setia tanpa sempadan—ini memang kental dalam jiwanya. Bukan zaman pra-Islam semata, hatta kosmologi feudalisme ini turut mekar pada zaman pasca-Islam. Kunjungan Islam, rupa-rupanya belum cukup ampuh. Semangat feudalisme tidak runtuh, tapi terus terpasak.


Sebab itu, jangan keliru antara Melayu dengan Melayu-Islam, atau dengan Islam. Masing-masing berbeza. ¨Tiada Melayu tanpa Islam¨ itu hakikatnya takrif Melayu yang lemah sejarahnya. Mujur, Islam yang sampai ke sini tak sempat tenggelam di Laut Hindi atau di Laut China Selatan.


Islam, yang menerusi Hikayat Raja-Raja Pasai, dikatakan pertama kali singgah ke Alam Melayu sekurang-kurangnya seawal abad ke-13. Tapi, nun semenjak saat Islam pertama kali diwahyukan di Hira´, tidak pernah terbersit cita-cita feudalisme.


Semak saja pesan-pesan nubuwwah—seluruh tujuannya adalah untuk menghancurkan rasa perbezaan. Lantas, Islam itu berdiri teguh atas nama taqwa. Diri Nabi sendiri, di utus bukanlah sebagai raja, tapi sebagai utusan yang maha esa. Sang Nabi pernah ditawar untuk bertakhta, tapi ditolaknya. Maka, Islam yang pertama sekali - kali sudah berkata tidak pada feudalisme.


Arakian, perlahan-lahan bentuk politik muslim berkembang. Dari khilafah kepada dinasti. Dari Umaiyyah, kepada Abbasiyyah, dan terus bersambung pada Uthmaniyyah dari empayar kepada empayar, sebelum akhirnya runtuh.


Namun, hampir tiada dalam pengalaman politik muslim pasca -Nabi yang benar-benar menjiwai pesan keadilan Islam. Sebaleknya, semuanya seakan terbingkai pada feudalisme, dan tunduk pada takhta yang dikeramatkan. Kejernihan Islam—tanpa feudalisme—segera tersorok ke dalam jubah agamawan istana. Sedangkan, Imam al-Ghazzali dalam Ihya´ ´Ulumuddin, sudah mengingatkan, ¨agamawan yang masuk ke Istana akan hilang cahayanya.¨(lihat lah contoh hari ini di perlihatkan akan perwatakan Harussani Zakaria)


Tidak cukup dengan itu, doktrin ¨pemimpin muslim yang zalim lebih baik dari pemimpin kafir yang adil¨ terus dijaja. Rumusan Ibn Taimiyyah dalam Minhaj as-Sunnah an-Nabawiyyah itu—walaupun dalam konteks yang berbeza—dibiar berumbi dalam fikiran muslim. Sampai selanjutnya, tanda terus tidak mampu untuk menghadirkan makna. Inilah yang terpantul pada Melayu-Islam.

Islam yang pertama kali datang ke Alam Melayu tidak terus mendakap rakyat. Tapi bersimpuh dulu ke lantai istana. Islamlah istana, bererti Islamlah seluruh rakyat jelata. Bertolak saat itu, iman pada Melayu lebih dikenal dari tanda bukan dari makna. Beransur-ansur bersemilah iman istana.

Betapa mudah pengislaman di Alam Melayu. Berbeza di Jawa, seraya perlawanannya cukup sengit. Sebahagian Alam Melayu bertuah, kerana sempat berbaur Buddha sebelum ketibaaan Islam. Justeru, Islam lebih mudah terkamir di belahan lain, berbanding Islam di Pulau Jawa. Tanpa ada sentuhan Buddha sebelumnya, sudah pasti pengislaman memang berganda berat—meski itu belum cukup untuk mengusur feudalisme.

Iman istana, adalah iman yang ditakluk feudalisme. Kerana itu, jarang kita dipotretkan penderhakaan sebagai tindakan mulia, meski perjuangannya adalah untuk mengangkat harakat kemuliaan insan. Mithal saja Hang Jebat, akhirnya yang terpapar pada kita adalah nasib seorang penderhaka demi menegak kan keadilan buat seorang Teman.

Tentu sebuah lagi kebebalan supaya sayugia sekonyong - konyongnya tunduk kepada Feudalisme maka di manipulasi akan watak Hang Tuah yang memiliki kesetiaan yang tiada bersempadan.

Tentu lebih pilu lagi episod Laksamana Bentan yang bangkit melawan feudalisme—demi menuntut keadilan atas kematian isteri yang di zalimi raja. Semuanya adalah natijah yang ditampal dalam tradisi kita dan membebalkan pemikiran generasi supaya jangan sesekali berani melawan feudalisme. Tanpa ehsan, kata istana adalah kata absah. Sebuah hukum saja: derhaka tetap derhaka, murka tetap murka, hukuman tetap hukuman. Tiada pilihan melainkan, Melayu harus ¨setia dan sabar tanpa sempadan.¨ Ini lah kebodohan yang di tampalkan pada hamparan persepsi melayu.

Begitulah jua antara kosmologi Melayu-Islam. Tapi, persoalannya, mengapa Melayu ini terus terwajah demikian meskipun di bawah naungan Islam yang membebaskan itu?

Bukanlah paradoks. Jiwa melayu sudah lama terheret dengan feudalisme. Melayu pra-Islam adalah Melayu yang bergelumang bersama feudalisme. Kosmologi ini terukir kemas pada beberapa prasasti Melayu kuno—yang mengambarkan betapa tebalnya feudalisme dalam masyarakatnya. Ini termasuklah beberapa prasasti Srivijaya yang ditemui di Kota Kapur (Bangka), Telaga Batu (Sumatera Selatan), dll.

Kalau belakangan sewaktu abad ke-4 pula, muncul prasasti Melayu Champa yang jelas menegaskan akibatnya menderhaka. Amaran feudalisme pada penentangnya sangat keras sekali; yang derhaka pada istana, kelak akan terhukum ke neraka seribu tahun (sarivu tjuh kulo ko), dan yang setia dan sabar tanpa sempadan, akan dianugerahkan hadiah dari syurga (labuh nasi svarggah).

Bentuk kosmologi dewaraja sebeginilah yang terus mewarnai kosmologi sebahagian minda Melayu sampai dewasa ini. Meskipun kosmologi teratai beransur menipiskan perbezaan kelas, tapi dampaknya tidak memadai.

Dalam buku Pembinaan Semula Teori Kepemimpinan dan Kepengurusan Rumpun Melayu, Shaharir Mohamad Zain ada memuatkan pengalaman kerajaan Gunung Funan(pernah di ulas oleh seorang pengkaji melayu di laman blog ini). Pada abad ke-11, tercatat atas sebuah prasasti bagaimana sumpah diabadikan. Atas nama api, atas nama Brahma, atas nama Archarya, pegawainya telah dititah agar berikrar patuh pada raja, biar apapun aral yang melanda. Jika derhaka, harus saja mereka menerima segala hukuman ke atas dirinya, keluarganya dan seluruh keturunannya.


Maka, apa lagi yang tinggal untuk kebebasan? apa lagi yang tinggal untuk keadilan?

Sampai detik ini pun, feudalisme tidak berakhir, sekalipun ada khalayak sudah mulai berfikir. Bezanya, tidak seperti dulu, kini institusi feudal bukan lagi bersifat mutlak. Walau bagaimanapun, saki-baki feudalisme dalam minda bangsa Melayu memang sukar dihakis.

Sebab itu, meskipun Melayu itu tampak gagah bertarung dengan imperialisme, tapi akhirnya mereka tetap saja gugup bila bertembung dengan feudalisme. Institusi kuning ini terus dianggap tiang seri pada kebudayaan Melayu dan juga Melayu-Islam. Inilah nasib Banang, bangsa yang terus terbuai pada tanda, biarpun maknanya sekian kali hampa.

Banang, adalah kata pertama untuk bangsa Melayu. Bangsa Banang, atau orang gunung ini(di rujuk dari nama rakyat yang di perintah pada era kerajaan Funan), sentiasa menjadi rakusan politikus yang sentiasa berselingkuh antara istana dan agamawan. Bagi sebahagian rakyatnya, mereka lebih rela menderhaka pada makna-makna, namun tunduk sepi pada tanda-tanda. Jadi, sudah lumrah jika ada yang gementar dengan murka istana, tapi murka Tuhan siapa yang peduli?

Melayu kekal kaku laksana pra -Pasti. Memang malang! Bertuah buat pemimpin bangsa ´budiman´ ini. Terbentang selonggok laba yang tidak ternilai. Itulah Melayu, resmi lalang. Apa kata pemimpin, itulah kebenaran mutlak! apa sahaja keadaan pemimpin,walau jahat,zalim dan keji terus di terima seadanya(contoh yang paling tepat adalah Najib Tun Razak) Melayu bebal tak bertempat, bodoh tak terdidik.

Sehingga itu pun pemimpinnya mahu meluluhkan bangsa dan bahasanya sendiri, itupun kelak dianggapnya wawasan geliga. Malahan, kita rela hanyut menadah titah tanpa berfikir, lantaran semuanya sudah difikirkan oleh sang pemimpin. Kalau ada gugatan, maka pandai pula mereka berselindung di sebalik tirai kuning dan tabir mimbar(lihat saja fenomena Harussani Zakaria dan tragedi pencabulan demokrasi di perak). Benar sekali Usman Awang. Melayu itu “setia dan sabar tanpa sempadan,” sungguhpun kepimpinannya amat sewel dan amat bebal sekali.

Sebab itu, kita tidak perlu bangga dengan kata budaya lagi. Takrif Sutan Takdir Alisyahbana masih gagal dimaknai dalam jiwa - jiwa bangsa ini. Budaya itu adalah kata suci. Tapi, budaya Melayu yang dibangunkan adalah feudalisme: mudah ikut ketua, bukan mudah lupa ,itu ternyata tidak sesuci maknanya

Andai kata sampai pada Suatu masa nanti satu gerakan ketumbukan berpaksikan satu Pakatan yang di tegak kan oleh Rakyat,melaungkan laungan sosialisma Ketuanan Rakyat dengan ampuh berjaya menawan mercu pemerintahan melayu ini,mungkin dia jua akan tunduk membisu pada feudalisme.

Akan tetapi cita - cita membina satu hamparan kerajaan atas nama keadilan lantas menumbangkan kebebalan citra - putraresa Melayu yang tak pernah wujud dan sengaja membebalkan pemikiran manusia pasti berjaya.

Islam melorong ke arah pemerintahan rakyat yang adil dan saksama,tetapi pancawarna pembebalan fikiran manusia ke arah idealisma mazhab Melayu - Islam yang menjadi penipu kepada umat nabi Allah yang melorong manusia ke arah pemerintahan yang bersandar feudalisme yang sombong dan dangkal mengundang umat melayu itu sendiri ke arah era yang penuh dengan kehinaan.

hakim kata aku tetap hakim

Liwat II: Hakim Kata Aku Tetap Hakim
Seperti diduga, perjalanan perbicaraan kes liwat Anwar masih mengikut skrip yang diilhamkan pengarah veteran itu.

Dan baru sebentar tadi pelakon utama filem Sodomi II, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah yang bertindak sebagai Hakim menolak permohonan Anwar agar beliau menarik diri daripada mendengar perbicaraan.

Justeru, Mahkamah meneruskan prosiding dengan sesi soal balas terhadap pelakon tambahan bernama Sayfool Azlan yang bertindak sebagai saksi utama filem itu.....

Renungan buat Rakyat Malaysia..

Terjemahan surah 'AbasaDengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

[1] Ia memasamkan muka dan berpaling,
[2] Kerana ia didatangi orang buta.
[3] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! -
[4] Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.
[5] Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran),
[6] Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya.
[7] Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya).
[8] Adapun orang yang segera datang kepadamu,
[9] Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah), -
[10] Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.
[11] Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).
[12] Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.

Pemuda UMNO tak cool.. Dulu kutuk AMK demo.. Sekarang?????

Kenyataan Media 18 Oktober 2010

Demonstrasi Pemuda UMNO: Bukti Malaysia tidak peduli tuntutan masyarakat dunia


Angkatan Muda Keadilan Malaysia menganggap adalah sia-sia tindakan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk membantah dan mengecam tuntutan ahli-ahli Parlimen Australia yang menuntut agar perbicaraan konspirasi jahat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dihentikan.

Tuduhan dan perbicaraan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah satu usaha terdesak oleh sebuah rejim yang terus berusaha untuk menggenggam kuasa sedangkan rakyat sudah tidak lagi memberikan sokongan kepadanya. Justeru Dato’ Seri Najib Razak dan Barisan Nasional terpaksa mengharapkan kepada fitnah dan konspirasi.

Keterangan-keterangan yang tidak masuk akal yang dilemparkan dan usaha menghalang tertuduh mendapatkan bukti dan senarai saksi menyebabkan bukan sahaja rakyat Malaysia, malah masyarakat dunia, melihat perbicaraan itu sebagai perbicaraan sandiwara atau sham trial. Justeru khalayak dunia yang berpegang kepada nilai keadilan akan terus mengecam kezaliman ini dan menuntut ia dihentikan. Ulama terkenal telah mengkritik perbicaraan fitnah ini. Ahli-ahli Parlimen Australia menuntut ia dihentikan. Pengerusi Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat menuntut agar Dato’ Seri Anwar Ibrahim diberikan keadilan.

Selepas ini akan lebih ramai pemimpin dari lebih banyak negara yang akan menyuarakan pendirian mereka terhadap usaha terdesak BN untuk mengekalkan cengkaman kuasa mereka. Tindakan tidak peduli terhadap tuntutan masyarakat dunia ini dan malah usaha untuk membantahnya akan hanya menjejaskan kedudukan Malaysia di mata dunia. Tuntutan agar negara lain tidak peduli dengan segala kezaliman yang berlaku di dalam negara akan hanya mengasingkan Malaysia daripada komuniti demokratik dunia. Risikonya ialah Malaysia mungkin akan tergolong sebagai negara pariah yang terpinggir dan dipulaukan.

Perjalanan kangaroo court yang membicarakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini akan menjejaskan dengan teruk kredibiliti sistem kehakiman Malaysia. Syarikat-syarikat asing tidak akan mempunyai keyakinan untuk melabur dan berurusan dengan Malaysia sekiranya mereka tidak mempunyai keyakinan akan dilindungi undang-undang dan mahkamah yang adil. Perbicaraan-perbicaraan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan skandal perlantikan hakim dalam kes VK Lingam membina keyakinan bahawa mahkamah di Malaysia boleh dimanipulasi dan diperkudakan untuk mengikut telunjuk pemerintah.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia dengan ini menggesa semua pihak menghentikan usaha sia-sia membantah tuntutan masyarakat dunia untuk keadilan ini. Sebaliknya Malaysia perlu memberikan tumpuan dan berusaha untuk memastikan negara ini mampu menjadi sebahagian warga dunia yang bertanggungjawab di mana keadilan ditegakkan dan mahkamah tidak diperalatkan.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Tuesday, February 16, 2010

Satu Dunia Tahu Anwar Tak Salah pasal Ini Semua Fitnah Si United MuNkEeE(UMNO)


Pada Ketika Rakan Dari Australia Menelefon LSS pada Malam Selepas Majlis Tahlil Arwah Ayah ,Rakan Sekampus Yang Sama Belajar di Korea memaklumkan melalui kerajaan Australia bersama 50 ahli Parlimennya Membantah Dakwaan Liwat Keatas Anwar Ibrahim.

Kumpulan 50 ahli Parlimen tersebut menghantar memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Di Canberra iaitu Salman Bin Ahmad.Berasama Ahli Parlimen ,Senator dan para aktivis dan penyokong - penyokong dari Parti Kebangsaan dan Liberal berarak berasama - sama dalam menyerahkan Memorandum sebagai Tanda Protes terhadap Dakwaan Fitnah Terhadap Anwar.

Antara ulasan dan mesej yang cuba di sampaikan kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia salah seorang Ahli Parlimen dari Parti Kebangsaan dan Liberal berkata tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim buat kedua kali nya di lihat sebagai satu fitnah dan usaha untuk menjatuhkan pemimpin dunia itu.

Sistem kehakiman Malaysia juga di kritik hebat oleh pakar undang - undang dari seluruh negara kerana jarang berlaku dalam sejarah penghakiman apabila "judiacial Riview" di di lakukan pada awal perbicaraa.

Ada juga yang menuduh sistem kehakiman kita "pincang" apabila buat pertama kalinya dalam sejarah kehakiman terjadi apabila pihak pembalaan di halang dari membuat proses pembelaan iaitu salah satunya ialah menyoal balas soalan kepada mangsa yang kononya membuat pendakwaan.

Kata Micheal Danby iaitu ahli kerajaan yang juga ketua Urusan luar negeri dari Parti Buruh menyifatkan tuduhan - tuduhan yang di lemparkan ke atas Anwar tanpa bukti - bukti yang kukuh akan menyebabkan hubungan dan persepsi dunia terhadap malaysia.

"semua orang kenal rapat siapa anwar ibrahim dan kenal akan keperibadiannya dan apabila hal ini berlaku buat kali keduanya ini pasti telah memalukan sistem demokrasi dan pengadilan di malaysia" kata Danby lagi.

Bekas ketua pembangkang Parlimen Australia Malcolm Turnbull dan Bob Brown adalah pemimpin parti hijau yang yang menanda tangani memorandum bantahan itu di ikuti oleh Senator Nick Xenophon dari Parti Buruh Front Bench.

Dalam temuramah ketika demonstrasi bantahan di depan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra Para Demonstran dari seluruh Parti Politik dan para Aktivis Menyampaikan Mesej dengan Berkata "Kami berharap agar Rakyat malaysia dapat membuka mata akan ketidakadilan ini kerana walaupun kami di sini kami amat sedar itu adalah satu konspirasi daan jika begitu kami di sini akan sentiasa bersama Rakyat Malaysia akan teruis membantah Dakwaan ini"

Senator Nick Xenophon dan Ketua Urusan Luar Negara Parlimen Australia Danby menyelar Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Mohamad Zabidin Md Diah kerana bersikap "bias" dan berat sebelah dalam mengendali kan Kes.

Mereka juga menuduh Hakim Mahkamah Tinggi itu sudah pun di beli oleh pihak -pihak tertentu dan jika itu mereka merasakan Hakim itu(Mohamad Zabidin) tidak layak Mengendalikan kan Kes Ini.

Sunday, February 14, 2010

Al-fatihah...

DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA BAPA KEPADA SAUDARA LEE; AUTHOR BLOG AMK SHAH ALAM TELAH PERGI KE RAHMATULLAH.. AL- FATIHAH..

Gong Xi Fa Chai.. Happy Chinese New Year..


Thursday, February 11, 2010

YBhg Datuk Kamariah Hussain,
Chairman,
Tax Review Panel,
Ministry of Finance,
Malaysia.


YBhg Datuk,

I refer to the statement of yours, as follows :


"...The implementation of the Goods and Services Tax (GST) will not lead to price increases. This is due to GST will be offset by the abolishment of the sales and services tax (SST).

With GST, the consumers would pay 4.0 per cent tax compared with the current service tax of 5.0 per cent and sales tax of 10 per cent. Consumers currently pay about 2.8 per cent in tax in the prices of goods purchased but with GST, the tax element will be reduced to 2.5 per cent. Based on this, logically the price should decrease as registrants will be able to claim on GST incurred on their inputs.

Ministry of Domestic Trade, Cooperative and Consumerism is coming up with a regulation to address issues of businesses taking advantage and keeping the savings to themselves instead of passing on savings to consumers.

The government currently collects a revenue of almost RM11 billion to RM12 billion from SST. However, under the GST system there will be an estimated shortfall of RM1 billion in revenue. In order to collect the same amount, the government would have to impose a 4.2 per cent GST rate.

The proposed GST model is a broad-based consumption tax in the form of value added tax and it covers all sectors of the economy as well as imposed on the supply of goods and services and is reported that the government aimed to fully implement the GST in mid 2011.

Currently, more than 140 countries have implemented GST and if based on the earlier Malaysia Company, Individual and GST Tax Compared with ASEAN Memberspost, Malaysia 4% GST will be the lowest in the ASEAN countries.

To conclude, the implementation of the GST will indeed decrease the price and not increase the price of the products and services in mid 2011..."

While I acknowledge that with the current financial situation of the country, GST is inevitable. But I am afraid that if we believe with what was said by you, we will be fooled. No doubt that certain goods, especially in food outlets like KFC and Pizza Hut , there will be reduced in price because of lower 4% tax as compared to the 5% government tax, and some goods with 10% sales tax, but the number are not big. In fact those who are not eating out may not be affected at all. But how about those who are eating at home? Everything will be slapped with a 4% GST, and in fact household expense should increase by 4%. Therefore the statement of no price increase (or rather no expenses increase for us) is irresponsible and misleading.

Our expenses will certainly increase with the broad base 4% GST over very much wider range of products and goods. The government may have to collect less for the current sales and service tax structure for limited number of goods like KFC chicken or MCDonald Hamburger or Starbuck coffee, but surely the government will collect more tax revenues with the extra 4% collection from many other goods will be very much higher than the reduction of taxes for certain goods.

Again, sorry YBhg Datuk. I can think and cannot be so easily fooled. The only way that prices can be reduced if the producers or merchants reduce the price, as additional tax alone is a price up for the consumers, except for those goods under the current sales tax and service tax structure.

Thanks and kind regards,

MNA
Shah Alam.

Wednesday, February 10, 2010

Ugut bunuh: Anwar anggap laporan Polis SayFools aneh!



ADAKAH KALI INI SAIFUL MAIN SKRIP KELENTONG LAGI?




seseorang menunjukkan isyarat setelah selesai kenyataan akhbat tengah hari tadi






DATUK Seri Anwar Ibrahim menyuarakan rasa aneh dengan niat saksi utama kes liwat, Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis kononnya diancam bunuh oleh seseorang rakan maya di Facebooknya.

“Yang meragukan adalah Facebook dan blog saya itu diikuti rakyat (sebanyak) 60 ribu hingga 70 ribu (rakan maya),” jelasnya di lobi Mahkamah Kompleks Kuala Lumpur tengahari tadi.

“Jadi kalau begitu, ada seorang buat catatan (dalam Facebook) dan dalam masa singkat hilang namanya, tetapi dalam masa yang singkat itu dia beri email kepada Saiful bagi saya begitu aneh.”

Pun begitu, beliau yang juga Ketua Pembangkang meminta pihak Polis menyiasat kes tersebut, termasuk email misteri yang diterima Saiful.

“Mengenai laporan (Saiful), tak apalah (dan) biarkan Polis siasat (termasuk) kena siasat siapa yang hantar email kepada Saiful,” jelasnya.

Sebelum pada itu, Anwar turut menjelaskan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengangguhkan perbicaraan kes liwat Anwar sehingga 18 Februari ini.

Tambah Anwar lagi, penangguhan tersebut bertujuan membuat ketetapan sama ada menerima permohonan Anwar untuk mengetepikan Hakim Datuk Mohamed Zabidin Md Diah dari mendengar perbicaraan atau sebaliknya.

Kata Anwar lagi, peguambelanya Karpal Singh telah pun menghantar afidavit balas pada 9.30 pagi tadi, walaupun pasukannya bercadang menghantar afidavit itu petang semalam.

Maka dengan kecelaruan dengan laporan polis itu telah menunjukkan mangkuk ayun cuba nak cari helah dari di soal oleh pasukan Peguam Bela.Adakah saiful bimbang segala penipuan dan skrip drama kelentong yang dirancang mat monggol dan geng -gengnya.

Persoalannya disini mengapa SayFools lakukan helah ini semata - mata nak lari dari di soal - balas oleh peguam bela? manakala Pendakwa raya pula seboleh - boleh menghalang Pasukan endakwa dari bertanya kan soalan kepada SayFools.

Jelas di lihat di sini laporan polis yang di buat oleh SayFools adalah satu helah untuk lari dari menjawab soalan yang akan di ajukan oleh Pasukan Peguam Bela yang di ketuai oleh Karpal Singh.

Nampaknya Kes ini dah mula nak mainkan lawak kelentong yang tak kurang hebat nya berbanding lawak kelentong dalam mahkamah pada tahun 1998-1999 yang mana hakim yang telah mengendalikan perbicaraan "bangang" berkenanan telah kojol

Zambry MB Mahkamah:Apabila Sistem kehakiman mencabuli prinsip Demokrasi

Krisis yang berlaku di negeri itu hanya boleh iselesaikan
melalui pilihan raya negeri



Negara berkemungkinan mengamalkan ‘Monarki Mutlak’ jika pemecatan seseorang Menteri Besar itu boleh ditentukan mengikut kehendak pihak tertentu.

Mana-mana Menteri Besar, malah Perdana Menteri Malaysia boleh dipecat ikut sesuka hati pihak tertentu tanpa perlu merujuk kepada DUN (bagi MB) atau Parlimen ( bagi PM).

[7.jpg]


“Ini adalah risiko paling besar yang dihadapi oleh negara masa kini dan kita perlu perbetulkannya. Keputusan mahkamah pagi tadi amat jelas telah mengketepikan prinsip-prinsip yang ditetapkan dalam perlembagaan.”

Demikian dinyatakan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam satu sidang akhbar sebentar tadi di Pejabat Perhubungan negeri pada jam 10.00 malam.

Pada 11 Mei 2009 lalu, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati beliau tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Abdul Aziz Abd Rahim dalam penghakimannya, berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.




Sebelum ini, Tengku Razaleigh, seoran veteran Umno dan merupakan seorang kerabat di Raja Kelantan menyatakan :

“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

“Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”

Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

Turut hadir ialah PJ Negeri Perak, Ust Abu Bakar Hussin, Pengerusi DAP negeri, Dato’ Ngeh Khoo Ham dan lain-lain pemimpin kanan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Selesai tugas budak-budak upahan Zambry yang
didatangkan dengan 10 bas untuk meraikan kemenangan
zambry yang telah di ketahui lebih awal oleh mereka

Monday, February 8, 2010

Perbicaraan Anwar:Hakim "Upahan Mat Monggol" Mohon di ketepikan







PERBICARAAN kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan pagi tadi ekoran pasukan peguam bela Anwar membuat permohonan untuk mengenepikan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md.Diah yang di lihat seolah - olah menjadi Barua United MuNkEeE.

Permohonan tersebut dibuat oleh Karpal Singh apabila Mohamad enggan mengenakan tindakan ke atas Utusan Malaysia dan beberapa blog yang menyiarkan beberapa butiran eksklusif Mahkamah, termasuk gambar saksi utama Saiful Bukhari Azlan, 25 menunjukkan lokasi kes liwat, di Kondominium Desa Damansara.



Selain menganggap Mohamad cuba bersikap "di perkudakan" atau dalam proses perbicaraan, Karpal turut mendakwa pasukan pendakwaraya yang diketuai oleh Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden cuba menghalang pasukan peguam bela Anwar daripada menyoal Saiful berkaitan lokasi-lokasi yang ditunjukkannya Jumaat lalu.peguam utama Anwar iaitu Karpal Singh juga Memohon agar Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohamad Diah dilucutkan kelayakan dari mendengar kes tersebut. Sehubungan itu, hakim membenarkan permohonan Karpal untuk didengar jam 9.30 pagi esok.

Oleh itu maka wujudnya apa yang di panggil sebagai "judicial Review" atau semakan penghakiman kerana Hakim Datuk Zainal Abidin di lihat begitu Mudah untuk di "perkudakan" atau di peralatkan sedangkan dia sebagai hakim sepatutnya bersikap adil dan saksama.


Karpal Singh turut menganggap Mohamad tidak melaksanakan tanggungjawabnya kerana membiarkan Utusan Malaysia menghina mahkamah dengan mendedahkan beberapa butiran eksklusif berhubung kes itu.

Anwar, 63 yang juga Ketua Pembangkang ketika ditemui wartawan di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta kemudian, turut melahirkan rasa bimbang atas cara penghakiman Mohamad.

“Saya bimbang proses itu tidak dapat menjamin keadilan,” jelasnya.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR turut menasihatkan Zabidin dan pasukan pendakwaraya supaya bersikap adil dalam sesi penghujahan saksi utama, Saiful yang sepatutnya berlangsung hari ini.

“Sepatutnya Tuan Hakim (Zabidin) kena dengar permohonan (peguam bela), bukan bantahkan (seperti yang dilakukan Mohamed Yusof) dan tutup perbicaraan peguam (bela) sebelum beliau (Zabidin) membuat keputusan,” jelasnya.

“Yang saya nak tekankan di sini (bahawa) kita dah bersedia (untuk sesi penghujahan) seperti peguam Karpal katakan, kita sebenarnya bersedia memulakan perbicaraan hari ini.”


Beberapa hari lalu, pasukan pendakwaraya bersama-sama saksi utama, Saiful telah pergi ke Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara; iaitu tempat yang didakwa berlakunya insiden liwat pada 26 Jun 2008, antara 3.01 petang dan 4.30 petang untuk membuat beberapa persiapan penghujahan.

Pun begitu, beberapa wartawan dan blogger, termasuk dari Utusan Malaysia turut merakamkan gambar secara eksklusif dan kemudiannya didedahkan pada awam.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta disebat sekiranya disabit bersalah meliwat Saiful yang sebelum ini Akhbar "mainstream" mendakwa yang saiful adalah Pembantu Peribadinya sedangkan yang sebenarnya Saiful adalah pembantu kepada Rahimi Osman dan Rahimi pula adalah pembantu kepada Nurul Izzah bukannya pembantu peribadi Anwar.

Perbicaraan Anwar : Coretan Di Sepanjang Konspirasi




Apa yang LSS cuba Nukilkan secara longgar barangkali dalam siri tulisan kali ini ialah untuk mengimbau pengalaman Reformasi sejak 1998 hingga 2008 dari perspektif LSS. Namun LSS tidak memuatkan kisah perbicaraan beliau kerana ternyata Pawancheek Marican lebih konklusif dalam bukunya – Anwar On Trial.


Risiko untuk Anwar ke penjara sekali lagi bukan tidak ada. Sebab itu apa yang perlu kita fikirkan ialah di mana 1000 lagi Anwar yang akan bangkit selepas Anwar dipenjarakan?.


Dari apa yang digambarkan di mahkamah, jelas ternampak kesungguhan pihak tertentu memastikan Anwar ke penjara sekali lagi, paling tidak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.


Telahan ini boleh dilihat dalam banyak perspektif.


Ada yang bertanya kenapa Anwar si pemberani itu begitu pesimis? Mereka berkata bahawa Anwar sedang mengolah persetujuan umum bahawa beliau akan kalah dan kekalahan itu ber erti ketidakadilan sedangkan beliau belum didakwa. dan mereka menambah bahawa sikap itu tidak adil. Lebih parah lagi mereka mempersoalkan Anwar: Jika tidak percaya polis, kenapa buat laporan polis? Jika tak percaya mahkamah, kenapa pergi bicara, lari sajalah ke luar negara.


Dari asas ini, mereka terus mempertikaikan reaksi-reaksi Anwar rentetan gugatan berterusan mereka kepada keutuhan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar dengan persetujuan tiap parti politik yang membentuknya.


Apa yang mereka buat ialah “permainan minda” (mind game). Permainan minda ini adalah taktik biasa orang politik termasuk Anwar. Cuma yang penting ialah kita harus tahu membezakan keutamaan permainan ini.


Untuk saya dalam permainan apa pun yang bersifat pertandingan, yang bersaing mahu menang. Mahu menang itu satu hal, bagaimana cara hendak menang pula adalah satu hal yang lain.


Dalam permainan, keadilan adalah teras kepada undang-undang yang diwujudkan. Dalam permainan berpasukan, misalnya Malaysia lawan England, alasan handicap yang sering jadi hujah kelompok pencinta perlindungan (patronage) tidak timbul. Belum pernah kita dengar jika Malaysia lawan England pengadil akan memberikan kelebihan gol kepada Malaysia sebelum sepak mula permainan. Sejarah jadi saksi bahawa pasukan bola sepak Malaysia meski gagal ke Piala Dunia berbanding England tidaklah selemah yang disangka (dalam konteks Malaysia lawan England!).


Tapi berbeza dengan kes politik yang kita depani sekarang.


Jelas parti yang membentuk kerajaan menguasai media arus perdana atau dalam konteks yang lebih luas ialah mengawal kebebasan rakyat, sekurang-kurangnya untuk tahu perkara sebenar dalam erti kata pandangan berimbang.


Juga telah menjadi rahsia umum kepada rakyat bahawa jika bertarung dengan mereka yang punya kuasa khususnya orang politik, jawabnya mudah: kalah!


Rakyat tahu ia kadangkala, bahkan selalu mungkin tidak adil. Tapi apakan daya, hatta pensyarah saya sendiri dulunya sering menanam pandangan “kita ini timun, mereka durian, kita ni digolek luka menggolek luka”.


Ya, ‘dosa besar’ yang kita biarkan ialah mendidik ‘jiwa-jiwa yang tewas’ dalam diri manusia.


LSS bersyukur hidup dalam ‘acara sejarah’ di mana sikap kita dituntut. Bukan kerana LSS suka Anwar difitnah tapi LSS tahu bahawa Allah s.w.t. tidak akan membiarkan pengakuan iman kita tanpa diuji.


Kenapa LSS katakan fitnah dan ada niat jahat di sebalik dakwaan ini?


Belum, ya kita belum pun mendengar penghujahan kedua pihak. Tapi penghujahan harus bermula dengan tuduhan.


Jika kita balik semula sejenak ke awal pertuduhan, kita dapat lihat bagaimana liatnya pertuduhan dipanjangkan kepada yang tertuduh. Lebih dahsyat ialah bila kita dimaklum bahawa pertuduhan tersebut mengatakan ‘kes itu’ berlaku ‘suka sama suka’.


Tidak lama selepas itu, dalam satu kenyataan akhbar Saiful Bukhari diucap tegas bahawa ‘kes itu’ berlaku secara paksaan.


Harus diingat di sini bahawa kertas pertuduhan hanya sepatutnya muncul selepas keterangan penuduh diambil!


Jadi, siapa merangka kertas pertuduhan tersebut sehingga begitu sekali bunyinya? Tidakkah ia menunjukkan ada satu usaha tergesa-gesa untuk memastikan Anwar ke penjara sekali lagi? Tak perlu Anwar, tanyakan saja pada diri anda jika anda berada dalam situasi beliau, apakah beliau ada pilihan untuk percaya?


Ya, Anwar memilih untuk bertarung dalam permainan yang beliau tidak percaya boleh memberikannya keadilan. Tapi anda mungkin silap baca – bahawa pilihan Anwar menunjukkan sifat negarawan pada beliau. Beliau mahu rakyat percaya kepada sistem kepolisan, kehakiman dan undang-undang itu sendiri. Tapi sistem tidak bergerak sendiri, ada penggerak sistem yang berada di atas undang-undang (above the law). Ini yang semua harus jelas. Penghargaan terhadap sistem tidak pernah beerti meredhai kezaliman penggeraknya, tetapi kita langsung harus berdepan dengannya untuk menzahirkan keadilan.


Dan seruan Reformasi antara lain ialah melawan kezaliman ini! Lawan Tetap Lawan!


Sunday, February 7, 2010

Pada Realitinya Siapa yang jadi Peliwat?




Kesian juga saya membaca berita mengenai AJK Umno Bahagian Tasek Gelugor bernama Datuk Muhamad Mustaffa Idrus, sebagaimana tersiar dalam Kosmo Ahad hari ini. Datuk Mustaffa ini adalah bekas suami penyanyi Noraniza Idris dan namanya meletup sakan apabila bekas isteri mudanya, Mastura Bakar, 24, mendedahkan perilaku Mustaffa yang gila seks, pernah meniduri 10 wanita dan gemar meliwat isterinya.



Yang paling mengecewakan Datuk berusia 54 tahun ini ialah dia kini diejek sebagai Tiger Woods Melayu selepas tersebar berita mengenai dirinya yang suka berpoya-poya dengan wanita.
AJK Umno yang digelar Tiger Woods Malayu ini menafikan dia suka berpoya-poya. Katanya mana mungkin orang sepertinya gila sex kerana dia sendiri menghadapi masalah cakera teranjak yang menyebabkan dia sering sakit belakang dan justru "tidak memungkinkan dirinya menjadi kuat sex". Kerana tidak kuat sex itulah katanya dia kini hanya mempunyai dua orang isteri sahaja. Lima lagi isteri yang pernah dikahwininya termasuk Noraniza dan Mastura telah diceraikannya.


"Saya benar-benar tertekan. Saya malu sehingga seboleh-bolehnya tidak mahu orang melihat saya. Anak-anak saya yang bersekolah di Pulau Pinang juga terpaksa berpindah sekolah ke Kuala Lumpur kerana malu diejek," kata orang kuat Umno Tasek Gelugor ini.
Saya tidak ingin memberi komen mengenai nasib Tiger Woods Amerika, mahupun Tiger Woods Melayu ini. Saya cuma bersimpati dengan nasib anak-anak kedua-dua Tiger Woods ini yang terpaksa menanggung akibat dari cerita buruk ayah mereka.


Tiba-tiba saya teringat kepada pepatah Melayu "Jika takut dibadai ombak, jangan berumah ditepi pantai". Bagi yang teringin berbini banyak, mereka boleh tukar pepatah Melayu ini menjadi:

Jika Takut Pada Risiko jangan Bicara pasal Perjuangan
Jika takut dibadai ombak, jangan berumah ditepi pantai
Jika takut berbini banyak, jangan buat perangai gatai
Kat sini Rakyat satu malaysia dah makin confuse,yang mana satu kes liwat yang sebenar? Adakah kes Liwat Konspirasi atau Kes Liwat Bini?

Siapa yang Liwat siapa? Anwar atau See Fools?



Kenapa Saiful Simpan KY jely yek?



"Selain itu, beliau juga menyerahkan baju kemeja biru lembut jenama Ralph Lauren yang juga dipakai pada masa kejadian dan cecair pelincir KY Jelly kepada pegawai penyiasat kes itu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008, dua hari selepas kejadian.

Mohd Saiful juga berkata beliau turut menyerahkan sehelai lagi seluar dalam berwarna kelabu jenama Levis yang dipakainya semasa membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, yang diambil di tepi mesin basuh di rumah tunangnya." - Bernama.

Kat sini kita cuma terfikir beberapa perkara saja dari keterangan budak Gay ni...;

1) Kalau Anwar yang menutuh Sepol, sepatutnya KY Jelly itu pasti berada dalam simpanan Anwar, dan polis kena rampas dari Anwar bukannya di ambil dari Mangkuk ni. Kenapa pula See fool yang simpan KY Jelly?.... dan berikannya pada polis?.... Fulamek kepala otak dah mula pikir macam - macam dah... adakah dia gunakan KY Jelly tu untuk ..... korang tafsirkan lah sendiri....

2) Kenyataan keduanya pula, " seluar dalam berwarna kelabu jenama Levis di ambil di tepi mesin basuh di rumah tunangnya". Ha..ha..ha... baru tunang Yo!... seluar dalam dah ada di rumah tunang..., kalau dah nikah tu lain lah ceritanya..., korang tafsirkan lah sendiri...




i) Isu KY Jelly:Jika Kalau betul lah "ada" kes liwat ni, sekali fikir kiranya yang jadi peliwatnya ialah See fool, manakala yang jadi mangsa liwatnya ialah Anwar. Ini kerana berdasarkan keterangan di mahkamah, Sayfool yang menyimpan KY Jelly dan bukannya Anwar. Mana mungkin mangsa liwat yang mengusung jeli haram jadah tu ke sana sini? Jika dalam kes rompakan, pistol dijumpai di tangan seseorang, bolehkah kita katakan orang yang memegang pistol itu bukan perompaknya? Jadi dalam insiden di Kondo mewah itu, pemilik jeli itulah (See fools) yang sepatutnya menjadi orang yang dituduh. Apa lagi Sayfool ini orang muda, yang secara fizikalnya lebih kuat dari warga tua seperti Anwar yang sekali kena tendang, sudah boleh patah pinggang!


ii) Isu seluar dalam di rumah tunang: Sekali lagi kredibiliti Sayfool sangat meragukan. Mengapa "See fools" londeh dan tinggalkan seluar dalam di rumah tunang yang bukan muhrimnya? Bukan nak menuduh, tapi ia menimbulkan pelbagai andaian...Jika dalam isu KY Jelly, boleh diandaikan "See fool" yang meliwat Anwar, dalam isu seluar dalam ini, siapa pula yang meliwat dan menjadi mangsa liwat hingga See fool terpaksa melondehkan seluar dalam di rumah tunangnya?


mana satu agaknya yang betul?(Anwar Dah tua,sakit belakang lak tuh)


a) Anwar Liwat "See Fools"?


b)"See Fools" Liwat Anwar??(Mungkin Gak Pasal "see Fools" ada Black Belt Tae Kwan Do)


c) "See Fools" Liwat Tunangnya?(pasal seluar dalam kat rumah tunang)


Kah..kah..kah Dah terbonggeng kebenaran satu demi satu ,woitt!!! mat Monggol mana kau nak lari ,kelentong kau orang tau dah pasal kau lagi bangang dari Madey tak pandai nak buat Konspirasi!

Saturday, February 6, 2010

8 dalil ANWAR Mangsa Fitnah







1.Dakwaan saiful kononnya Anwar Meliwatnya secara paksa hingga sembilan kali dalam tempoh 2 bulan menimbulkan tanda tanya kenapa beliau menunggu begitu lama untuk membuat laporan polis.



2.Perdana Menteri Najib Razak menafikan Bertemu Saiful tetapi mengakui berbuat demikian setelah rahsia itu terbongkar menunjukkan wujud konspirasi di peringkat tertinggi.



3.Saiful Membuat laporan polis terhadap Anwar beberapa hari selepas berjumpa Najib.




4.Selepas berjumpa Najib saiful mendakwa dia di liwat oleh Anwar pada 26 Jun 2008.Bagaimana pun sehari sebelum itu saiful mengadakan pertemuan dengan Rodwan Mohd Yusuf yang ketika itu Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman.Pertemuan diadakan di Hotel Concorde Kuala Lumpur di bilik 619 .Rodwan adalah pegawai yang sama terbabit dengan pemalsuan bukti dalam tuduhan fitnah terhadap Anwar pada Tahun 1998.Keperluan Rodwan mengatur perjumpaan sulit dengan saiful di hotel berkenaan amat mencurigakan dan satu lagi petanda sebuah konspirasi tertinggi sedang berulang.



5.Saiful mendakwa Anwar Meliwatnya secara paksa untuk kali terakhir pada khamis 26 Jun 2008 tetapi anehnya beliau terus menghadiri majlis di rumah Anwar keesokan hari nya.Beliau hanya membuat laporan polis pada hari sabtu.



6.Selepas perjumpaan dengan najib,saiful bertemu dengan pegawai polis bernama Rodhwan Mohd Yusuf -orang sama memalsukan bukti DNA terhadap Anwar pada tahun 1999.


7.Tindakan Pendakwa Raya enggan menyerahkan dokumen,sampel,bahan bukti dan keterangan saksi untuk membolehkan peguam anwar menyediakan pembelaan tuntas.


8JAWI enggan membawa pertuduhan Qazaf terhadap Saiful atas alasan menunggu keputusan mahkamah sivil-kali pertama pihak berkuasa islam terpaksa menunggu keputusan mahkamah sivil untuk membabitkan kepentingan islam sepenuhnya.



Awat Sedaq Bengang Bila Guan Eng Banyak Bantu Melayu?







Petang semalam, selepas solat Jumaat, satu demonstrasi oleh NGO yang menggelarkan dirinya Sedaq yang ditunjangi oleh beberapa pelampau Melayu termasuk Perkasa (diketuai Brahim Katak), GPMS dan DPMPP telah diadakan di sebuah masjid di Jalan Macalister, Pulau Pinang.

Mengapa demonstrasi itu diadakan? Mengikut yang tersurat, mereka tak puas hati kerana Ketua Menteri, Lim Guan Eng dikatakan tidak berlaku adil terhadap orang Melayu. Tetapi mengikut blogger tintahitam, terdapat dua sebab mengapa Sedaq yang tak sedaq diri itu mengadakan demonstrasi:

i) Puak pro-Umno yang memakai nama Sedaq ini tidak puashati kerana kerajaan negeri PR yang diterajui oleh Guan Eng lebih memberi perhatian terhadap pembangunan Islam berbanding ketika BN berkuasa dahulu. Contohnya ketika BN berkuasa pada tahun 2007, bajet 2008 yang diluluskan untuk Majlis Ugama Islam Pulau Pinang (MUIPP) adalah sebanyak RM12.5 juta saja. Tapi selepas Pulau Pinang diambil alih oleh PR, peruntukan untuk MUIPP telah ditingkatkan kepada RM20.5 juta dalam bajet 2009. Seterusnya dalam bajet 2010 pula, peruntukan MUIPP telah ditambah kepada RM24.3 juta. Ini yang membuat puak pro-Umno tu naik bengang kerana masa BN yang dianggap oleh UMNO sebagai pro- Melayu berkuasa, peruntukan yang disediakan untuk pembangunan Islam cuma RM12.5 sahaja, tetapi bila ia diperintah oleh PR yang dilabel sebagai anti-Melayu, peruntukan yang disediakan untuk pembangunan Islam meningkat dan terus meningkat hampir 100% pada 2010.
ii) Puak pro-Umno juga tidak berpuashati kerana kerajaan PR mengambil lebih banyak tindakan terhadap peniaga Cina yang melanggar undang-undang berbanding ketika kerajaan BN berkuasa dahulu yang lebih banyak mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu. Mereka berharap Guan Eng yang dilabel anti-Melayu itu banyak bertindak menganiayai peniaga Melayu supaya dapat dijadikan modal bahawa DAP menindas Melayu, tetapi malangnya yang terjadi adalah sebaliknya - tindakan terhadap peniaga Cina semakin meningkat dari segi peratusan berbanding penurunan tindakan terhadap peniaga Melayu. Ini yang membuat mereka bengang kerana kerajaan negeri tidak kelihatan menindas peniaga Melayu seperti yang diharapkan. Perangkaan jumlah peniaga yang diambil tindakan mengikut kaum yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang menceritakan hal ini:

Tahun Melayu Cina India Jumlah

2008 785 (38%) 1082 (52%) 196 (10%) 2063

2009 815( 29%) 1727 (62%) 247 (9%) 2786

Alahai, kesian puak pro-Umno yang bernama Sedaq tapi tak sedaq diri tuuu....

Friday, February 5, 2010

Perbicaraan Anwar : Apakah bukti yang bakal dibawa ke mahkamah kali ini?

Welcome to the "The Tilam Show"

Poster ini dibuat oleh blogger terkemuka Mob’s Crib. Beliau adalah “orang lama” dalam dunia pembuatan poster politik yang diubahsuai dari poster filem. Melihat poster ini teringat kembali apabila “tilam” dibawa ke mahkamah dalam perbicaraan yang pertama diakhir 1990 an dulu. Pada ketika itu seluruh dunia mentertawakan “perkara-perkara” lucu tersebut.

Kali ini perbicaraan “kedua” bagi pertuduhan yang sama pasti akan menyaksikan pelbagai lagi perkara-perkara lucu. Di hari pertama, dunia Twitter dan Facebook telah mentertawakan keterangan penuduh, Saiful Bukhari apabila beliau mengatakan bahawa Anwar berkata, “Can i fuck you”?

Watak-watak utama yang terlibat dalam perbicaraan lalu telah naik pangkat kini. Ada yang mendapat jawatan tertinggi dalam bidang masing-masing.

Sudah pasti ramai yang akan berlumba-lumba untuk memainkan peranan penting bagi memastikan “naik pangkat cepat” pada masa akan datang.

Akan tetapi, mendung tak bererti hujan. Tak semestinya apa yang kita hajatkan akan tercapai. Apatah lagi dengan jalan yang tidak sepatutnya.

Dunia kini sedang menantikan “apa lagi yang akan keluar” dalam perbicaraan kali ini. Jika berlaku seperti perbicaraan dahulu, kredibiliti negara akan semain runtuh. Yang akan mendapat kesannya adalah rakyat bawahan yang tidak sangkut paut dengan perebutan kuasa politik negara.

Tapi rakyat hari ini telah pun bijak menghakimi,Rakyat hari ini telah pun kenal yang mana satu intan dan yang mana satu kaca.Hari ini Mangkuk ayun tu telah ke Kondo itu semula dan menunjukkan tilam yang berkenaan kepada Tuan Hakim.

Tapi dalam akhbar sinar tak nampak lak Tilam tu bertompok? mana pergi dia punya Tompok?

Kalau Nak Jadi Tuan, Dah 50 Tahun Boleh Jadi!!


Kononnya selepas solat Jumaat tadi, sekumpulan kecil jemaah yang kebanyakannya terdiri dari mamak Penang yang perasan diri mereka Melayu telah mengadakan demonstrasi di sebuah masjid India Muslim di Jalan Macalister, Georgetown. Mereka mengadakan tunjuk perasaan kononnya kerana membantah layanan tidak mesra Kerajaan Negeri terhadap orang Melayu-Islam Pulau Pinang.
Woitt!! ni lawak apa nie??? layanan tidak mesra??? macam mana tu?

[DSCN4103.JPG]

Demonstrasi tersebut diadakan selepas mendapat permit polis yang dikeluarkan oleh pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Gan Kong Meng. Penunjuk perasaan membawa pelbagai sepanduk, yang antaranya berbunyi: "Lim Guan Eng, jangan uji kesabaran kami. Melayu adalah tuan negeri ini!."
Penunjuk-penunjuk perasaan yang bernaung di bawah sebuah NGO yang menamakan diri mereka Sedaq, termasuk presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Rizal Faris Mohideen dan presiden Gabungan Pelajar Melayu Semananjung (GPMS), Jais Karim telah menyampaikan ucapan mengecam pentadbiran Guan Eng.Beberapa perkara yang membuatkan saya tergelak mengenai demonstrasi ini ialah pertamanya, kebanyakan yang hadir ialah dari kalangan Mamak Penang yang membantah layanan tidak mesra kerajaan negeri terhadap kaum Melayu. Presiden DPMPP itu pun dari namanya sudah boleh teka dia Melayu atau Mamak. Tapi tak apalah jika ramai Mamak simpati dengan orang Melayu, kerana itu hak mereka. Lagi pun apalah salahnya jika Mamak perasan diri mereka Melayu?(Masih Ingat lagi Posting Melayu tak pernah Wujud?) Macam Abdul Azzez,Shahrizat,Reezal Merican Naina Merican dan Zambry Kader.
Kedua yang membuat saya tergelak ialah bila penunjuk perasaan itu membawa sepanduk "Melayu adalah tuan negeri ini". Yang membuat saya rasa kelakar ialah mereka yang berkata tuan negeri Pulau Pinang adalah orang Melayu, tapi Ketua Menterinya sejak 50 tahun dulu belum pernah seorang pun Melayu. Ketika UMNO menguasai majoriti kerusi Pulau Pinang pun, Melayu tidak pernah jadi Ketua Menteri, apa lagilah kini bila DAP menguasai majoriti kerusi. Mengapa orang-orang ini tidak pernah berjuang untuk menjadikan Melayu sebagai Ketua
Menteri sejak 50 tahun dulu? Lawak sungguh!
[DSCN4169.JPG]
Dan kepondanan media - media arus perdana terlihat apabila mereka sendiri yang "menelanjang"kan melayu di Pulau Pinang yangsemakin terpinggir di bawah pemerintahan UMNO/Be End
Ketiga, yang membuat kita tergelak ialah polis boleh pula keluarkan permit untuk tunjuk perasaan itu! Kalau yang minta itu kerajaan yang menguasai negeri itu (PR), bukan main susahnya nak dapat permit. Mentang-mentanglah yang minta tu NGO yang nama pun tak pernah dengar, terus saja bagi. Lawak...lawak...

Khairy : Musnah dalam UMNO dan Mungkin akan cari Impian dalam PKR






Desas-desus mulai tersebar, bahawa Khairy Jamaluddin didesak untuk meletakkan jawatan Ketua Pemuda UMNO-nya, atas alasan “kegagalan beliau menterjemahkan hala tuju Pemuda UMNO selari dengan kepimpinan Presiden UMNO, Najib Abdul Razak”.


Sebarang pengesahan dan penafian oleh mana-mana pihak tidak bermakna buat setakat ini. Realitinya Khairy Jamaluddin menang tipis dalam pertarungan tiga penjuru pada Mac 2009; dan kemudiannya, nama “pemenang” jawatan ketua sayap pemuda ini tidak tersenarai dalam barisan kabinet Najib, sementara lawannya yang kecundang, Mukhriz Mahathir dan Naib-nya, Razali Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Menteri.


Menantu bekas PM Abdullah Ahmad Badawi ini pernah dituding jari sebagai punca kekalahan UMNO-BN dalam PRU ke-12. Kini, beliau pula dipersalahkan kerana gagal menterjemahkan hala tuju perjuangan selari dengan kepimpinan Najib, tanpa menjelaskan apakah sebenarnya hala tuju perjuangan Najib.


Seandainya individu Khairy menjadi ikon untuk melambangkan keangkuhan, kezaliman dan kerakusan kuasa UMNO-BN pada PRU ke-12; maka situasinya pada hari ini pula mencerminkan dilema UMNO-BN secara keseluruhannya. Ringkasnya, dilema Khairy terjelma dalam soalan berbunyi, bagaimana berpolitik ala-bandar, dalam sebuah parti yang kubunya bertapak di kampung?


Khairy: Selepas PRU ke-12


Jelas, bekas Naib Ketua Pemuda zaman pimpinan Hishammuddin Hussein ini “kurang menonjolkan diri” buat seketika selepas tsunami politik 8 Mac 2008. Untuk tempoh tersebut, seperti rakan seperjuangannya dalam parti, apa-apa yang diperkatakan atau diperlakukan serba tidak kena pada tempatnya.


Misalnya, Khairy menerima tamparan sengit apabila mendabik dada menyatakan hasratnya untuk “menguburkan nyawa politik Anwar (gambar kiri)” di PRK Permatang Pauh, di mana ianya berakhir dengan kesudahan “menggali kubur sendiri”. Untuk satu jangka yang agak panjang, selepas PRU ke-12 sehinggalah pemilihan parti UMNO, mulut Khairy masih berbuih-buih dengan air liur politik lamanya, misalnya menyerang Anwar dengan tuduhan liwat, agen Yahudi dan sebagainya.


Dari perspektif kuasa dalam UMNO pula, hubungan bapa mertua-menantu antara Abdullah Ahmad Badawi dengan Khairy Jamaluddin menyaksikan perubahan dari “saling memanfaatkan” pada mulanya, kepada “saling membebankan” di akhir zaman pemerintahan Abdullah Badawi. Walau bagaimanapun, Khairy berjaya melepaskan diri dari celah antara Khir Toyo dengan Mukhriz Mahathir, apabila Pak Lah akhirnya mengumumkan untuk mengundur diri.


Khairy: Selepas pemilihan UMNO


Menyedari situasinya dalam UMNO selepas pemilihan parti, Khairy menerima segala-gala yang menimpa pada dirinya. Ketua Pemuda BN ini tetap menahan pengaiban terhadap dirinya apabila tidak diberi sebarang tempat dalam kerajaan, malah perlu mempertahankan keputusan ini dengan alasan presiden mahu dirinya menumpukan masa untuk parti.


Maka, Khairy (gambar kanan) memulakan “penjenamaan semula” (rebranding) imej dirinya, dengan golongan kelas menengah, penduduk bandar dan bukan-Melayu sebagai sasarannya. Dengan kefasihan bahasa Inggerisnya, beliau bersilat lidah dengan wakil pembangkang, aktivis NGO di media antarabangsa; berdialog dengan penuntut institut pengajian tinggi, ditemuramah akhbar Cina tempatan dan sebagainya.


Malah, lakonan Khairy dalam 15 Malaysia (15 filem yang diterbitkan pengarah tempatan) berjaya mengubah persepsi sesetengah orang muda terhadap dirinya, apabila beliau sanggup memainkan watak dalam filem untuk mempersendakan dirinya di dunia realiti.


Untuk akhbar Cina arus perdana, ucapan sulung Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-60 pada tahun lalu amat menawan hati. Khairy yang pernah berkata “…selagi ada pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Keris Panca Warisan akan kita hunus dan julang selama-lamanya!” dalam perhimpunan UMNO pada November 2007, telah mengubah pendirian dalam masa dua tahun, walaupun kesungguhannya menyerang Anwar sebagai sesumpah politik tidak berubah.


“Usaha” sedemikian mungkin belum sempat membawa hasil “sokongan melimpah” dari golongan sasarannya, memandangkan persepsi Khairy yang terlampau negatif pada masa dahulu, tetapi sekurang-kurangnya Khairy tidak lagi atau kurang ditonjolkan sebagai ikon UMNO-BN dengan seribu satu ciri-ciri yang negatif.


Yang dikejar tak dapat…


Persoalannya, Khairy yang menumpukan fokus politiknya di bandar, kini berdepan dengan realiti bahawa UMNO ialah parti kampung. Contoh yang amat jelas, apabila tercetusnya kontroversi penggunaan kalimah “Allah”, Khairy agak sukar untuk berdepan dengan golongan sasarannya – yang menerima maklumat dari saluran media antarabangsa.


Bayangkan, bagaimana Khairy mampu mempertahankan pendirian UMNO di dalam studio Al-Jazeera jikalau berdepan dengan pemimpin PAS, Khalid Samad? Sebaliknya, seandainya Khairy turun ke gelanggang untuk mempertahankan pendirian UMNO dengan hujah-hujah yang mengapi-apikan sentimen agama, segala-gala yang dilakukannya di depan golongan sasarannya akan termusnah dalam sekelip mata.


Demikianlah dilema yang dihadapi oleh politikus yang berusia 34 tahun ini. Lebih-lebih lagi, penampilan dirinya sebagai reformis dalam UMNO-BN masih dipertikaikan oleh mereka yang kritis/skeptikal terhadapnya. Misalnya, walaupun Khairy tidak menjejaki langkah bekas Ketuanya, Hishammuddin Hussein untuk menghunus keris atau mengeluarkan hujah berbau perkauman, tetapi ucapannya tetap dikritik kerana sekadar menggantikan “Cina” dengan “DAP”, maka segala serangannya terhadap DAP dibaca maksudnya sebagai serangan terhadap orang Cina.


Kesangsian dan keraguan komuniti bukan Melayu terhadap Khairy mencungkil pertikaian terhadapnya dalam UMNO. Sementara yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran. Khairy gagal sebagai Ketua Pemuda yang membakar darah Melayu dengan sentimen perkauman dan agama.


MyTeam: Believe In Possibilities


Kegagalan Khairy boleh dibaca dari dua dimensi. Secara individunya, Khairy sendiri tidak memiliki integriti dan kredibiliti untuk membincangkan perubahan; dari kerangka sistemnya pula, UMNO-BN tidak mungkin berubah selagi kekuatannya bergantung kepada penguasaannya terhadap jentera negara.


Sekali imbas, Khairy pernah mencipta nama dengan MyTeam yang direkanya, mendukung semangat “Believe In Possibilities“. Khairy cuba menjaja idea bahawa “orang biasa bisa membawa perubahan”, yang kalau dibaca dalam konteks dunia bola sepak tempatan, memperlihatkan tekad untuk mengembalikan kegemilangan pasukan negara tanahair. Seandainya dibaca dalam konteks politik pula, Khairy mungkin merujuk kepada dirinya, bahawa orang biasa sepertinya (tidak seperti pemimpin UMNO sekarang yang berasal dari keluarga politik) juga mampu melakukan sesuatu dalam dunia politik.


Sementara Khairy membincangkan demokratik bola sepak, yang mana pemainnya dipilih bukan dari kalangan kroni, MyTeamsecara ironinya merupakan produk yang terhasil daripada kronisme. Siapa yang sanggup menaja rancangan sedemikian, jika Executive Producer rancangan ini bukan Khairy? Malah, adegan penggunaan helikopter untuk mengeringkan padang bola sepak dalam salah satu episod MyTeam cukup membeliakkan mata audien, mendedahkan sejauh manakah pengaruh dan kuasa menantu PM pada ketika itu.


Rancangan realiti ini akhirnya gagal membawa perubahan kepada realiti dunia bola sepak yang dicemari gejala rasuah, sebagaimana yang dijangkakan. Persoalannya, apakah Khairy kini mampu untuk membawa perubahan dalam UMNO-BN?


Transformasi UMNO-BN


Apa yang berlaku kepada individu Khairy bukan sekadar masalah perseorangan, tetapi melibatkan masalah yang lebih besar jika dilihat dalam konteks politik Malaysia. Untuk sekian lama, UMNO-BN survive dengan penguasaan dan monopolinya terhadap jentera negara, dari pasukan keselamatan, undang-undang, mahkamah, media sehinggalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), malah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).


Namun, apakah UMNO-BN sedia melepaskan genggamannya terhadap institusi ini, untuk menyahut tuntutan pengundi zaman sekarang? Contoh yang paling nyata adalah apabila Khairy berdepan dengan demonstrasi “Mansuhkan ISA” yang diadakan pada 1 Ogos 2009. Apa pula pendiriannya terhadap tuntutan ini? Adakah beliau harus mempertahankan hak perhimpunan rakyat atau kekerasan FRU untuk menyuraikan perhimpunan dengan gas pemedih mata dan meriam air kimia?


Jelas, “reformis” tidak memiliki tempat dalam UMNO-BN. Pada tahun 1998, Anwar Ibrahim dipecat dari tempat kedua dalam negara dan parti. 10 tahun kemudian, bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim meletak jawatan apabila ISA digunakan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, wartawan dan blogger. Kini, Tengku Razaleigh pula berdepan dengan risikonya apabila bersuara lantang dalam isu royalti minyak Kelantan.


Anwar Ibrahim yang berada dalam regim UMNO-BN selama 16 tahun, mengembalikan kredibilitinya hanya setelah enam tahun meringkuk di penjara, dan tetap meneruskan agenda reformasi selepas dibebaskan. Zaid Ibrahim (gambar kanan) pula, meletak jawatan pada saat-saat di mana beliau tidak boleh berganjak lagi kerana apa yang dilakukan UMNO-BN telah melewati prinsipnya.


Tengku Razaleigh Hamzah, kini berada di pinggiran UMNO-BN, yang mungkin ditolak, atau melompat sendiri. Persoalannya, apa yang ada pada Khairy Jamaluddin?

Perbicaraan Anwar : "See Fools" mengaku dah dua hari tak "melepas" Taik




"See Fool" mengkelentong Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas didakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Tapi apa yang pelik apasal dia tak kena Buasir atau sembelit.


Sungguh pelik sebab mereka yang di liwat sepatutnya memiliki "keistimewaan" untuk "melepas" dengan mudah kerana melalui kajian perubatan seperti yang dinyatakan oleh Dr.Korokhang prhang Pu Kha Rhi mereka yang sudang di liwat memilki "lubang Jamban" yang betul - betul "besar" Oleh itu Aktiviti liwat boleh membuatkan mereka "melepas" dengan Mudah tanpa terkena penyakit sembelit atau Taik Tersumbat.

Yang paling Lawaknya Ketika menyambung keterangannya pada hari ketiga perbicaraan kes terhadap Anwar yang dituduh meliwatnya, Mohd Saiful berkata seluar panjang yang dipakainya pada hari kejadian adalah hadiah daripada Anwar Menurut "See Fool" dia memakai seluar dalam berwarna kelabu yang berjenama Levi pada hari kejadian.

Seluar dalam itu juga dikemukakan di mahkamah hari ini.

Kah...Kah...Kah sungguh tak faham lawak apakah yang di rancang oleh Mat Monggol & co. dalam mahkamah? Macam Mana Anwar boleh bagi Mangkuk ni sehelai seluar sebelum dia meliwat.Dah Nampak Sangat Kelentong Power dia!!!

hari ini Pelbagai jenis kelentong dan bahan kelentong telah di dedahkan di mahkamah antaranya

Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

"See Fool" disoal penguamcara Mohd Yusof Zainal Abiden samada doktor di Pusrawi ada bertanyakan mengenai tahap kesakitan yang dialaminya semasa pemeriksaan.

"See Fools" berkata "Saya rasa sakit...dan beritahunya (doktor) mengenai apa yang berlaku. Dia kemudiannya membuat calitan".

"See Fools" kemudian ditanya samada dia membuang air besar sebelum pemeriksaan di Hospital KL dua hari selepas pemeriksaan pertama di Hospital Pusrawi Hospital.

"See Fools" menjawap dia tidak membuang air besar selama dua hari.Nasib baik tak kena "Buasir"


Mahkamah ditangguhkan untuk lawatan kedua ke Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara, lokasi bekas timbalan perdana menteri itu dituduh melakukan kesalahan tersebut.

Pada lawatan semalam, mereka tidak meninjau pejabat pengurusan kondo itu di mana rakaman CCTV dibuat tetapi bahan - bahan kelentong sudah Mula di bawa masukAntaranya.

1. Ujian darah untuk kandungan alkohol.
2. Sampel calitan dari tekak.
3. Sampel calitan dari puting kiri.
4. Sampel calitan dari puting kanan.
5. Sampel calitan badan.
6. Sampel calitan dari bahagian dubur.
7. Sampel calitan dari 'meatus coronal sulcus' (berhampiran bahagian kemaluan).
8. Sampel calitan rectal tinggi.
9. Sampel calitan rectal rendah.
10. Darah untuk profail DNA.
11. Toksilogi untuk darah.
12. Tiub pelincir jelli 'KY'.

"see Fool" kelentong lagi lagi apabila mendakwa yang 'Anwar seorang berkarisma'

Pada prosiding yang bermula 9.51 pagi tadi, See fool juga memberi keterangan terhadap sampel-sampel yang diambil dari badannya selain baju dan seluar dalamnya juga dijadikan barang bukti.

Satu lagi kelentong si"See Fool" berkata dia menganggap Anwar seorang pemimpin berkarisma dan sebab itulah dia mahu bertugas dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat itu tapi yang pelik pada Pilihanraya yang lalu dia bantu Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya tapi dalam Alam Cyber dia berkempen untuk BN dalam laman - laman friendsternya .

Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan, kemudian mahkamah bahawa pemeriksaan utama terhadap Mohd Saiful Bukhari sudah selesai.

Beliau juga berkata semua pihak akan sekali lagi mengunjungi tempat kejadian liwat itu di Kondominium Desa Damansara hari ini berikutan permohonan daripada pasukan pembelaan Anwar.

Prosiding itu kemudian ditangguhkan pada 11.15 pagi.

Tiga trak membawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan dua trak penyembur air serta dua trak polis memasuki kawasan perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 10.15 pagi ini kerana terdapat ura-ura satu demonstrasi akan diadakan di situ selepas solat Jumaat.


Polis dah makin menggelabah,Gelombang Ke-2 semakin kuat kelihatan,kebangkitan Rakyat buat Kali keduanya.

Dalam Pada Itu Mat Monggol pula sudah mengisytiharkan "PERANG" terhadap Blogger - blogger dan pejuang - pejuang Alam Maya

JARING NAFI TERIMA ARAHAN PM PERLAHAN KELAJUAN INTERNET – malaysiakini


JARING Communications Sdn Bhd tidak tahu menahu mengenai dakwaan wujudnya arahan dari perdana menteri supaya memperlahankan kelajuan internet sewaktu perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terdapat satu SMS yang disebarkan yang mendakwa Ketua pegawai eksekutif (CEO), Dr Mohd Awang Lah menerima arahan seperti itu, juga untuk menyekat laman-laman web pembangkang.

SMS tersebut berbunyi: Berita terkini : Dr. Mohd. Awang Lah, CEO Jaring menerima arahan Dari pejabat Najib untuk melambatkan 'speed' internet & 'block' site2 pembangkang. Sebarkan.

"Saya tidak sedar mengenai arahan seperti itu," katanya lagi.

Capaian ke laman web berita tempatan, termasuk Malaysiakini, biasanya akan menjadi perlahan sewaktu berita-berita penting dilaporkan seperti ketika pilihan raya dan kini perbicaraan kes liwat tokoh pembangkang itu yang mendapat perhatian meluas pembaca.

LSS :

serangan terhadap web dan blog
akan berterusan. ada yang akan dilambatkan.
ada yang akan diserang seperti harakahdaily.
semua ini untuk memastikan berita tidak sampai
kepada warga.

Walau apa pun berlaku Mat Monggol takkan mampu menyekat Blogger - blogger dan pejuang alam maya kerana kita punya berjuta - juta pejuang berani mati

Thursday, February 4, 2010

Main Liwat Kelentong "See Fools"



Pemuda tinggi lampai dan muda perkasa ini mendakwa dirinya diliwat oleh orang tua yang berumur 60 tahun, Tidak payah tulislah nama orang tua itu, semua orang tahu, lagipun pertuduhan kali ini bukan yang pertama, tetapi kali kedua. Jika betul, hebat lelaki tua itu kerana dapat “menewaskan” lelaki tinggi lampai dan muda perkasa ini, memang giler !!

Pemuda ini juga dikategorikan sebagai “mangsa” rogol merangkap mangsa liwat paling cool pernah saya ketahui. Tidak pernah lagi ada “mangsa” rogol/liwat yang begitu menonjol seperti pemuda ini. Mangsa rogol/liwat yang lain takut hendak tunjuk muka. Mungkin sebab malu atau trauma. Yang ini lain daripada yang lain.

Pemuda ini bukan sahaja mempunyai akaun fan-page di Facebook, malah menulis blog tentang perjalanan kesnya di mahkamah. Malah cerita pemuda ini turut mempunyai halaman di Wikipedia. Lebih hebat, pemuda ini pernah bersumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan mengaku dirinya diliwat oleh seorang tua yang berumur 60 tahun.

Walaupun 1Malaysia heboh tentang cerita “tiada penetrasi di tempat itu”, tetapi dia tetap “maintain” mempertahankan dakwaannya. Itulah yang membuatkannya lebih cool. Selalu Update Blog dan Aktif ber'Facebook', sempat jadi Fan Yuna lagi. Dan wajah cool beliau sewaktu di Mahkamah buat yg melihat jadi meluat. KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT . Kalau Takut Dipukul Badai..Usah Berumah Di Tepi Pantai. (sumber)

Anwar gagal tarik ramai penyokong
KUALA LUMPUR 3 Feb. – Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik para penyokongnya berhimpun pada hari pertama perbicaraan kes liwatnya tidak mendapat sambutan apabila kira-kira 50 orang sahaja hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini.... Berita Penuh. GAMBAR-GAMBAR KAT BAWAH NI MENIPU MACAM UTUSAN JUGA KOT..!!



YANG ADA 4 ORANG


YANG NI ADA 2 ORANG


YANG NI ADA 3 ORANG


YANG NI ADA 5 ORANG


YANG NI TINGGAL ANWAR SEORANG



Pagi ini prosiding perbicaraan bersambung dengan keterangan yang diberikan oleh petuduh secara tertutup atau lebih dikenali sebagai keterangan in camera. Setelah semalam fitnah dilemparkan, dibaluti cerita jijik, kononnya saya mahu lakukan perbuatan terkutuk itu, petuduh tanpa rasa malu dan takut kepada Allah SWT, menyambung memberi keterangan berasaskan skrip drama usang 1998. Tertanya-tanya samada sutradara yang sama digunakan untuk Fitnah Siri 2 ini. Saya dan Azizah pastinya tidak terkejut jikalau sutradara yang sama masih mengarah drama kotor ini. Cumanya drama ini juga merupakan satu tragedi buat bangsa dan negara. Rakyat menjadi hakim kebobrokan mereka yang sanggup menjadi alat regim zalim ini.


Anwar Ibrahim

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: