Lagu Janji dicapati

Loading...

Monday, February 8, 2010

Perbicaraan Anwar:Hakim "Upahan Mat Monggol" Mohon di ketepikan







PERBICARAAN kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan pagi tadi ekoran pasukan peguam bela Anwar membuat permohonan untuk mengenepikan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md.Diah yang di lihat seolah - olah menjadi Barua United MuNkEeE.

Permohonan tersebut dibuat oleh Karpal Singh apabila Mohamad enggan mengenakan tindakan ke atas Utusan Malaysia dan beberapa blog yang menyiarkan beberapa butiran eksklusif Mahkamah, termasuk gambar saksi utama Saiful Bukhari Azlan, 25 menunjukkan lokasi kes liwat, di Kondominium Desa Damansara.



Selain menganggap Mohamad cuba bersikap "di perkudakan" atau dalam proses perbicaraan, Karpal turut mendakwa pasukan pendakwaraya yang diketuai oleh Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden cuba menghalang pasukan peguam bela Anwar daripada menyoal Saiful berkaitan lokasi-lokasi yang ditunjukkannya Jumaat lalu.peguam utama Anwar iaitu Karpal Singh juga Memohon agar Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohamad Diah dilucutkan kelayakan dari mendengar kes tersebut. Sehubungan itu, hakim membenarkan permohonan Karpal untuk didengar jam 9.30 pagi esok.

Oleh itu maka wujudnya apa yang di panggil sebagai "judicial Review" atau semakan penghakiman kerana Hakim Datuk Zainal Abidin di lihat begitu Mudah untuk di "perkudakan" atau di peralatkan sedangkan dia sebagai hakim sepatutnya bersikap adil dan saksama.


Karpal Singh turut menganggap Mohamad tidak melaksanakan tanggungjawabnya kerana membiarkan Utusan Malaysia menghina mahkamah dengan mendedahkan beberapa butiran eksklusif berhubung kes itu.

Anwar, 63 yang juga Ketua Pembangkang ketika ditemui wartawan di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta kemudian, turut melahirkan rasa bimbang atas cara penghakiman Mohamad.

“Saya bimbang proses itu tidak dapat menjamin keadilan,” jelasnya.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR turut menasihatkan Zabidin dan pasukan pendakwaraya supaya bersikap adil dalam sesi penghujahan saksi utama, Saiful yang sepatutnya berlangsung hari ini.

“Sepatutnya Tuan Hakim (Zabidin) kena dengar permohonan (peguam bela), bukan bantahkan (seperti yang dilakukan Mohamed Yusof) dan tutup perbicaraan peguam (bela) sebelum beliau (Zabidin) membuat keputusan,” jelasnya.

“Yang saya nak tekankan di sini (bahawa) kita dah bersedia (untuk sesi penghujahan) seperti peguam Karpal katakan, kita sebenarnya bersedia memulakan perbicaraan hari ini.”


Beberapa hari lalu, pasukan pendakwaraya bersama-sama saksi utama, Saiful telah pergi ke Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara; iaitu tempat yang didakwa berlakunya insiden liwat pada 26 Jun 2008, antara 3.01 petang dan 4.30 petang untuk membuat beberapa persiapan penghujahan.

Pun begitu, beberapa wartawan dan blogger, termasuk dari Utusan Malaysia turut merakamkan gambar secara eksklusif dan kemudiannya didedahkan pada awam.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta disebat sekiranya disabit bersalah meliwat Saiful yang sebelum ini Akhbar "mainstream" mendakwa yang saiful adalah Pembantu Peribadinya sedangkan yang sebenarnya Saiful adalah pembantu kepada Rahimi Osman dan Rahimi pula adalah pembantu kepada Nurul Izzah bukannya pembantu peribadi Anwar.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: