Wednesday, February 10, 2010

Ugut bunuh: Anwar anggap laporan Polis SayFools aneh!



ADAKAH KALI INI SAIFUL MAIN SKRIP KELENTONG LAGI?




seseorang menunjukkan isyarat setelah selesai kenyataan akhbat tengah hari tadi






DATUK Seri Anwar Ibrahim menyuarakan rasa aneh dengan niat saksi utama kes liwat, Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis kononnya diancam bunuh oleh seseorang rakan maya di Facebooknya.

“Yang meragukan adalah Facebook dan blog saya itu diikuti rakyat (sebanyak) 60 ribu hingga 70 ribu (rakan maya),” jelasnya di lobi Mahkamah Kompleks Kuala Lumpur tengahari tadi.

“Jadi kalau begitu, ada seorang buat catatan (dalam Facebook) dan dalam masa singkat hilang namanya, tetapi dalam masa yang singkat itu dia beri email kepada Saiful bagi saya begitu aneh.”

Pun begitu, beliau yang juga Ketua Pembangkang meminta pihak Polis menyiasat kes tersebut, termasuk email misteri yang diterima Saiful.

“Mengenai laporan (Saiful), tak apalah (dan) biarkan Polis siasat (termasuk) kena siasat siapa yang hantar email kepada Saiful,” jelasnya.

Sebelum pada itu, Anwar turut menjelaskan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengangguhkan perbicaraan kes liwat Anwar sehingga 18 Februari ini.

Tambah Anwar lagi, penangguhan tersebut bertujuan membuat ketetapan sama ada menerima permohonan Anwar untuk mengetepikan Hakim Datuk Mohamed Zabidin Md Diah dari mendengar perbicaraan atau sebaliknya.

Kata Anwar lagi, peguambelanya Karpal Singh telah pun menghantar afidavit balas pada 9.30 pagi tadi, walaupun pasukannya bercadang menghantar afidavit itu petang semalam.

Maka dengan kecelaruan dengan laporan polis itu telah menunjukkan mangkuk ayun cuba nak cari helah dari di soal oleh pasukan Peguam Bela.Adakah saiful bimbang segala penipuan dan skrip drama kelentong yang dirancang mat monggol dan geng -gengnya.

Persoalannya disini mengapa SayFools lakukan helah ini semata - mata nak lari dari di soal - balas oleh peguam bela? manakala Pendakwa raya pula seboleh - boleh menghalang Pasukan endakwa dari bertanya kan soalan kepada SayFools.

Jelas di lihat di sini laporan polis yang di buat oleh SayFools adalah satu helah untuk lari dari menjawab soalan yang akan di ajukan oleh Pasukan Peguam Bela yang di ketuai oleh Karpal Singh.

Nampaknya Kes ini dah mula nak mainkan lawak kelentong yang tak kurang hebat nya berbanding lawak kelentong dalam mahkamah pada tahun 1998-1999 yang mana hakim yang telah mengendalikan perbicaraan "bangang" berkenanan telah kojol

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: