Thursday, February 18, 2010

BILA KETUA PEMUDA UMNO MULA BERBICARA....

Rakyat bijak nilai politik Anwar - Khairy

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Rakyat boleh menilai dengan bijak tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba mempolitikkan isu pertuduhan liwat terhadapnya termasuk mendakwa wujud konspirasi terhadap beliau.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, beliau yakin tindakan Anwar yang mengadakan ceramah di seluruh negara dengan mendakwa wujud campur tangan politik dalam kesnya itu tidak akan mempengaruhi rakyat.

''Saya rasa rakyat Malaysia boleh menilai. Kalau dibandingkan pada 1999, apabila Anwar pergi ke mahkamah, ribuan penyokongnya akan ikut beliau, tetapi hari ini tidak ramai.

''Jadi saya percaya ramai rakyat Malaysia pada hari ini boleh menilai dengan objektif apa yang sedang berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili lebih 500 Pemuda BN, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penulis blog, menghantar memorandum bantahan terhadap campur tangan pihak asing dalam kes liwat Anwar di Suruhanjaya Tinggi Australia di sini hari ini.

Anwar, 63, sedang dibicarakan bagi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Ditanya sama ada tindakan Anwar mengadakan ceramah berkaitan kes liwatnya boleh dianggap sebagai menghina mahkamah, Khairy berkata, beliau tidak berhasrat memberikan komen berhubung isu itu kerana tidak mahu dianggap cuba campur tangan.

''Hakim sendiri kena buat keputusan kalau ada bukti mengenai perbuatan menghina mahkamah yang diketengahkan kepadanya atau jika beliau sendiri membaca ucapan Anwar atau pemimpin pembangkang lain yang dianggap subjudis.

''Saya tak nak minta hakim buat keputusan, sebab saya tak nak campur tangan. Nanti orang kata, ada gangguan politik," katanya.(PETIKAN DARI UTUSAN MELOYA)





Alamak KJ dh mula bersuara la...
rakyat dh lama pandai menilai mana baik mana buruk yang tak tahu menilai ni ketua pemuda UMNGOK dan konco-konconya. hei...walaupun di mahkamah tak ramai yang hadir tapi kami tetap akan sokong DSAI sehingga mencapai kemenangan.

hei KJ ada hati nak buat demo setakat kau bawa konco-konco kau tu apa barang...
nampaknya kerajaan UMNGOK dah mula gelabah apabila kerajaan australia dan amerika dah mula masuk campur dalam kes KONSPIRASI FITNAH LIWAT II.
kau jadi macam sekarang pun harapkan bapak mertua kau je ada hati nak kritik orang.

takde siapa pun yang suruh kau masuk campur KJ kau diam-diam sudah.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: