Wednesday, February 3, 2010

perbicaraan Anwar : Pendakwaraya Cuba Main kelentong dalam mahkamah




Salam perbicaraan Semalam setelah pasukan Peguam anwar yang turut di sertai oleh Shamsul Iskandar Md Akin meneruskan usaha untuk memperoleh salinan aduan dakwaan saiful dari pihak pendakwa namun pihak pendakwa turut main "kelentong" sandiwara yang "berdalih - dalih.

Sejurus selepas semalam pada sebelah paginya Usaha peguam bela Penasihat Parti keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan tarikh awal bagi semakan rayuan keputusan mahkamah, yang menolak pembekalan dokumen penting, kepada pemimpin PKR itu dengan menemui Ketua Hakim Negara telah gagal.

Peguam bela Anwar, Sankaran Nair berkata, Tun Zaki Tun Azmi tidak berada di pejabat beliau di Putrajaya hari ini.

"Tun Zaki bagaimanapun telah mengeluarkan arahan kepada Tan Sri Allaudin yang bersetuju mengadakan satu pertemuan pagi esok di Putrajaya bagi membincangkan penetapan tarikh untuk permohonan semakan.

"Oleh itu, saya akan berada semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi meneruskan hujahan permohonan penangguhan kes,'' katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata, beliau meminta peguamnya, Karpal Singh agar men'subpoena' Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor sebagai saksi dalam kes liwat itu.

Beliau berkata, bahawa pihaknya mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah menemui Rosmah dan kemudian Najib, dua hari sebelum membuat laporan polis.

"Kita mahu tahu pembabitan Rosmah dan Najib dalam hal ini. Mereka tidak menafikan pertemuan tersebut dan kita mahu tahu," kata Anwar.

Ketika berucap di hadapan para penyokongnya, Anwar dilaporkan berkata: "Biarlah mereka datang buat penjelasan apa yang sebenarnya berlaku. Mereka mesti hadir (ke mahkamah untuk) jelaskan keadaan," katanya.

Pada Julai 2008, Mohd Najib Abdul Razak yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri, mengakui bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan telah menemuinya di kediamannya beberapa hari sebelum membuat laporan polis berhubung kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim.

Najib mendakwa beliau menasihatkan Mohd Saiful supaya membuat laporan polis tetapi menafikan beliau terbabit dalam konspirasi terhadap Anwar itu.
Apa yang lebih menariknya pendakwaraya boleh buat lawak bangang yang paling bangang di alam maya bila mana laporan Perubatan Pusrawi yang di kemukakan sebagai bukti pembelaan di pertikaikan pada Perkataan "insertion" yang tidak jelas tetapi berbunyi "introduction"
pasal apa perkataan ni pendakwaraya tak nampak? spek tak cukuo bagus ke?
Oleh itu lah sebabnya kenapa perbicaraan di tangguhkan semalam dan sambung hari ini pada Jam 2.30 Petang.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: