Wednesday, February 10, 2010

Zambry MB Mahkamah:Apabila Sistem kehakiman mencabuli prinsip Demokrasi

Krisis yang berlaku di negeri itu hanya boleh iselesaikan
melalui pilihan raya negeri



Negara berkemungkinan mengamalkan ‘Monarki Mutlak’ jika pemecatan seseorang Menteri Besar itu boleh ditentukan mengikut kehendak pihak tertentu.

Mana-mana Menteri Besar, malah Perdana Menteri Malaysia boleh dipecat ikut sesuka hati pihak tertentu tanpa perlu merujuk kepada DUN (bagi MB) atau Parlimen ( bagi PM).

[7.jpg]


“Ini adalah risiko paling besar yang dihadapi oleh negara masa kini dan kita perlu perbetulkannya. Keputusan mahkamah pagi tadi amat jelas telah mengketepikan prinsip-prinsip yang ditetapkan dalam perlembagaan.”

Demikian dinyatakan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam satu sidang akhbar sebentar tadi di Pejabat Perhubungan negeri pada jam 10.00 malam.

Pada 11 Mei 2009 lalu, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati beliau tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Abdul Aziz Abd Rahim dalam penghakimannya, berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.




Sebelum ini, Tengku Razaleigh, seoran veteran Umno dan merupakan seorang kerabat di Raja Kelantan menyatakan :

“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

“Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”

Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

Turut hadir ialah PJ Negeri Perak, Ust Abu Bakar Hussin, Pengerusi DAP negeri, Dato’ Ngeh Khoo Ham dan lain-lain pemimpin kanan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Selesai tugas budak-budak upahan Zambry yang
didatangkan dengan 10 bas untuk meraikan kemenangan
zambry yang telah di ketahui lebih awal oleh mereka

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: