Friday, February 5, 2010

Perbicaraan Anwar : Apakah bukti yang bakal dibawa ke mahkamah kali ini?

Welcome to the "The Tilam Show"

Poster ini dibuat oleh blogger terkemuka Mob’s Crib. Beliau adalah “orang lama” dalam dunia pembuatan poster politik yang diubahsuai dari poster filem. Melihat poster ini teringat kembali apabila “tilam” dibawa ke mahkamah dalam perbicaraan yang pertama diakhir 1990 an dulu. Pada ketika itu seluruh dunia mentertawakan “perkara-perkara” lucu tersebut.

Kali ini perbicaraan “kedua” bagi pertuduhan yang sama pasti akan menyaksikan pelbagai lagi perkara-perkara lucu. Di hari pertama, dunia Twitter dan Facebook telah mentertawakan keterangan penuduh, Saiful Bukhari apabila beliau mengatakan bahawa Anwar berkata, “Can i fuck you”?

Watak-watak utama yang terlibat dalam perbicaraan lalu telah naik pangkat kini. Ada yang mendapat jawatan tertinggi dalam bidang masing-masing.

Sudah pasti ramai yang akan berlumba-lumba untuk memainkan peranan penting bagi memastikan “naik pangkat cepat” pada masa akan datang.

Akan tetapi, mendung tak bererti hujan. Tak semestinya apa yang kita hajatkan akan tercapai. Apatah lagi dengan jalan yang tidak sepatutnya.

Dunia kini sedang menantikan “apa lagi yang akan keluar” dalam perbicaraan kali ini. Jika berlaku seperti perbicaraan dahulu, kredibiliti negara akan semain runtuh. Yang akan mendapat kesannya adalah rakyat bawahan yang tidak sangkut paut dengan perebutan kuasa politik negara.

Tapi rakyat hari ini telah pun bijak menghakimi,Rakyat hari ini telah pun kenal yang mana satu intan dan yang mana satu kaca.Hari ini Mangkuk ayun tu telah ke Kondo itu semula dan menunjukkan tilam yang berkenaan kepada Tuan Hakim.

Tapi dalam akhbar sinar tak nampak lak Tilam tu bertompok? mana pergi dia punya Tompok?

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: