Saya tertarik dengan berita dalam HarakahDaily sebentar tadi mengenai lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk mereka di Bagan Pinang. Dalam kejadian malam tadi, sekumpulan lelaki terbabit dipercayai penyokong BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ. Selain ditumbuk ada juga yang bertindak seperti mafia menyerang dan mencederakan petugas PAS dengan menggunakan parang seperti yang dirakamkan dalam gambar-gambar di bawah:
Bila Azeez Putera UMNO dipeluk (dibaca oleh orang UMNO sebagai 'ditumbuk') tanpa sedikit pun calar ditubuhnya, berita itu disensasikan oleh media BN seolah-olah satu keganasan besar telah dilakukan kepada mat gedebab itu. Kini apabila ada petugas PAS diperlakukan sedemikian rupa oleh pengganas UMNO, adakah berita 'mandi darah' ini akan dipaparkan dalam media BN?

Nampak tak cerita yang hampir sama juga di main kan oleh Wak Botox semasa Wak botox menghantar surat ugutan kepada diri nya sendiri.OLeh itu tak payah lah algojo nak bodoh- bodoh melay ni sebab melayu semua dah pandai - pandai.Tak delah bangan sangat macam Wak Din sembab !
No comments:
Post a Comment