Thursday, October 29, 2009

-PAS retak, tetapi PKR lebih teruk! Woitt!!!! Apa nak Jadi nie?? C'mon Wake - up

LAGI! 11.30mlm
Malaysiakini ada laporan Jeffrey Kitingan dah resign dari jawatan naib presiden PKR, dan parti itu berkecamuk di Sabah. Kejap lagi agak Jefrrey pun kata dia tak resign, cuma hantar surat saja. Tapi dia tak maklumkan lagi mungkin ini semua gara - gara Ketua Umum mengambil Ahmad Tamrin Jaini sebagai Pengerusi Pimpinan Negeri Sabah.

BEBERAPA pemimpin akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Pedalaman terkejut terhadap keputusan pucuk pimpinan parti itu dengan mengenepikan suara akar umbi yang sebelum ini mencadangkan supaya Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffrey dilantik disebagai Ketua Perhubungan yang baru menggantikan MP Gombak Azmin Ali, sebaliknya pucuk pimpinan melantik Setiausaha Perhubungan PKR Sabah Thamrin Zaini selaku Pengerusi baru.

Meskipun majoriti daripada 25 bahagian dikatakan telah memihak kepada Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan supaya dilantik ke jawatan tersebut namun jangkaan mereka terhadap keputusan itu telah ‘meleset’ setelah mendapat tahu pusat telah melantik Thamrin selaku Perhubungan PKR Sabah yang baru.

Sukar dapat dibayangkan betapa peritnya kekecewaan mereka yang rata rata mengharapkan agar suatu perubahan kepimpinan PKR negeri akan berlaku daripada kepimpinan ‘lesu dan kurang menyengat’ kepada suatu kepimpinan yang ‘bertenaga, berani dan konsisten dalam semua isu terutamanya memerangi RASUAH’.

KECEWA…alamak bah kuroyon poh boh!!!

Namun persoalan yang lebih pokok adalah proses perlantikkan itu tidak mematuhi kehendak ‘suara majoriti’ daripada pemimpin akar umbi yang mempunyai hak untuk menentukan bakal pemimpin pilihan mereka.

Ada yang menyifatkan sistem yang diamalkan PKR dalam menentukan peneraju kepimpinan diSabah, seiras dengan amalan yang dilakukan oleh Umno sepertimana yang berlaku ketika ini, dalam menentukan pemimpin mereka diSabah terutamanya perlantikkan ‘Ketua Menteri’ yang semua itu ditentukan oleh Kuala Lumpur dan bukan ‘Rakyat Sabah’.

Ketua Bahagian PKR Tenom Gonsubin Yosundang 57, kecewa dengan keputusan itu dan menyifatkannya sebagai tidak menghormati suara akar umbi sekaligus mengenepikan lunas lunas demokrasi yang diamalkan dinegara ini.

Gonsubin berkata, sebelum ini rakyat Sabah memperkecil kecilkan sistem yang diamalkan oleh UMNO

kerana semua ‘kuasa penentu’ berada ditangan Kuala Lumpur. Lantaran itu ramai yang beralih sokongan kepada PKR yang beranggapan bahawa sistem PKR lebih baik daripada Umno.Bagaimana pun tanggapan rakyat itu kini sudah terserlah semuanya telah ‘meleset’.

“ Kita juga ada maruah…dan kalau juga orang lain tidak mengharagai dan menghormati perjuangan yang berlandaskan ketelusan kerana inginkan keadilan..apa yang harus kita lakukan dan terpulang sahajalah kepada TUHAN yang MAHAKUASA untuk menentukan nasib kita,” tegas Gonsubin dengan nada yang penuh kekecewaan.

LALALA…nambuyuk vaiii…

Seorang ahli Mohammad Yuzaini 42, turut meluahkan nada yang sama sambil menggesa PKR pusat agar segera membetulkan sistem yang PKR pusat gunakan sekarang, kerana menurut beliau lagi, sistem yang digunapakai ketika ini ibarat makanan yang sudah basi dan tidak relevan lagi dihati rakyat pada keseluruhannya kerana rakyat inginkan kebebasan bersuara dan kebebasan untuk memilih pemimpin.

“ Pemimpin PKR pusat jangan ikut telunjuk sekerat dua pemimpin PKR Sabah yang sudah kena reject rakyat…lebih lebih lagi pemimpin yang tidak pernah menang dalam pilihanraya sejak tahun 70an lagi…jenis pemimpin itu tidak kena guna diSabah…tetapi kalau PKR pusat teringin sangat mendengar telunjuknya…alamatlah PKR tak boleh menang PRU ke-13,” tegas Yuzaini.

Manakala Affendy Angindih@ Tukang 56, Timbalan Ketua Bahagian PKR Pensiangan turut berpendapat bahawa sudah tiba masanya PKR pusat mengkaji semula sistem yang digunapakai ketika memutuskan perlantikkan Pengerusi Perhubungan yang baru dan mereka harus turun padang menjelaskan kepada akar umbi khususnya ahli ahli PKR.

“ Rakyat akar umbi khususnya ahli ahli PKR sangat marah dengan keputusan itu kerana harapan mereka telah diketepikan, dimana ahli ahli PKR terutamanya diParlimen Pensiangan mengharap sangat agar kepimpinan PKR negeri Sabah memihak kepada pilihan utama mereka Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan,” jelas Affendy.Ends

Apa ni? Apa dah jadi??? Bangun lah..bangun Mantapkan Organisasi kita,Berubah!!! Pegang lah pada Slogan kita "Reformasi"

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: