Friday, October 30, 2009

-Jaga anak - anak anda satu malaysia






KEMATIAN BERGANDA UNTUK MANGSA KEM 1 MALAYSIA – harakah daily

Sedih akibat kematian anaknya, N Dina Deve yang mati akibat jambatan runtuh dalam promram 1 Malaysia, bapa kanak-kanak malang itu, T Nathan, 45 meninggal dunia pagi tadi.

Akibat kematian anaknya, Nathan yang terlalu sedih tidak lalu makan atau minum sehingga terpaksa menerima kemasukan air melalui drip dilengannya.

Pagi tadi, Nathan meninggal di rumahnya di Mambang Diawan, dekat sini selepas beberapa hari menanggung kesedihan.



[PLKN.jpg]

ROGOL: PELATIH PLKN DESAK RAYUAN - malaysiakini

Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mendakwa dirogol jurulatihnya pada 2004 mendesak agar pihak pendakwaan memfailkan segera rayuan kesnya ke Mahkamah Rayuan.

Mangsa menerusi peguamnya Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi pada Selasa lalu yang melepas dan membebaskan bekas jurulatih PLKN Zuki Mohd dari tuduhan merogol.

"Kami mendapat arahan dari anak guam kami (mangsa) untuk memohon dan mendesak pendakwaraya negeri Terengganu memfailkan rayuan segera ke Mahkamah Rayuan memandangkan terdapat isu-isu penting dan asas yang perlu diselesaikan oleh mahkamah yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan di Kuantan hari ini.

LAPORAN AWAL KES BUMBUNG STADIUM RUNTUH DALAM SEBULAN: SHAHZIMAN - Utusan Merapu

KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa penyiasat bebas yang ditubuhkan bagi menyiasat kejadian bumbung runtuh di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu, Selasa lalu, akan mengeluarkan laporan awal kes itu dalam masa sebulan.

Menteri Kerja Raya, Shaziman Abu Mansor, berkata laporan lengkap mengenai insiden itu akan dikemukakan kepada Kabinet dalam masa enam bulan.

"Tujuan penubuhan jawatankuasa ini ialah mengenal pasti punca-punca runtuhan, bukannya nak mencari siapa yang bersalah dalam hal ini.




Yang menjadi persoalan di sini memanglah bukan nak cari siapa yang salah tapi masalah di sini ialah untuk mencari siapa yang bertanggungjawab memasang bumbung stadium berkenaan,takkan satu projek stadium satu Kontraktor sahaja yang di pertanggungjawabkan untuk menjalankan pembinaan,mesti ada sub-kontrakor yang dilantik untuk memasang bahagian - bahagian bangunan dalam stadium berkenaan.Masalahnya nak buat JawatanKuasa apa lagi yang semata - mata nak cari punca bumbung tu boleh runtuh, kalau dah tahu bumbung tu pakai besi murah tak pun "besi buruk" mana tah dia pergi rembat lepas tu pasang kat stadium baru ni...

"halamak ini kes tak payah nak chong la !! member baik aku yang rambut flat top ada ekor belakang,pakai handset i-phone dan bawak Honda Civic tu pun kontraktor la !!! ini "trick" sume dalam poket spender dia lagi nak buat jawatan kuasa ke ? tak payah nak kelentong pasal satu malaysia pun tahu bumbung tu runtuh pasal budget nak beli bumbung "ori" dah kena songlap"

ibu bapa wajib berjaga jaga,

dijalan raya mati di langgar kereta,

di sekolah – sekolah runtuh,

bermain di stadium – stadium runtuh

masuk PLKN – mati kena belasah

kalau cun – kena rogol

camping 1 malaysia – mati tenggelam

oleh itu Jagalah anak - anak anda baik - baik dari Program yang membunuh satu malaysia..kah..kah..kah...ehh sapa punya Projek tu haa????

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: