Wednesday, October 28, 2009

-Kenyataan Media Sivakumar dan MB Nizar


Pihak polis menahan kami beberapa kali sebelum boleh masuk dewan, tidak pernah berlaku Adun dilayan seperti penjenayah.

Apabila kami tidak mahu menyerahkan jubah dan kekerasan digunakan untuk merampas songkok dan jubah. Mereka menekan dan mencekik saya supaya saya tidak bernafas dan lemah. Walaupun Adun PR cuba menyelamatkan tetapi mereka menghadapi ramai polis.

Sivakumar menunjukkan sekali lagi cebisan jubah yang masih tinggal sebagai simbol demokrasi.

Sivakumar mempersoalkan tindakan kami dilarang membawa masuk kamera. Juga beliau mendakwa semacam dirancang tidak ada anggota media dalam ruang legar SUK semacam hendak mengelak media melihat apa yang berlaku.

Speaker Sivakumar mengesahkan sidang pada hari ini dengan meluluskan tiga usul iaitu usul berkaitan tragedi di Kuala Dipang, tahniah dengan prestasi Kerajaan PR dan pencalonan seorang calon untuk menjadi Ahli Dewan Negara yang baru.


Sementara itu Datuk Seri Nizar Jamaludin pula berkata, rombongan Adun PR telah dihalang oleh 5 sekatan dan ini bercanggah dengan demokrasi. Terbukti kekecohan bermula dari arahan defekto BN.

"Saya rakamkan disini atas arahan BN kepada pihak polis menghalang kami."

"Jika Speaker itu haram maka usul, bajet adalah tidak sah dan semuanya tidak mengikuti peraturan."

"Saya mendesak Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin wajib meletakkan jawatan kerana tindakan polis yang memalukan," ujarnya lagi.


Pihak Polis mengarahkan Ustaz Noor Azli Musa
agar segera bangun dan bersurai semasa beliau
selepas beliau menunaikan solat hajat.
Ustaz Noor Azli menjadi Imam pada solat Hajat

Para prmimpinan PR dikerumuni wartawan sewaktu
mereka keluar meninggalkan Dewan

Suasana kecoh apabila anggota polis meminta orang ramai
bersurai meninggalkan kawasan di luar SUK Perak.


Inilah Lambang "Kejakunan BN"..Mungkin itu yang dikatakan
oleh Sivakumar apabila menunjukkan cebisan jubah
speaker Dewan yang mampu di selamatkannya
setelah ditarik oleh bentara dewan.

Para Adun PR sedang melayan pertanyaan para
wartawan selepas sahaja selesai didang DUN
di bangunan DAP Perak.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: