Thursday, October 29, 2009

-Hasan Ali bakal berdepan Tindakan Displin!



[sk1.jpg]

Pada Jam 11.50 pagi tamat sudah mesyuarat khas antara pepemimpin - pemimpin tertinggi PAS yang bermesyuarah selama 4 jam.Dalam Mesyuarat yang berlangsung dalam masa agak lama itu di lihat Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS pusat dan pimipinan tertinggi PAS secara Majoriti bersetuju agar tindakan Displin di kenakan keatasa Dato' Dr. Hasan Ali atas kenyataan beliau yang telah di rakam secara audio dalam pertemuan antara blogger.

Manakala Rakaman yang di miliki oleh wak banjar telah di minta untuk di serah kan kepada Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Diplin PAS yang mana di dalam Rakaman Terkandung 3 kenyataan Kontroversi yang di buat 2 malam lepas di kediaman Hasan Ali di TTDI Jaya.Dalam pada itu JawatanKuasa Diplin PAS akan menjalankan Siasatan terhadap Rakaman itu yang mengandungi pengakuan kenyataan Ustaz Nasha dan Hasan Ali.

[sk4.jpg]

Tetapi pada pagi Pucuk Pimpinan PAS dan Pengerusi Jawatankuasa Displin PAS belum mengumumkan apakah bentuk Tindakan yang akan di kenakan ke atas Hasan Ali kerana belum ada apa - apa sidang akhbar lagi .Sebaliknya apa yang menjadi dalam mesyuarat ini yang menjadi tumpuan dan dianggap panas ialah kepada Dr Hasan Ali.

Ada cadangan meminta Hasan Ali dipecat daripada menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor dan juga Exco Selangor. Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Algojo. Bagaimana pun Abdul Hadi dikatakan telah mempertahankan Hasan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat.

[sk3.jpg]


Alasan Abdul Hadi kalau ada tuduhan penyiasatan perlu dilakukan. Sehubungan itu Jawatankuasa Disiplin PAS yang diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man akan menjalankan siasatan ke atas Hasan bersama ahli jawatankuasanya.

Dalam pada itu mesyuarat itu juga bersetuju agar PAS mengadakan Seminar Politik. Tujuan seminar ini ialah untuk mendidik ahli Pas dan secara tidak langsung mengeratkan perhubungan sesama pemimpin. Seminar itu dijangka akan diadakan pada 7 November depan sebagai ganti EGM.

[sk2.jpg]


Prof Abdul Aziz Bari dicadangkan dipanggil untuk memberi pandangannya dalam seminar berkenaan. Selain itu isu Unity Goverment juga telah dimuktamadkan di mana selepas ini tidak ada timbulkan oleh sesiapa lagi.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: