Wednesday, October 21, 2009

-Wak Botox Failkan saman Tak malu





SHAH ALAM, 15 Oktober - Tindakan mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo memfailkan saman terhadap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan,Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor, Teng Chang Khim berhubung penggantungannya ibarat menidakkan proses perundangan yang sewajarnya dipatuhi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika diminta mengulas isu saman berkata, Khir Toyo mempunyai hak untuk berbuat demikian namun beliau harus sedar, apa yang telah dilakukan oleh Teng adalah mengikut perundangan yang sedia ada kepada mereka yang melanggar tatacara dewan.


Khir Toyo yang merupakan ADUN Sungai Panjang telah digantung selama setahun daripada menghadiri sidang DUN kerana enggan meminta maaf dalam sidang DUN sekitar Julai lalu.



Pada 15 Julai lepas, penggantungan Khir Toyo dan penarikan balik semua keistimewaannya sebagai wakil rakyat sepanjang tempoh penggantungan, diumumkan Timbalan Speaker Haniza Mohd Talha kerana gagal hadir sidang siasatan awam Selcat pada Mac lepas.


Sidang Selcat pada masa itu menyiasat penyelewengan oleh Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis).

Khir Toyo telah memfailkan saman terhadap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor, Teng Chang Khim dan menamakan Setiausaha DUN Selangor dan kerajaan Selangor sebagai defendan.



” Saya rasa dia berhak untuk membuat tindakan di mahkamah dan kita rasa ia adalah enakmen yang diluluskan oleh BN. Undang-undang ini bukan undang-undang baru, undang-undang ini telah lama dan kita hanya melaksanakan undang-undang”.



” undang-undang itu yang membenarkan dewan untuk tidak memberikan atau membenarkan mereka yang tidak hadir dan melanggar tatacara dewan. Dan perkara ini telah dilaksanakan oleh dewan-dewan yang lepas. Dewan undangan negeri Selangor pernah juga menghalau dan tidak membenarkan ahli dewan menghadiri dewan sebelum ini. Bukan pada 2008, bukan juga 2009 tetapi sebelumnya” ujar beliau.



Khir Toyo yang juga ketua pembangkang di DUN Selangor memfailkan saman pemula melalui peguamnya MM Athimulan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam.



Beliau mendakwa penggantungannya adalah tidak sah dan terbatal.






Halamak! Wak Botox....ada pergi sekolah ke tak de? Wak botox ada tanya tak kat peguam tu ke takde? kalau takde baik Wak Botox tanya kat MM Athimulan tentang apa yang tertulis dalam Artikel 72(1) yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.Jangan Buat Malu daa...Wak Botox nak saman pe..ke bendenya??? V.Sivakumar pun tak leh kena dakwa dek Mahkamah ini kan pulak nak dakwa Teng Chang Kim.


Artikel 72(1)PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

menyatakan ;


" Maka Sahnya Setiap tindakan atau perjalanan yang berlaku dalam sesuatu persidangan Dewan Undangan Negeri itu sehingga tidak boleh di pertikaikan dalam mana mahkamah sekalipun "


boleh ke wak botok menang?

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: