Lagu Janji dicapati

Loading...

Tuesday, October 13, 2009

-Media Tukang Canang Macam Beruk Dapat Bunga?

3294099089236bf80e93o.jpg

Nak tergelak dan termuntah....biar kerusi aje tonton berita TV!!!


Nak tergelak pun ada, nak muntah pun ada. Begitulah yang saya rasa menonton siaran berita TV sejak malam tadi hingga malam ini. Saya boleh terima jika berita kemenangan tokoh perasuah bernama Isa itu disiarkan berulang kali semalaman malam tadi dalam semua saluran TV, tidak kira RTM atau Media Prima. Maklumlah sudah 9 kali pilihanraya kecil, semuanya kalah kecuali di Batang Ai menang sekali, maka kemenangan kali ini pasti sangat dinanti-nantikan oleh BN. Oleh itu bila semua siaran berita TV memberi fokus kepada kemenangan itu pada malam tadi, ia boleh diterima. Ia seperti cerita musafir yang dahaga di tengah padang pasir yang sudah menjumpai 9 telaga, hanya telaga kesembilan di Negeri Sembilan baru mereka menjumpai air yang jernih, jadi seronoknya tentu bukan main lagi!

Walaupun kalah 7-2, tapi BN merayakan kemasukan gol kedua ke pintu gawang lawan itu seperti mereka menang besar, walaupun sebenarnya masih tewas dengan agregat 7-2. Yang jadi nak tergelak dan nak termuntah ialah episod cerita menang itu diulang-ulang setiap kali siaran berita. Siaran berita malam ini jam 8 malam pun masih bercerita tentang kemenangan itu. Apabila PR menang 7 kali pilihanraya kecil dulu, sudahlah keputusannya lewat disiarkan, berita mengenainya hanya dimasukkan dalam satu segmen ringkas yang sungguh ringkas. Tapi bila BN menang, ada siaran langsung dari Pusat Penjumlahan Undi pula lagi (TV1) dan sampai 2 hari 2 malam masih diulang berita yang sama!

[umno+monkey.JPG]
Jadi macam mana tak tergelak dan tak termuntah bila siaran berita Tukang Canang Algojo dok ulas yang itu-itu juga? Betul-betul TV kita sudah jadi macam kisah beruk dapat bunga, dua hari bunga itu dilambung dan dicium-ciumnya, sungguh mengharukan! Yang berita Tabloid Cabuk pulak cerita yang Pembangkang dah gelabah....cuma nak naik kan semangat geng algojo United Monkey of National Oldies yang mana algojo dapat 2 bijik gol keseluruhannya.Tapi pada petang tu ramai geng algojo yang angkat kaki bimbang tersungkur lagi...syukurlah.,Pakatan bagi gol kesian takut nanti mat monggol menangis dan buat umrah sekali lagi dan rayu bik mama supaya bertadarus sepanjang malam.Tapi apa yang penting ialah Algojo United Monkey of National Oldies ialah Rakyat 1 malaysia dah lihat 2 perkara;

1.Algojo secara nyata menyokong rasuah dengan memenang kan Isa Samad seperti mana yang di sarankan oleh Tun Madey.

2.Akan berlaku pertempuran hebat 3 penjuru antara Tun Mahathir - Tok Mat Isa - Tok Mat Hasan.

apa keputusannya nanti? kita tungguuuuuuuuuuuu...

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: