Thursday, October 1, 2009

-Tak payah letak Tok Mat Isa ,letak 'kepala lembu' pun Algojo akan menang jugak tapi.......



[Isa.jpg]

Jika sekiranya Geng Algojo United Monkey of National Oldies meletakkan 'kepala lembu' sebagai calonnya, dengan 5000 undi pos dalam tangan,Algojo sudah terjamin akan menang mudah di Bagan Pinang.

Tetapi dengan memilih Tok Mat Isa, Algojo mungkin tidak begitu yakin sama ada majoriti yang diperolehi dalam pilihanraya umum 2008 dulu boleh diperahankannya.

Memikirkan masalah inilah, menyebabkan Algojo terpaksa akur dengan kehendak geng - geng bahagian tersebut supaya meletakkan bekas MB Tok Mat Isa Samad yang sememangnya sudah terpalit dengan berbabagai gejala rasuah.

Persoalannya, sungguhpun Tok Mat Isa boleh menang besar di Bagan Pinang, tapi adakah kemenangan itu memberi erti sebenar kepada Algojo? Jadi tidak perlulah Mat Monggol nak melalak seantero dunia kononnya Algojo akan memang besar....memang pun Algojo boleh menang tapi sebesar mana?

Dalam senario inilah PAS dan rakan-rakan Pakatan akan berjuang habis-habisan untuk membawa kemenangan yang lebih bermakna, walaupun PAS sedarnya undi pos tak akan memihak kepadanya.

Tapi apa kah Tok Mat Hasan akan Merestui kemenangan Tok Mat Isa?
sebenarnya geng algojo United Monkey of National Oldies N.Sembilan terlibat dalam kancah "pertempuran dalaman" di antara kem Mat Isa dan Kem Mat HasanPertempuran geng algojo yang pro-tok mat isa dan pro-tok mat hasan pula akan menjadikan PRK kali ini tetap akan di sabotaj oleh geng - geng algojo sendiri khususnya dari kem tok mat hasan kerana apa? kalau Tok Mat Isa menang dalam pilihanraya sudah pastinya Tok Mat Hasan akan menghadapi tentangan dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan dari bekas Menteri Besar sendiri kerana sudah pastinya Tok Mat Isa akan mengatur strategi barunya bagaimana untuk merampas kembali kedudukan nya dalam Algojo dan Kerajaan Khususnya jawatan nya sebagai Menteri,oleh itu Tok Mat Hasan adalah Sasaran Tok Mat Isa untuk mengembalikan semula kepentingannya dalan United Monkey of National Oldies.Bagaimana? sekiranya Tok Mat Isa menang sudah pastinya Tok Mat Isa akan melebarkan semula pengaruh - pengaruh lamanya kedalam Al-gojo N.Sembilan sekali gus mengatur kembali strategi politiknya dengan menyerang Tok Mat Hasan dan menyalahkan Tok Mat Hasan adalah punca algojo kehilangan majoriti 2/3 dalam DUN Negeri Sembilan ,sekaligus dengan menjatuhkan Tok Mat Hasan, Tok Mat Isa berharap akan dapat merampas semula kerusi Jawatan Menteri Besar negeri sembilan dengan desakan Adun - Adun yang terdiri dari Penyokong Tok Mat Isa.
Mesti di ingat bahawa Tok Mat Isa sudah hilang kepentingan dalam algojo oleh itu peluang harus di gunakan oleh Tok Mat Isa untuk mendapatkan kembali kepercayaan ahli - ahli algojo dan "takhtanya" semula.Oleh itu sekiranya Tok Mat Isa memenangi Pilihanraya ini,ini bermakna Tok Mat Isa akan mengetuai satu lagi Pasukan Jeneral Al-gojo yang akan menghalakan muncung meriamnya kearah Jeneral Algojo kerana sebelum ini pasukan (B) algojo United Monkey of National Oldies N.Sembilan yang di ketuai oleh Aziz Shamsudin (ADUN Palong) tidak mempunyai sengat langsung semasa cuba menjatuhkan Tok Mat Hasan tapi kalau kali ini Tok Mat Isa Menang, Jeneral Pasukan Algojo Team (B) akan di ketuai oleh Tok Mat Isa oleh itu Aziz Shamsudin tak perlu lagi meneruskan plan nya untuk menyertai Pakatan Rakyat kerana Tok Mat Isa dah kembali merampas kembali kedudukan terpentingnya dalam Algojo N.Sembilan.
Persoalannya?
Adakah Tok Mat Hasan akan membiarkan ini semua terjadi? kalau anda jadi tok mat hasan yang mana satu lebih baik bagi anda;
a)Berdepan dengan masalah yang berganda,pukulan dari kiri dan kanan terutamanya dari pembangkang dalam membuat keputusan,juga pukulan maut dari Jeneral (b) iaitu Tok Mat Hasan yang mahukan semula kerusi MB negeri sembilan,juga berdepan kemungkinan di malukan dan di gulingkan oleh orang sendiri (algojo team B) terutamanya dari tok mat isa.
atau-
b)Tok Mat Hasan halang Tok Mat Isa dari menang dalam erti kata sabotaj PRK ini dan biarkan Pakatan Menang, paling tidak pun kalau Tok Mat Hasan di kemukan undi tak percaya beliau masih sempat bubarkan DUN daripada menanggung malu dari di gulingkan oleh Tok Mat Isa kalau Algojo menang.
oleh itu fikirkan pada siapa faedah itu di miliki....sudah tentulah pada pakatan bukan? heh..heh..heh....

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: