Program Sua Rasa Aidilfitri Pada 17 dan 18 Oktober Ini.
Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama TV9 akan menganjurkan Program Sua Rasa Aidilfitri di Perkarangan Stadium Melawati, Shah Alam pada 17 dan 18 Oktober ini.
Bercakap kepada pemberita hari ini, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohamad Ali berkata, pelbagai program telah dirancang untuk seluruh warga Selangor bagi memenuhi dua hari tersebut.
"Program ini pada keseluruhannya kalau kita lihat program ini dia punya dimensi berbagai-bagai.This is multi demontional dan kalau nak kan budaya ada budaya, nak kan seni ada seni nak kan kraf ada kraf nak kan jualan ada jualan, nak kan gerai ada gerai, nak kan makanan ada makanan, nak kan masakan ada masakan, nak kan halua telinga,ada halua telinga,nak kan halua rohani ada halua rohani.Jadi kalau kita tengok perancangannya saya ucapkan tahniah lah kepada teman-teman yang merancang bersama-sama TV9",katanya.
Datuk Hassan berkata demikian pada sidang media, di Bilik Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), petang tadi.
Hadir sama, Exco Selangor, Rodziah Ismail dan Dr Halimah Ali.
Program Sua Rasa yang akan bermula dari jam 8 pagi hingga 11 malam turut menyediakan gerai jualan dan pameran kepada pengunjung. Katanya, di samping berhibur, orang ramai juga berpeluang untuk mendapatkan maklumat mengenai agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor” antaranya Skim Mesra Usia Emas, Tabung Warisan Anak Selangor dan Hadiah Anak Masuk Universiti di tapak pameran khas.
Orang ramai khususnya anak muda yang ingin mendaftar menjadi pengundi boleh berkunjung ke gerai “Jom Daftar Undi” di bawah Sekretariat Belia Negeri Selangor (Gen-S).
Katanya, pemimpin dan pegawai tertinggi kerajaan negeri juga akan turun ke padang untuk bertemu dengan rakyat bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara mereka.
Di sepanjang Program Sua Rasa Aidilfitri, pelbagai persembahan kebudayaan tradisi seperti tarian upih, zapin, pantun budi, joget Selangor, Solo Angklong, silat, Wushu, tarian naga, selingan kompang dan Cak Lempong turut disediakan untuk meraikan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.
“Berbagai-bagai tarian, berbagai-bagai bentuk nyanyian-nyanyian rakyat, seni-seni rakyat yang tidak pernah kita sebenarnya tuan puan boleh saksikan melalui paparan dalam Sua Rasa yang dikendalikan bersama oleh TV9 bersama kerajaan negeri Selangor,"katanya.
Selain acara persembahan, TV9 juga akan menjalankan temubual secara langsung dengan Menteri Besar, Exco Selangor, YDP Pihak Berkuasa Tempatan dan wakil agensi kerajaan dari jam 8 hingga 10 pagi sepanjang program itu berlangsung.
Sementara itu, Konsert Rentak Sua Rasa TV9 akan berlangsung pada malam pertama program tersebut.
Katanya, antara artis yang akan muncul membuat persembahan ialah Raihan, Muslim Voice, Yassin, Tomok, Aizat dan Aishah. Justeru, katanya kerajaan negeri mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk bersama-sama menyertai pelbagai acara yang disediakan bagi memeriahkan program ini.
No comments:
Post a Comment