Friday, October 30, 2009

-Kenyataan AMK Klang berhubung ADUN Pelabuhan Klang..

AMK Klang berasa sangat kecewa dan berduka cita dengan kenyataan YB Badrul diatas sebab alasan perletakan keahlian PKR serta pengistiharaannya menjadi ADUN Bebas yang 'mesra BN'. Beliau secara jelas telah 'dipengaruhi' oleh 'orang ezam' dlm setiap bait kenyataan berkenaan yg juga turut dihadiri oleh mereka. Fakta sebenarnya adalah ; Yb badrul secara nyata semenjak dari mac 2008, tidak menjalankan tanggung jawab & amanahnya sebagai wakil rakyat yg baik di Pelabuhan Klang. Beliau tidak turun padang & kurang mesra dgn rakyat.

Peruntukan beliau utk tahun 2008 sehingga pertengahan 2009 dihabiskan secara meragukan, dengan tiada program & sumbangan kepada yg layak menerimanya. Beliau tidak hadir dlm pelbagai program rasmi kerajaan negeri yg diadakan di kawasan sendiri. Beliau terlalu sukar untuk dihubungi & ditemui rakyat, hatta oleh pucuk pimpinan negeri. Bahkan, banyak masalah rakyat yg tidak dibantu & diselesaikannya. Sebenarnya, jentera negeri & amk cabang telah berusaha keras utk membantu beliau dlm urusan pentadbiran DUN P Klang. Dimana semua program & perkembangan dimaklum serta cuba utk berhubung dgn beliau, namun semuanya menemui jalan buntu dan beliau gagal dihubungi. Beliau harus sedar bahawa, kegagalan kepimpinan dan sikapnya sendirilah yg menjadi sebab utama punca masalah di DUN P Klang & sangat tidak wajar serta matang, menyalahkan pihak lain khususnya YAB MB Selangor, DSAI & DSWA. AMK Klang menyeru agar seluruh rakyat di P Klang agar bertenang & tidak terpedaya dengan putar belit beliau.

Insyaallah, pelbagai usaha telah, sedang & akan dijalankan bagi memastikan hak & kepentingan rakyat khususnya di P Klang, utk terus dibela. Kami sangat menghargai semua sokongan & dokongan dari semua pihak. Akhir kata; AMK Klang juga mengucapkan, 'selamat berjaya' kpd YB Badrul & berharap, dpt 'meneruskan rekod perkhidmatan cemerlang' dimasa mendatang disamping wadah baru yg beliau pilih.


Irwan Ismail, Ketua AMK Cabang Klang.
019-3456192/017-8874900

1 comment:

MNA said...

Nasi nak jadi bubur. Salah kita sendiri juga.

Si bodoh mana yang pilih si Badrul tu jadi calon YB untuk DUN Pelabuhan Klang. Dah takda orang lain yang lebih berwibawa ke ?

Raja Petra Kamaruddin [RPK] yang turun padang untuk berkempen di DUN Pelabuhan Klang pun dah bagi warning awal-awal lagi yang si Badrul tu pasti akan datangkan masalah. Tapi kita tak peduli juga. Sekarang kita juga yang ternganga.

Apa nak jadi dengan PKR sekarang ni ? Masalah lama tak settle lagi, dok pula datang masalah baru...

Saya sebagai pengundi pun agak hampalah dengan perkembangan terkini. Sedikit sebanyak jati diri kita pun tergoncang juga.

MNA

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: