Sunday, October 4, 2009

-Si Paria Junior Kena Pukoi? Nak Tergelaknya Aku!!

[n_p22datukazeez.jpg]



Ketika jentera BN dan Pas sibuk 'berperang' di pusat penamaaan calon PRK Bagan Pinang, saya terbaca dalam sebuah akhbar tempatan mengenai kisah seorang lelaki peniaga gerai dipukul kerana mengganggu seorang wanita peniaga gerai. Mengikut laporan itu, peniaga lelaki yang dipukul itu telah ditahan polis. Tetapi suami wanita yang memukul lelaki itu tidak pula dilaporkan ditahan. Malah laporan akhbar itu merujuk isterinya sebagai "mangsa", manakala lelaki yang dipukul sebagai "suspek".

Itu cerita yang saya baca dalam akhbar di sebelah pagi. Petangnya, saya terbaca pula cerita Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Putera Umno yang mendakwa dipukul dan diterajang semasa berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon PRK Bagan Pinang. Beliau mendakwa telah dipukul "bertubi-tubi" lebih 20 kali oleh sekumpulan individu seramai 9 orang yang tidak dikenalinya.

"Yang saya pasti mereka adalah penyokong-penyokong PAS. Pakaian mereka dari atas sampai bawah adalah pakaian PAS," kata Azeez kepada Malaysiakini.

Insiden Azeez dipukul itu menimbulkan beberapa persoalan dibenak saya:

i) Walaupun secara peribadi, saya tidak kenal Azeez yang berbadan gempal dan berkulit gelap menyerupai Mike Tyson bekas juara tinju berkulit hitam Amerika itu, tetapi kata orang dia ini jenis orang yang boleh tahan samsengnya. Bukan saja Mat Rempit, tapi mat-mat lain yang diragui latar belakangnya juga dikatakan merupakan golongan yang menjadi rakan karibnya. Jadi agak menghairankan bagaimana orang yang berperwatakan samseng boleh jadi mangsa pukulan?

ii) Saya juga hairan bagaimana ada orang yang begitu berani memukul si-gempal itu di tengah khalayak ramai. Biasanya orang akan berfikir 10 kali sebelum memukul dengan menggunakan buku lima sendiri mereka yang fizikalnya seperti Azeez yang menyerupai juara tinju dunia heavyweight itu.

iii) Bagaimana Azeez yang kononnya menjadi mangsa pukulan itu mempunyai masa untuk mengira jumlah pukulan yang diterimanya sebanyak 20 kali oleh 9 lelaki. Ini kerana mereka yang dipukul bertubi-tubi lazimnya hanya teringat uintuk mempertahankan dirinya sendiri saja dan bukannya sibuk menghitung jumlah pukulan yang diterimanya dan mengira berapa ramai orang yang memukulnya.

iv) Mula-mula Azeez kata dia tidak mengenali siapa yang memukulnya, tetapi lepas itu dia berkata mereka adalah "penyokong-penyokong Pas". Tapi itu tak apa juga. Yang lebih pelik bila dia berkata, "....pakaian mereka dari atas sampai bawah adalah pakaian Pas". Saya sampai kini masih tertanya-tanya, bagaimana rupa bentuk "pakaian Pas" itu? Berkot dan bertali leher seperti yang lazimnya dipakai oleh sesetengah pemimpin Pas atau berjubah atau berkain pelikat?

v) Jika benar Azeez dipukul, pasti ada sebabnya. Seperti kisah peniaga gerai lelaki di awal posting saya tadi yang dipukul kerana kacau isteri orang. Mana ada manusia yang tiba-tiba dipukul tanpa sebab? Mungkinkah mulut laser Azeez yang menjadi punca dia dipukul (jika memang benar dia dipukul)? Jika dalam kes peniaga gerai itu, polis menganggap wanita itu sebagai 'mangsa' dan lelaki yang dipukul sebagai 'suspek' mengapa dalam kes Azeez, polis tidak boleh mengkategorikan Azeez sebagai 'suspek'?

Tapi apapun, jika beliau memang sebenarnya dipukul, saya sangat bersimpati dengan Azeez. Dan saya akan lebih bersimpati jika ia cuma gembar gembur Umno untuk bikin gempaq seperti yang pernah berlaku dalam PRK di Ijok, Permatang Pauh dan lain-lain PRK sebelum ini yang polis telah tutup fail kerana ia cuma insiden ciptaan Umno untuk buat gempaq saja. Tambahan pula si-Azeez ni sejak lama dulu memang terkenal dengan perangai suka bikin gempaq termasuk isu Preston University dan Wilayah Arm (syarikat Sultan Selangor yang konon dibelinya).

Alahai Azeez.....hang kena pukoi? Adoooi....nak tergelaknya aku!!

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: