Wednesday, October 14, 2009

-Perancangan Pertanian di Negeri Selangor.

Cabaran Dan Masadepan Pertanian Di Negeri Selangor.



Dalam masa 30 tahun akan datang negeri Selangor bakal menjadi sebuah bandaraya keseluruhanya yang dipenuhi dengan pembangunan. Demikian kata Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Yaakob Sapari dalam Dialog Bajet 2010 hari ini.Ini menyebabkan kawasan tanah di negeri Selangor ini akan terhad dan akan memberi tekanan besar kepada negeri Selangor.

Yaakob berkata untuk bajet tahun depan sektor pertanian akan dikendalikan selaras dengan perkembangan teknologi dan inovasi.“Kita mulakan dengan perbincangan cabaran masa depan, dimana perkembangan teknologi yang begitu pesat memungkinkan supaya pendekatan pertanian mesti diubah. Kekuatan negeri Selangor tadi yang dibincangkan adalah dari segi pemasaran , negeri Selangor kita ada 2.5 juta mulut yang perlukan makanan ditambah dengan kerajaan persekutuan 5.5 juta dan jumlah keseluruhanya 8 juta kuasa pasaran,dimana ia menjadi pasaran domestik di semenanjung.

Dalam masa yang sama tekanan terbesar negeri Selangor adalah macam yang Tan Sri cakap tadi dalam masa 30 tahun negeri Selangor akan menjadi bandaraya keseluruhanya.Bayangkan dari Kepog sampai Kuala Selangor tiada lagi kawasan hijau, Kajang sampai Semenyih dipenuhi pembangunan sampai ke utara.Ini menjadikan kawasan tanah di negeri Selangor akan terhad,”jelasnya.“Untuk tahun hadapan kita mengorak langkah pertanianya mesti berasaskan teknologi dan inovasi,kawasan yang terhad tetapi pengeluaranya tinggi.Ini yang menjadi halatuju pertanian di negeri Selangor,”katanya.

Yaakob Sapari berkata hasil perbincangan kertas kerjanya beberapa persetujuan dapat dicapai dalam mengorak langkah dalam halatuju pertanian negeri Selangor .“Antara cadangan-cadangan yang telah dibincangkan adalah membangunkan sektor pertanian dan makanan berteraskan inovasi dan perniagaan, memfokuskan gerakkan urban agriculture, pembangunan tekno usahawan jangka panjang dengan mewujudkan usahawan berteknologi tinggi.Pembangunan taman usahawan khusus untuk makanan, seterusnya memperluaskan pemasaran ke peringkat global, menubuhkan syarikat-syarikat produk pertanian dan makanan satu industri besar yang boleh membeli seluruh hasil pertanian,”ujarnya.“Seterusnya pertanian ini mesti di ikuti dengan keusahawanan, bertani sahaja tidak cukup mesti ada usahawan-usahawan wujud di kampung-kampung tersebut yang bersedia membawa hasil pertanian ke Lembah Klang,katanya.Halatuju dan perbincangan sektor pertanian ini bukan sahaja dibuat dalam jangka waktu pendek sahaja malah ianya dibuat dalam jangka waktu yang lebih

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: