Lagu Janji dicapati

Loading...

Wednesday, October 28, 2009

-Pakatan Rakyat Ganti BN sebagai 'Front Goverment' di Malaysia dan Negeri2 di Malaysia..

PAS SUDAH TUTUP PINTU RUNDING KERAJAAN PERPADUAN –melayau





Presiden Pas, Abdul Hadi Awang hari ini berkata, parti itu telah menutup pintu rundingan dengan UMNO untuk membentuk satu kerajaan perpaduan.Katanya, pucuk pimpinan negara juga sudah berubah dan Pas belum mengetahui apakah sikap yang diamalkan oleh pemimpin negara sedia ada.

"Kerajaan perpaduan tidak ada lagi. Itu dah tutup buku. Perdana Menteri itu (sebelum ini) pun sudah berhenti."Pemimpin yang ada kita tidak tahu bagaimana sikapnya dan kedudukannya dan keadaan juga sudah berubah,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini mengenai cadangannya pada Muktamar Pas ke-55 mengenai pembentukan kerajaan perpaduan.Beliau berkata, UMNO juga tidak lagi membangkitkan isu kerajaan perpaduan sebaliknya UMNO dan Barisan Nasional (BN) buat masa ini sedang menguruskan krisis yang dihadapi oleh parti komponen mereka.



Mengimbas cadangan TGHH pada 2008 :
'Unity Government' ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik yang ada di Malaysia dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian..

Diputaralam oleh UMNO :
Kononnya PAS mahu bekerjasama dengan UMNO seterusnya meninggalkan PR membentuk kerajaan bersama BN.. Mereka tidak faham apa itu Kerajaan Perpaduan (Tanpa Pembangkang).. PAS bukan nak buat Coalition Government iaitu kerajaan campuran PAS-BN atau Front National iaitu PAS masuk Barisan Nasional (BN) dan ada pembangkang..

Ketetapan yang PAS perlu buat :
Keluarkan seberapa banyak pendirian PAS berkenaan pembatalan cadangan Kerajaan Perpaduan lantaran UMNO yang mengambil kesempatan memutarkan belit fakta dan niat PAS dalam maksud sebenar Kerajaan Perpaduan yang hanya dalam peringkat cadangan perlu dipersetujui oleh semua parti yang ada di Malaysia.. PAS perlu tegas nyatakan pendirian komited dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat sebagai Front Goverment menggantikan BN pada PRU-13.. AMIN.. Dengan Izin Allah..



HIDUP PR!!!..

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: