Sunday, December 6, 2009

-Dah lama perhatikan populasi tikus semakin membimbangkan.. Syabas Kerajaan Selangor..

Rakyat Sokong Kerajaan Negeri Anjur Kempen Hapus Tikus.

Kita dibenarkan menghapuskan Haiwan sekiranya memudaratkan manusia..

Hasrat Kerajaan Negeri menganjurkan kempen menghapuskan tikus dalam usaha mengurangkan pembiakan makhluk perosak itu mendapat sokongan rakyat Selangor.
Mereka berpendapat kempen berkenaan perlu dilakukan segera bagi menjamin kualiti hidup yang lebih bersih di kalangan masyarakat khususnya di kawasan bandar.

“ Ok. Sebab untuk membersihkan bandar kita kan daripada tikus lipas sekarang ini. Orang buang sampah” kata Nordiana Yasir.
Manakala Ahmad Sulaiman pula berpendapat, cadangan berkenaan bertepatan dengan kebimbangan masyarakat terhadap peningkatan jumlah haiwan berkenaan.
Bagaimanapun katanya, kaedah yang digunapakai dalam menghapuskan haiwan ini perlu dilakukan dengan sebaiknya.


“ Menghapus tikus? Baguslah tapi jangan bunuh tikus ini dengan cara yang zalim. Dia (tikus) pun makhluk Allah jugakan”.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu sebelum ini berkata, kempen untuk menghapuskan makhluk perosak itu telahpun mendapat kelulusan kerajaan negeri dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Malah menurut Azizah Mohd Zain pula,kempen menghapuskan tikus ini sebagai langkah terbaik dalam usaha membersihkan bandar sekaligus meningkatkan imej negara dari pandangan pelancong.
“ Eloklah kalau dia hendak bagi nampak bersih. Jadi kalau pelancong-pelancong datang tengok banyak tikus pun geli juga kan. Jadi tindakan itu baguslah, kita hapuskan benda-benda yang kotor ini”.

Bagi Megat Iskandar Megat Ali pula, tikus memang perlu dihapuskan kerana ia memberikan implikasi buruk kepada manusia melalui wabak penyakit yang dibawa.
“ Tikus sebenarnya membawa penyakit, tikus sebenarnya tidak baik untuk kita, Ia membawa pelbagai penyakit. Dengan kotornya, kita pun kalau masuk rumah, tikus, tikus, kita pun lari kan”.
“ Bersihlah sikit kalau dihapuskan. Berkurangan, jadi tidak kotorlah. Ia satu rancangan yang baik sekali lah” ujar Khairy Nordin pula.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: