Jika ada sesiapa yang pada penghematan saya bercakap benar, tidak kira sama ada dia orang BN, PR atau bukan orang mana-mana parti politik; saya akan tetap menyokong pandangan benar mereka. Dan hari ini giliran kita untuk menyokong Datuk Seri Nazri Aziz pula. Ini kerana menyokong Nazri bukan kerana dia menggelar mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai rasis giler (terjemahan saya untuk ayat asalnya "bloody racist”) kerana kenyataan Dr Mahathir yang mempertahankan program Biro Tata Negara (BTN), tetapi keseluruhan kritikan Nazri terhadap Dr Mahathir, BTN dan Utusan Malaysia yang di lihat nampak banyak yang benar dan tepat.
Antara kenyataan menarik Nazri yang menyeronok kan ialah:
- Kenyataan tentang Dr Mahathir: “Anda tetap seorang rakyat Malaysia sama ada anda menteri atau tidak. Jika kerana kamu tidak lagi jadi Perdana Menteri, (dan) kamu mahu semua orang menyokong kamu...(lalu) kamu hanya bercakap tentang Melayu, justru saya tidak boleh menerima komennya. Bila kamu baca blognya, memang dia rasis giler (bloody racist)".
- Kenyataan tentang Utusan Malaysia dan program BTN: "Semua orang tahu apa di dalam silabus BTN, jadi mengapa kita menyatakan ia tidak berlaku? Kamu (Utusan Melalok) mahu berbohong (tentang BTN)? Kamu (Utusan Melalok) membuatkan rakyat ketawa. Mereka ingat Malaysia cuma kepunyaan Melayu dan kerajaan cuma kerajaan orang Melayu? Adakah cuma orang Melayu yang perlu bersemangat patriotik, kaum lain tidak perlu bersemangat patriotik terhadap negara ini? (Bercakap) guna otaklah. Jika mereka (Utusan Melalok) tidak tahu apa sebenarnya, ia berbeza, tapi orang-orang (yang menentang BTN) ini pernah terlibat dalam BTN sebelum ini. Mereka adalah fasilitator dan pengarah dan mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku (di BTN). Marilah, tolong faham, ini bukan tahun 1961 atau 1970an, maklumat mudah diperolehi. Saya mahu mereka (Utusan Melalok) menghentikan sindrom nafi - menafikan...."
Ini di kira serangan hebat Nazri terhadap Dr Mahathir dan Utusan Malaysia ini antara yang paling pedas pernah Kita dengar dari mulut seorang menteri UMNO. Hari ini boleh di katakan kita sokong Nazri kerana sekurang-kurangnya dia masih berani membuktikan bahawa masih ada saki baki pemimpin UMNO yang ada 'teloq' pada waktu-waktu tertentu Bila esok lusa, 'teloq'nya mungkin luruh disepak Mat Monggol, meh kita Tendang Nazri balik!
Dan buat seketika, saya tidak ingin memikirkan kemungkinan kenyataan Nazri yang terkenal dengan sikap kaki bodeknya itu ada agenda tersembunyi lain...
wallah hu alam bisawab.....
No comments:
Post a Comment