Ketuanan dan ke" lanunan melayu ??
Ini lah dia ketuanan Melayu ! tak nampak ke???
Hari ini ada se'ekor lagi MuNkeEe betina telah mengkelentong bahawa Ketuanan bukan bermaksud antara tuan dan hamba sebaliknya ia menunjukkan siapa lebih berhak ke atas sesuatu perkara.Bagus punya kelentong bagus punya penipu,seronok dah makan duit haram berapa ramai lagi melayu yang dah kena tipu.
Tokoh sejarah, Prof. Emeritus Dr. Nik Safiah Karim berkata, apabila disesuaikan dalam konteks ketuanan Melayu ia bermakna hak-hak keistimewaan perlu dikekalkan kerana negara ini asalnya milik orang Melayu tapi mangkuk ni tak perasan atau sengaja tak perasan.atau dia saja buat - buat bodoh dan sengaja nak bodohkan melayu.
Jelas mangkuk yang kita tak tahu dari mana dia beli Phd dia yang mana hak itu bukan bermaksud kedudukan Melayu lebih tinggi daripada kaum lain yang mendatang namun ia sebagai balasan pengorbanan mereka berdasarkan catatan sejarah.
Woitt!!!...catatan sejarah yang mana satu?? ada banyak catatan sejarah,dari sulatuss - salatin ke? Persuratan ke? suma Oriental ke? The almanac of marco polo atau al - sya jarah wal -kitab mahupun saada - tul taalbat? tolong lah jelas kan yang mana satu catatan sejarahnya,tolonglah jangan bangangkan orang - orang melayu yang dah di bebalkan begitu lama.
Di sebelah barat tanah melayu Laut Hindi ,di belah barat Daya Teluk Benggali , di sebelah timur Laut China Selatan, betul ke orang melayu tu wujud? habis tu bagai mana dengan Banang yang dari kerajaan Gunung Funan?
"Orang Melayu sudi menerima kaum lain ya ! itu betul tetapi yang berhijrah ke negara ini dan daripada itu adalah mereka yang dah ada sebelum dan selepas kurun ke - 14, mereka berhak mengekalkan keistimewaan sebagai kaum asal di negara ini tapi persoalaan nya keistimewaan apa ? adakah semata - mata nak buai orang melayu dengan kebodohan demi kebodohan?
"Keistimewaan ini juga memberi peluang orang Melayu memperbaiki diri dalam sektor ekonomi yang banyak dikuasai kaum lain," katanya MuNkeEe ni lagi.
Ini lagi satu kelentong yang susah nak di terima,mangkuk ni cuba nak kelentong benda yang dah ada depan mata.Persoalannya Keistimewaan apa yang telah di berikan melalui Ke'lanunan Melayu ini,cuba lihat usahawan - usahawan kecil melayu yang berniaga steam boat,burger,keropok lekor hingga yang berniaga kain dan baju terutama di Jalan Tuanku Abdul Rahman juga di sekitar ibu kota,perhatikan hampir setiap hari mereka ini di hambat oleh penguatkuasa DBKL dari orang melayu yang kononnya melayu semata - mata untuk mengangkat martabat melayu di bidang ekonomi.
Sedang towkay - towkay besar cina memperoleh tempat yang selesa di China Town, sedang orang melayu "berembat" hampir setiap hari dengan barua - barua(DBKL) Towkay melayu di Jalan TAR semata - mata untuk meletak kan orang melayu di persada ekonomi.Oleh itu tak payah nak tipu melayu dengan Ketuanan dan Kelanunan Melayu.
Ketuanan Kelentongan Melayu bergema begitu kuat tapi senyap - sunyi secara tiba - tiba macam kucing sakit apabila tuntutan PPSMI oleh pejuang - pejuang bahasa seperti Pak Samad dab Dr.Hasan ke Parlimen.Kelentong Ketuanan Melayu terbarai apabila Ahli Parlimen Melayu hanya tunduk berdiam diri bila pejuang - pejuang bahasa melayu di label kan sebagai ANASIR PEROSAK negara.
Kelentong - kelentong dan pembodek Ketuanan Melayu semakin menikus bila rakyat bersama pejuang bahasa bangkit menegak kan bahasa Ibunda di jalan - jalan raya,lebih pilu lagi sembah bahasa melayu ke bawah duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong di layan dengan tembakan gas pemedih mata dan "water canon".
Di mana Ketuanan Melayu ? berapa ramai lagi professor kangkung macam mangkuk ni ada dalam malaysia ? keagungan bahasa sendiri pun di ludah - ludah jadi di mana Ketuanan Melayu? Mana slogan Hidup Melayu?
Apa yang tinggal semuanya sekadar nak tipu dan kelentong orang melayu,bagi orang melayu lama boleh lah sebab kepala dah bebal dengan kelentong tapi bagi generasi baru hari semua nya dah faham dan cerdik sebab mereka percaya itu semua bukan ketuanan melayu tapi lebih kepada nak kelentong melayu kaw - kaw
Itu lah sebab nya orang melayu di bandar lebih sedar akan kewujudan kelentongan melayu itu,di sini yang lebih banyak di tindas adalah orang melayu,menjadikan melayu sebagai alasan untuk mengekalkan kuasa dan kezaliman.
oh ya! pada ultra - ultra kelentong ketuanan melayu,errr....dah baca artikel melayu tak pernah wujud?
kalau belum baca tak pe tapi lihat bagaimana ketuanan melayu itu sebenarnya langsung tak Islamik..
Dakwaan bahawa kemelut politik terkini hasil hasutan ahli politik bukan-Melayu dari Pakatan Rakyat, nampaknya telah mencetuskan pertelingkahan sesama masyarakat Melayu, menyebabkan semakin melebar jurang perpecahan antara dua kelompok Melayu–pro Pakatan Rakyat (PR) dan Melayu pro-Barisan Nasional.
Jurang tersebut terbukti apabila dalam satu sidang media di ibupejabat DAP Perak tengahiri Isnin baru-baru ini, Menteri Besar Pakatan Rakyat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempertahankan rakan-rakan bukan–Melayu seperjuangan dalam PR dan mengecam konsep ‘Ketuanan Melayu’, bahawa ianya bukan satu ideology Islam.
Beliau menggesa rakan-rakan Melayu supaya membuka mata dan melihat helah BN atau geng nited MuNkeEe dalam menggunakan konsep tersebut untuk mencipta gelombang protes terhadap gabungan PR.
“Kepada kami yang di dalam PAS, seluruh konsep tersebut adalah sangat karut,” katanya.
Beliau berkata, PAS , walaupun sebuah parti Islam, tidak pernah menganjurkan konsep sebegitu rupa dan pendirian ini telah di buktikan oleh Mursyidul ‘Am PAS , Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat sejak bertahun-tahun yang lalu.
Nizar menambah. “Ketuanan Melayu bertentangan dengan Islam setiap orang Islam yang melakukan pengkhianatan terhadap Islam sepatutnya menerima hukuman yang setimpal.
“Mereka tidak patut lepas begitu sahaja,” katanya.
Beliau menambah, bahawa Melayu MuNkeEe sekarang ini cuba memutarbelitkan segala kenyataan dan setiap tingkah laku ahli politik PR bukan-Melayu untuk menimbulkan anggapan kononnya mereka adalah “anti-Melayu”.
“Mereka melakukan ini dimana-mana untuk cuba menyakinkan orang Melayu dengan daayah palsu mereka.”
“Lihat kepada insiden ‘Pengesat Kasut Katak’ – mereka mendakwa ianya tindakan orang-orang Cina memijak muka orang-orang Melayu,” katanya.
Dalam insiden tersebut DAP Perak telah dikritik kerana memijak gambar pengkhianat PR Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Mohd Jailu and Hee Yit Foong sewaktu Konvensyen Tahunannya di Ipoh baru-baru ini.