Bersempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2009, kerajaan negeri menganjurkan program Selangor Ria bagi meraikan sumbangan penggiat tani kepada pembangunan ekonomi negeri.Bertempat di perkarangan Stadium Shah Alam pada 19 hingga 27 Disember ini, program sembilan hari ini menyediakan lebih 200 gerai dengan pelbagai program ekspo Promosi dan Jualan Produk.Bazar tani gergasi ini bertujuan mengetengahkan pelbagai produk tempatan hasil keluaran dari Selangor meliputi produk segar hasil pertanian, produk proses Industri Kecil dan Sederhana serta bengkel keusahawanan.Jualan Kembali ke Sekolah turut menyerikan acara sembilan hari ini.
“Program ini merupakan program ekspo promosi dan jualan produk bersempena dengan program sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Selangor dan juala kembali ke sekolah”, katanya.Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata demikian pada sidang media di Shah Alam hari ini.Selangor Ria tidak akan mengecewa setiap pengujung yang hadir setiap produk dipamerkan dijual pada harga yang rendah berbanding harga pasaran semasa.Dengan kerjasama Jabatan Pertanian dan Persatuan Orkid, Selangor Ria 2009 turut menganjurkan Pameran dan Pertandingan Orkid.Acara sukaria dan pertandingan antaranya Pertandingan Mewarna, Gubahan Buah-buahan dan Futsal turut disediakan.
“Produk yang dijual di Selangor Ria adalah satu yang sangat istimewa dijual dengan harga sangat rendah dari pasaran semasa sebab ia terus dari kilang-kilang”, jelasnya.Bagi memeriahkan program ini Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka merasmikannya pada 20 Disember ini di Perkarangan Tempat Letak Kereta, Stadium Melawati pada jam 12.30 tengah hari. - NIZAM
No comments:
Post a Comment