Yaakob: Selangor Punya Kekuatan Pasaran Pertanian
Kedudukan Selangor yang strategik dan kekuatan pasaran produk pertanian mendorong lebih ramai petani mengusahakan tanaman mereka di negeri ini.Tindakan itu sekaligus menjadikan Selangor sebagai pengeluar terbesar belimbing sehingga membolehkan hasil pertanian ini dieksport ke Belanda.Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata anak syarikat kerajaan negeri turut mengusahakan penanaman belimbing dan mengekportnya ke pasaran luar bagi memenuhi permintaan.“Selangor ada kekuatan pasaran, rakyat Selangor ada 5.2 juta, wilayah ada 3 juta.
Lagi satu sekiranya kita tanam di luar kos pengangkutan tinggi dan harga akan tinggi sebab itu ramai yang memilih untuk mengusahakannya di Selangor.“Anak syarikat kerajaan negeri mengeksport belimbing ke Holand memandangkan ia mendapat permintaan tinggi,” katanya.Yaakob berkata bukan hanya belimbing, Selangor juga merupakan antara pengeluar terbesar produk pertanian lain dan mengeksportnya.Beliau turut mengingatkan para petani supaya sentiasa menjaga kualiti tanaman mereka dalam usaha memasarkannya ke luar negara.“Buah-buahan lain kita pernah mengeksport rambutan ke Kanada, ada rambutan yang berkualiti kita eksport ke sana kerana permintaannya memberangsangkan. Cuma saya minta supaya petani menjaga kualitinya mengikut standard (yang ditetapkan),” katanya.
No comments:
Post a Comment