Wednesday, December 2, 2009

Kata Mahathir UMNO busuk?






UMNO terlalu busuk




Dr. Mahathir Mohamad


1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.



4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.
Maka oleh kerana kebusukan itu maka ini lah jadi nya.

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/12/011220090741.jpg?w=


1,000 pengunjung menyaksikan pertunjukan sarkas yang dijayakan oleh 50 penyokong Umno...


Ramai sungguh rupanya orang yang tak suka dengan TG Nik Aziz di Kelantan nie!'. Itulah detik hati saya apabila mendengar berita mengenai 'perhimpunan besar' penyokong Umno yang dipimpin oleh Che Johan Che Pa yang mengadakan perhimpunan di depan Kota Darul Naim pagi ini bagi mendesak TG Nik Aziz meletak jawatan sebagai MB. 'Perhimpunan besar' rakyat Kelantan yang dipimpin oleh Umno itu bukan sekadar dihadiri 5,000 orang, 50,000 orang atau 500,000 orang, tetapi ia menarik penyertaan rakyat Kelantan hingga jumlah yang hadir dilaporkan menjangkau 50 ORANG!!! Saya ulangi - 50 orang, wau...ramainya!!!



Yang seronoknya, hampir 1,000 lagi yang berhimpun memerhatikan 50 penunjuk perasaan yang dipercayai didalangi oleh anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali itu.

Bagi 1,000 pengunjung yang memerhatikan pertunjukan sarkis oleh 50 orang Umno itu, ia pasti pertunjukan percuma yang sangat menghiburkan. Jika pertunjukan sarkis Umno itu turut dimeriahkan dengan kehadiran monyet, beruk dan ungka, pasti kehadiran penonton boleh bertambah dari 1,000 kepada 10,000 orang; wau...hebatnya!!!


ha..ha...ini dia sesi bergambar di hujung demonstrasi

Dengan menilai jenis - jenis kebusukan yang telah dinyatakan oleh Mahafiraun apakah benar yang United MuNkeE akan melingkup pada Pilihanraya yang seterusnya segala - galanya sudah terlewat bagi Mat Monggol untuk menyelamatkan United MuNkeE dari terus Musnah.

Lihat lah kebusukan demi kebusukan yang telah di lakukan oleh geng - geng united MuNkeE,yang di bantah dan yang di demonstrasikan adalah DOA Tuan Guru bukanya kekejaman dan kezaliman I.S.A,bukannya penderitaan Rakyat,bukan nya bantahan kenaikan kos sara hidup.Oleh itu UMNO kini hidup dalam keadaan penuh kebusukan.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: