Thursday, December 17, 2009

Nazri Minta Pistol dari Mat Monggol nak tembak kepala MP BN


Celaka punya MP BN, hanpa punya pasai aku kena marah...tembak kang baru tau!!


Marah benar Menteri di JPM, Nazri Aziz terhadap MP-MP BN yang tidak hadir dalam sesi Parlimen yang membincangkan Bajet 2010 dua hari lepas. Mana tidak marahnya, gara-gara ketidak hadiran mereka, BN hampir-hampir gulung tikar dari menjadi Raja di Parlimen. Seperti kata Speaker Pandikar Amin Mulia, berdasarkan konvensyen bagi sebuah negara berparlimen, sekiranya bajet itu tidak diluluskan malam itu, kerajaan BN terpaksa dibubarkan dan satu pilihan raya baru terpaksa diadakan.

Jadi kita boleh faham, mengapa PM dan TPM sangat tidak puashati dengan hal itu. Hampir-hampir lagi momok 1Malaysia hilang terus di corong TV dan radio. Nazri yang hampir setiap masa berada di Parlimen pun, kabarnya kena tempias kemarahan Mat Monggol dan Wak Din, kerana dituduh tak pandai jaga orang-orangnya dan macam tak buat kerja.


Sebab itulah Nazri marah benar dengan kelakuan tak senonoh MP-MP BN itu, hingga dia terlepas cakap, “Saya berada di sini tiap-tiap hari, macam mana nak kata saya tak buat kerja? Mungkin selepas ini beri saya pistol, akan saya letakkan di kepala Ahli-ahli Parlimen (BN) dan tembak jika tidak hadir, baru nampak saya buat kerja.”

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: