Friday, December 11, 2009

Woitt!!! Mat Monggol dah pandai Ting - Tong pulak

cheers-najib1




Antara gambar-gambar paling menarik hari ini ialah gambar Mat Monggol bersama PM Thailand, Abhisit di satu majlis jamuan formal dalam rangka lawatan Najib ke Thailand baru-baru ini. Apabila kedua-duanya melakukan aksi 'yam seng' dan 'ting - tong', maka banyaklah komen yang keluar dalam pelbagai blog. Ada yang kata Mat Monggol tidak patut minum minuman keras dalam majlis seumpama itu (kalau gitu, minum diam-diam dalam rumah tak apalah?). Ada pula yang kata, bila balik ke negara ini Mat Monggol patut disebat seperti Kartika.


Tapi ada pula yang mempertikaikan gambar itu: benarkah Mat Monggol sedang minum air setan? Mungkin dia sedang minum air asam atau air teh pekat atau air halia atau air kelapa merah yang menyerupai air setan? Ada pula yang kata, mungkin benar Mat Monggol memegang piala berisi air anggur masam, tapi siapa dapat buktikan dia benar-benar meminumnya? Dia mungkin memegang piala berisi air setan untuk diambil gambar saja, tapi tidak meneguknya! kah..kah..kah... kalau nak menafikan macam - macam lah.Takkan sesapa pun tak tahu memang mat monggol kaki ting - tong,aku pun tak tau sama ada dia merokok atau tidak? perggh!!! susah betul jadi VIP neh.....itu tak boleh,ini tak boleh, nanti kalau suatu hari nanti member aku yang pakai civic kaler merah jadi YB gerenti dia pun akan susah macam ni...kah..kah..kah


Saya tidak mahu komen banyak isu pasal gambar itu. Kadang-kadang tanpa gambar pun kita boleh kata macam-macam, apa lagilah bila ada gambar. Mana pernah ada gambar Anwar Ibrahim sedang meliwat pemandunya, Azizan, tapi Dr Mahathir dan ramai orang Melayu yang percaya cerita itu. Mana ada gambar Anwar sedang meliwat Saiful, tapi ramai blogger UMNO yang berkata macam-macam kepada Anwar.

Tapi dalam kes Mat Monggol di Thailand ini, ada gambar. Jika tanpa gambar pun orang boleh percaya, apa lagilah jika ada gambar.


Tapi untuk berbaik sangka, kita boleh katakan Mat Monggol cuma pegang piala berisi minuman seperti arak, tapi tidak meminumnya atau piala itu cuma berisi teh ais pekat. Seperti juga bila melihat gambar lelaki dan wanita berbogel dalam sebuah kamar samar, untuk bersangka baik, kita boleh katakan pasangan itu tidak melakukan maksiat, tapi cuma sembang-sembang kosong . Tidak salah kan, lelaki perempuan berbogel dalam bilik, jika hanya untuk suka-suka dan bersembang kosong?


Jangan berprasangka buruk kepada Mat Monggol. Dan jangan bandingkan Mat Monggol dengan Kartika, kerana gambar Kartika minum arak belum tersiar dalam mana-mana blog!! tapi gambar mat Monggol tengah ting - tong dengan PM siam ada...kah..kah..kah

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: