Monday, December 14, 2009

Mat Monggol kena kelentong


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak al monggoli berkata beliau secara umumnya berpuas hati dengan pencapaian enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dibentangkan kepadanya hari ini. Enam teras NKRA itu ialah mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan penambahbaikan pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.


Mat Monggol berpuashati...Mat Monggol berpuashati...alangkah peliknya!! Peliknya...ketika kadar jenayah meningkat, ketika indeks persepsi rasuah (CPI) semakin merosot, Mat Monggol berpuashati? Itu baru tentang jenayah dan rasuah, belum lagi tentang pendidikan, taraf hidup rakyat, prasarana luar bandar dan pengangkutan awam yang sampai kini ramai yang tidak berpuashati.
Atau NKRA yang dibentangkan kepada Mat Monggol cuma NKRA kelentong, dengan angka-angka kelentong untuk menyedapkan hati seorang PM yang keletihan kerana terlalu sibuk dengan pelbagai rangka lawatan ke luar negara?
Atau sasaran pencapaian NKRA sengaja dibikin rendah bagi menunjukkan sasaran berjaya dicapai dan Mat Monggol boleh tersenyum bangga?
Apapun, Mat Monggol sudah katakan dia berpuashati dengan pencapaian NKRA. Sama ada Mat Monggol kena kelentong oleh menteri-menterinya dan menteri-menteri pula dikelentong oleh KSU-KSUnya ada satu hal lain....

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: