Saturday, December 12, 2009

Kasi "clean" itu Mat Monggol


Riuh rendah media-media arus perdana mengenai pendakwaan beberapa orang yang dituduh terlibat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Kononnya beberapa jerung akan turut didakwa. Adakah termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tan Sri Chan Kong Choy?

Jika Abdullah tidak didakwa sama, adakah Tun Mahafiraun dan blogger-blogger UMNO yang menjadi pengikut setianya akan berkeriau? Hari ini, mereka berkeriau membantah khabar-khabar yang mengipaskan berita bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Al - Monggoli akan membawa Khairy Jamaluddin ke dalam kabinet.lapor utusan melalok hari ini;


Khairy Jamaluddin hari ini menafikan khabar angin bahawa beliau bakal mengisi kekosongan jawatan sebagai timbalan menteri.

"Itu khahar angin semata-mata...saya tak mahu komen...itu spelkulasi, saya tak komen," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, laporan seperti lebih bersifat khabar angin semata-mata.




Bagus juga kalau "MuNkeEeFuLL" ini jadi menteri bagi Mahafiraun marah pada PM Rosmah bila mahafiraun marah maka jawabnya mereka akan berembat lagi macam mahafiraun berembat dengan Pak Lah Ngantuk dulu dan kita semua boleh tergelak kaw - kaw kah.. kah... kah








Zakhir Mohamed kata dalam blognya berkata:


Perdana Menteri IV Tun Dr Mahathir Mohamad dijangkakan akan memberikan reaksi negatif keatas perlantikan Khairy sebagai Timbalan Menteri. Ramai berpendapat sekiranya perlantikan ini berlaku, maka Tun Dr Mahathir akan mula ‘menyerang’ PM Suami Rosmah, sebagaimana PM ‘Flip-Flop’ Abdullah di’perangi’ selama 3 tahun (2006-2009).Malah, ada orang kata, khabar-khabar tersebutlah yang mendorong Dr Mahathir menulis tentang UMNO yang "busuk hingga ke ususnya". Itulah yang orang kata.

Bagi saya, apa yang berlaku kini adalah siri-siri PR exercise untuk memutihbersihkan nama Najib al - Monggoli. Nak tergelak pulak bila melihat pakar-pakar perunding imej Mat Monggol menggunakan template yang sama yang digunakan oleh Abdullah ketika beliau mula menjadi Perdana Menteri dahulu. Dan, geli hati sungguh melihat pakar-pakar spin berebut-rebut membesar-besarkan cerita pendakwaan mereka yang dituduh terlibat dalam skandal PKFZ!

Masih ingat pendakwaan terhadap Tan Sri Kasitah Gadam dan Tan Sri Eric Chia? Saya ingat. Tetapi, macam tak berapa nak ingat pulak apa yang terjadi selepas itu.

Najib sedang cuba dibersihkan dari segala-galanya. Dia tak salah dalam semua perkara. Dia tak salah dalam kes Altantuya Shaariibuu, dia tak salah dalam skandal rasuah UMNO, dia tak salah dalam skandal PKFZ, dia berkecuali dalam krisis MCA - Mat Monggol tak salah satu apa pun.

Malah setiausaha politiknya, Dr Shafie Abdullah, bekas tukang jual periuk tu yang kini dah ada PhD entah dari mana saya pun tak tau dijangka akan terpaksa bergelut sendiri. Selasa ini, adakah dia tidak akan dibela apabila usul mengenai beliau dibentangkan di Dewan Rakyat? Adakah Najib akan berlepas diri?

Semuanya terpaksa bergelut sendiri. Najib menjadi dewa kayangan yang melihat semua orang bersalah bergelut mempertahankan diri masing-masing. Dia tak ada kes untuk membela dirinya. Maklumlah, dia bersih.

Kita melihat mat monggol dan pakar-pakar spinnya yang terlibat dalam projek membersihkan Monggol tak ubah seperti penyanyi yang menyanyi macam motor rosak meraung. Semua orang kata tak sedap dan menyakitkan telinga. Hanya si penyanyi dan mereka yang terlibat dalam kerja-kerja membikin lagunya sahaja yang rasa lagu dan nyanyian si penyanyi itu sedap. Apa nak buat, depa gila.

Sampai bilakah kita akan melihat para pemimpin politik yang buruk kelaku digilap-gilap supaya kelihatan bersih manakala para pengikut bangang pula mendewa-dewakan mereka? Bilakah rakyat, terutama orang-orang Melayu, hendak melihat buruk kelaku sebagai buruk kelaku dan tidak cuba memberikan warna-warna gemilang kepada si buruk kelaku yang menjadi pemimpin politik, tidak kira dari parti mana pun mereka?

Kalau pengikut bangang dalam parti Melayu mendewa-dewakan si buruk kelaku, akan lingkup Melayu. Dan, kalau pengikut bangang dalam parti Islam mendewa-dewakan si buruk kelaku, agama apa kita sebenarnya?

Adakah itu agama yang diajar oleh Allah s.w.t. melalui Rasul-Nya yang suci, Muhammad s.'a.w.?


No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: