MB: Hutang Talam Dapat Dikutip Dengan Mudah.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yakin pengambil-alihan dan kutipan hutang syarikat pemaju Talam Corporation dapat ditangani dengan licin dan mudah.Dalam sesi penerangan “Menyelamatkan Hutang Kerajaan Selangor” di Shah Alam kelmarin, asas ketelusan dan ketanggungjawaban menjadi panduan kerajaan negeri Selangor sepanjang proses ini.Tan Sri Khalid menambah kerajaan negeri yakin kepentingan rakyat Selangor terjamin jika semua pihak terbabit mengekalkan mutu professional yang tinggi." Pelajaran yang kita belajar dari corporate finance, MBA dapat menolong kita menentukan terdapat ketelusan.
Sekarang negeri Selangor menjalankan proses ketelusan. Menteri Besar boleh beri lecture kepada MBA bagaimana mahu mengutip hutang," jelas beliau.Perjanjian pindah milik hutang ini ditandatangani oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri termasuk Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KHSB), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), dan Yayasan Pendidikan Selangor melalui perjanjian novasi.Tan Sri Khalid menafikan perjanjian ini adalah skim bail-out menyelamatkan Talam Corporation.Khalid berkata langkah ini diambil bagi mendapatkan kembali sejumlah wang, yang akan terlupus sekiranya hutang-hutang ini tidak dipungut.
Menurut Khalid beliau yakin MBI akan lebih efisien sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengutip hutang-hutang tersebut daripada Talam. Semua kutipan hutang akan disalurkan ke dalam dana yang disatukan di bawah kerajaan negeri."Pemantauan dibuat oleh MBI selari dengan daripada MBI sebagai padan pelaburan.
Tapi yang paling penting, MBI di bawah Menteri Besar, dan Menteri Besar boleh menjelaskan kepada dewan negeri. Dewan negeri dalam masa perjumpaan akan datang, soalan yang pertama ditanya oleh rakyat Selangor, berapa banyak hutang telah diselesaikan oleh Talam. Dan kutipan akan lebih efisien melalui MBI dan anak syarikat lebih fokus dalam perniagaan mereka," katanya.Hutang Talam Corporation wujud ekoran daripada projek-projek pembangunan hartanah dengan usahasama anak-anak syarikat kerajaan negeri sejak 10 tahun lalu.Amaun hutang tersebut tidak pernah diiktiraf atau direkod dalam kewangan Talam mahupun anak-anak syarikat kerajaan negeri selaku pemiutang oleh pemerintah kerajaan UMNO-Barisan Nasional yang lalu.Tan Sri Khalid memberi jaminan kerajaan negeri akan memaklumkan perkembangan terkini pengutipan hutang Talam Corporation di persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang.
No comments:
Post a Comment