Tuesday, December 15, 2009

Takziah buat pemimpin PR

Tahniah buat 20 MP Pakatan. Dimaklumkan 5 dari PAS, manakala 15 lagi dari PKR dan DAP. Jika anda berada ketika dan masanya, pasti Mat Monggol TUMBANG malam tadi dengan kekalahan yang memalukan. Selanjutnya baca tulisan dibawah.




Malam tadi, Pakatan Rakyat (PR) kalah lagi dalam undian di Dewan Rakyat. Dalam perbahasan mengenai Kementerian Dalam Negeri, kalah satu undi. Dalam meluluskan bacaan kali ketiga Belanjawan 2010 pula, kalah tiga undi.

Lima Ahli Parlimen PAS tidak hadir. Seorang ke luar negara. Seorang lagi balik ke kawasan atas urusan di kawasan Parlimen yang diwakilinya dengan kebenaran Presiden PAS (Tok Guru Presiden tunggu sampai malam begitu juga Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang). Tak diketahui apa terjadi kepada tiga orang lagi Ahli Parlimen PAS yang lesap dan tidak ada dalam Dewan itu.

15 lagi yang tidak ada dalam Dewan adalah dari PKR dan DAP. Saya tak tau berapa dari PKR dan berapa dari DAP.

Di sebelah pihak BN pula, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Al - Monggoli sendiri sanggup berkejar ke Dewan Rakyat untuk menyelamatkan partinya dari mengalami kekalahan dalam pengundian. Ada orang kata kekalahan memalukan itu menyebabkan Tok Guru Presiden marah. Tidak dapat dijangkakan adakah beliau akan mengambil tindakan atau tidak.

Apa pun, syabas PR atas apa yang terjadi itu. Buatlah lagi lain kali ye ! kalau macam nis Selalu alamat memang malap lah lah harapan baru pru ke - 13

Peluang gulingkan kerajaan secara 'demokratik' disia-siakan begitu saja oleh MP Pembangkang malam tadi (rujuk kepada MP yang tidak berada di dewan). Maka wajarlah seorang pengomen meninggalkan komen, meminta agar 3 wakil MP PAS yang tidak ada itu memberikan surat tunjuk sebab, mengapa mereka ghaib malam tadi. Takziah buat semua ahli MP Pakatan, kerana kelebihan tiga undi yang meluluskan Bajet 2010 telah berjaya menyelamatkan hayat kerajaan BN.

Drama yang cukup menarik. Lebih menarik kerana unsur-unsur dramatik drama ini menyebabkan drama ini berkahir lewat malam. Drama yang boleh melingkupkan masa depan kerajaan. Berdasarkan amalan, jika bajet tidak diluluskan, dalam bahasa mudahnya, kerajaan sedia ada dianggap telah tumbang dan diganti dengan kerajaan baru.
Melihat betapa besarnya kesan pengundian kepada bajet, maka tidak hairanlah Anwar yang jarang berada di Parlimen hingga lewat malam, kali ini sanggup memastikan seramai mungkin Ahli Dewan Rakyat pembangkang tetap berada di Dewan itu.

Conggaknya mudah sahaja kerana, daripada 137 Ahli Dewan Rakyat BN, 25 adalah Menteri (semua Menteri 30 orang termasuk lima Senator yang merupakan Ahli Dewan Negara dan tidak boleh mengambil bahagian dalam pengundi di Dewan Rakyat), 33 Timbalan Menteri daripada 40 semuanya termasuk tujuh Senator menjadikan jumlah Ahli Dewan Rakyat BN yang menjadi penyokong seramai 79 orang.

Daripada jumlah tersebut, Menteri dan Timbalan ada yang mempunyai urusan rasmi kerajaan dan tidak boleh hadir ke Dewan Rakyat. Daripada 79 orang penyokong kerajaan, ada yang mempunyai urusan atau sudah berada di luar Dewan. Senario ini sering menyaksikan kehadiran kadang kala tidak mencecah 50 orang di pihak BN.

Sedangkan pembangkang mempunyai 82 ahli dan Bebas tiga orang. Berdasarkan pemantauan dan conggak tersebut, pihak pembangkang mungkin membuat andaian mengikut beberapa pengundian yang dibuat sebelum ini, jumlah Ahli Dewan Rakyat BN yang berada di Dewan kadang kala hampir sama jumlahnya dengan Ahli Dewan Rakyat pakatan pembangkang.

Mungkin atas perkiraan ini, Anwar melihat pengundian lewat malam di Dewan Rakyat merupakan peluang untuk ‘menggulingkan’ kerajaan secara lebih demokratik.
Melihat kepada situasi ini, BN tidak boleh sentiasa merasa selesa kerana setiap peluang yang ada pasti akan diintai oleh pakatan pembangkang. Apakah selepas ini BN akan lebih serius berhadapan dengan pembangkang di Dewan Rakyat kerana Perdana Menteri dan Timbalannya yang merupakan Ketua Whip BN dapat menyaksikan sendiri bagaimana kelebihan tiga undi yang meluluskan Bajet 2010 telah berjaya menyelamatkan hayat kerajaan BN.

Malah menukar mesyuarat kabinet pada hari Jumaat semasa sidang Dewan Rakyat daripada semangatnya ialah bagi membolehkan Menteri dan Timbalannya sentiasa berada di Parlimen.

Begitu juga halnya dengan wakil rakyat yang menjadi penyokong, kehadiran tidak boleh diambil mudah. Moga mereka belajar dan sedar kerana landskap politik dan Dewan Rakyat telah berubah.

Inilah senarai MP yang tidak hadir itu:
PAS
P008 Pokok Sena - PAS - Mahfuz Omar
P016 Baling - PAS - Taib Azamudden Md Taib
P057 Parit Buntar - PAS - Mujahid Yusof Rawa
P101 Hulu Langat - PAS - Che Rosli Che Mat

PKR
P052 Bayan Baru - PKR - Zahrain Mohamed Hashim
P058 Bagan Serai - PKR - Mohsin Fadzli Samsuri
P094 Hulu Selangor -PKR - Zainal Abidin Ahmad
P098 Gombak - PKR - Mohamed Azmin Ali
P109 Kapar - PKR - Manikavasagam Sundaram
P121 Pantai Dalam - PKR - Nurul Izzah Anwar
P124 Bandar Tun Razak - PKR - Abd Khalid Ibrahim

DAP
P043 Bagan - DAP - Lim Guan Eng
P046 Batu Kawan - DAP - P. Ramasamy
P049 Tanjong - DAP - Chow Kon Yeow
P050 Jelutong - DAP - Ooi Chuan Aun
P051 Bukit Gelugor - DAP - Karpal Singh
P103 Puchong - DAP - Gobind Singh Deo *
P122 Seputeh - DAP - Teresa Kok Suh Sim




Pokok SenaPASMahfuz Omar

BalingPASTaib Azamudden Md Taib

BaganDAPLim Guan Eng

Batu KawanDAPP. Ramasamy

TanjongDAPChow Kon Yeow

JelutongDAPOoi Chuan Aun

Bukit GelugorDAPKarpal Singh

Bayan BaruPKRZahrain Mohamed Hashim

Parit BuntarPASMujahid Yusof Rawa

Bagan SeraiPKRMohsin Fadzli Samsuri

Hulu SelangorPKRZainal Abidin Ahmad

GombakPKRMohamed Azmin Ali

Hulu LangatPASChe Rosli Che Mat

PuchongDAPGobind Singh Deo *

KaparPKRManikavasagam Sundaram

Pantai DalamPKRNurul Izzah Anwar

SeputehDAPTeresa Kok Suh Sim

Bandar Tun RazakPKRAbd Khalid Ibrahim

SepanggarSAPPEnchin Majimbun @ Eric

TawauSAPPChua Soon Bui

Apa yang di harapkan moga pucuk pimpinan akan ambil tindakan ke atas mereka.

1 comment:

AJAI- Admin said...

Kematangan politik masih belum cukup bagi segelintir MP PR.Jikalau tidak episod baru akan berlaku.

Pakatan Rakyat perlu meminta MP yang gagal hadir tidak bersebab diminta memberi surat tunjuk sebab kenapa mereka tidak sensitif isu bajet ini.

Tahniah kepada Tok Guru Hj Hadi,DS Anwar Ibrahim dan Sdr Lim Kit Siang yang hadir hingga ke saat akhir. Keputusan BN66- PR 63 meresahkan Najib.

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: