Wednesday, December 23, 2009

Mat Monggol di tuduh pergi Pergembat enjin Jet

Sebuah lagi enjin pesawat tempur F-5E TUDM hilang pada 2007
Bukan satu tapi dua

Berita Hairan (22/12/09): Bukan satu tetapi dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, masing-masing berharga RM50 juta, apabila sebuah lagi dipercayai hilang lima bulan selepas kehilangan enjin pertama.

Enjin yang kedua hilang ketika menunggu untuk diselenggarakan di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, dua tahun lalu dan disedari pada Mei 2008. Laporan polis dibuat tiga bulan kemudian.

Kejadian dipercayai berlaku pada 1 November 2007, ketika enjin berkenaan dibawa keluar dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth, yang menempatkan pangkalan operasi pesawat berkenaan untuk penyelenggaraan rutin di ibu negara. Sumber memberitahu Berita Harian, penghantaran enjin kedua menggunakan kontena dikendalikan sebuah syarikat penyelenggaraan pesawat tentera dilantik kerajaan tetapi enjin berkenaan tidak tiba ke destinasinya.

Katanya, kehilangan kedua-dua enjin itu dipercayai didalangi kumpulan sama membabitkan orang dalam syarikat penyelenggara terbabit dengan bantuan orang dalam TUDM.

Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika dihubungi, berkata pihaknya akan memulangkan semula fail siasatan kes berkenaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini berikutan siasatan yang tidak lengkap termasuk ketiadaan butiran enjin termasuk jenis dan spesifikasinya.

Siasatan itu dikembalikan semula ke Bukit Aman bersama arahan terbaru, termasuk menyiasat kemungkinan pembabitan pihak lain, termasuk agensi kerajaan dalam kehilangan enjin berkenaan.

"Siasatan lebih mendalam, dengan butiran lebih terperinci amatlah diperlukan dalam pengendalian kes ini," kata Abdul Ghani.

Sabtu lalu Berita Harian mendedahkan kehilangan enjin jenis GE J85-21A pesawat tempur F-5E milik TUDM yang dipercayai antara skandal penyelewengan terbesar dalam sejarah TUDM. Maklumat risikan mengesahkan enjin itu dijual ke sebuah negara di Asia Barat.

Enjin berkenaan hilang bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya dari gudang simpanannya di Pangkalan Udara Kuala Lumpur sebaik tiba dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth. Berikutan itu TUDM membuat laporan polis dan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyiasat kejadian itu.

TUDM mula menggunakan pesawat buatan Amerika Syarikat itu pada 1974 untuk tugasan tempur dan peninjau. Bagaimanapun hanya lapan masih digunakan sehingga kini masing-masing model RF-5E Tigereye dan F-5E Tiger II yang berpangkalan di Butterworth.

Sumber berkata, modus operandi kumpulan terbabit licik kerana menggunakan taktik berbeza ketika melarikan kedua-dua enjin berkenaan, dipercayai untuk dijual sebagai komponen alat ganti di pasaran gelap, terutama kepada pembeli antarabangsa.

Katanya, kehilangan kedua-dua enjin itu dilaporkan kepada polis pada 4 Ogos 2008 selepas siasatan dalaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikatakan menemui jalan buntu.

Sementara itu di PUTRAJAYA, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sebagai Menteri Pertahanan ketika itu, beliau mengarahkan supaya laporan polis dibuat sebaik menyedari kehilangan enjin pesawat itu.

"Kita akan tunggu sehingga laporan penuh keluar kerana kita bekerjasama dengan polis, malah apabila kita menyedari kejadian itu, kita melaporkan kepada polis dengan segera.

"Kementerian Pertahanan berpendirian kita perlu menyelesaikan perkara ini dan mengambil tindakan sesuai walaupun tindakan jenayah terhadap mereka terbabit... bukan hasrat kementerian dan TUDM menyembunyikan apa-apa pun," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia keenam, semalam.

Kronologi kehilangan enjin pesawat tempur F-5E TUDM
# 26Jun 2007 - enjin pertama dihantar keluar
# 1November 2007 - enjin kedua dihantar keluar
# Mei 2008 - enjin disedari hilang
# 4 Ogos 2008 - laporan polis dibuat
# 13 Mei 2009 - kertas siasatan dihantar kepada Peguam Negara
# 25 Jun 2009 - kertas siasatan dipulangkan dengan arahan untuk lengkapkan siasatan
# 18 November 2009 - kertas siasatan dihantar semula.
Jeneral TUDM diarah bersara
Berita Harian (21/12/09): Seorang Brigedier Jeneral Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diarah bersara kerana terbabit dalam kes kehilangan enjin pesawat F-5E TUDM serta pelbagai penyelewengan lain dalam pasukan itu sejak beberapa tahun lalu.

Pegawai terbabit mengetuai jabatan penting bagi pengendalian logistik pasukan, diarah bersara awal akhir tahun lalu selepas kehilangan enjin jet berharga RM50 juta di Gudang Material Udara I (Matra I), Sungai Besi disedari dan dilaporkan kepada polis, Januari tahun ini.

Turut dikenakan tindakan sama ialah beberapa pegawai dan anggota bawahan pelbagai pangkat yang terbabit dalam skandal itu.

Menurut sumber, tindakan diambil hasil siasatan dalaman oleh jawatankuasa disiplin selepas meneliti laporan audit dalaman yang mendapati banyak maklumat bercanggah, dipercayai berpunca daripada amalan salah laku.

Malah, siasatan kehilangan enjin jenis GE J85-21A itu turut membongkar pelbagai penyelewengan peralatan, termasuk salah laku membabitkan pelbagai kontrak bekalan bernilai jutaan ringgit dalam pasukan itu.

“Pegawai berkenaan diberhentikan atas kapasitinya sebagai ketua jabatan yang harus bertanggungjawab. Tindakan juga diambil selepas siasatan dalaman mendapati beliau terbabit dalam salah laku itu yang mengakibatkan pasukan mengalami kerugian besar," katanya.

Enjin berkenaan hilang bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya dari gudang simpanannya di Pengkalan Udara Kuala Lumpur sebaik tiba dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth. Berikutan itu TUDM membuat laporan polis dan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyiasat kejadian itu.

Selain pegawai dan anggota TUDM, ia dipercayai turut didalangi 'orang dalam' syarikat penyelenggara pesawat tentera dilantik kerajaan yang kemudian menjualnya sebagai komponen alat ganti kepada pembeli di luar negara.

Sumber itu juga berkata, tindakan itu adalah sebahagian daripada tindakan pantas ‘membersihkan’ pasukan diketuai Panglima Tentera Udara ketika itu, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin yang kini Panglima Angkatan Tentera.

Difahamkan, hampir 40 pegawai dan anggota pelbagai jabatan yang terbabit secara langsung dalam urusan logistik dan penyelenggaraan disiasat berhubung kes itu. Bagaimanapun, hanya 20 daripadanya termasuk pegawai atasan terbabit dikenakan tindakan dalaman termasuk ada yang kehilangan pencen dan pelbagai kemudahan pesara tentera yang lain.

“Selebihnya diberikan pilihan bersara awal dan ada yang diambil semula bekerja, bergantung kepada tahap kesalahan. Brigedier Jeneral itu difahamkan mendapat pencen, tetapi tidak akan terlepas daripada pendakwaan jika siasatan polis mendapati ada bukti untuk didakwa,” kata sumber itu.

Sementara itu, walaupun kenyataan rasmi Kementerian Pertahanan menyatakan enjin berkenaan berada di Amerika Selatan, namun maklumat risikan mengesahkan ia dijual kepada sebuah negara Asia Barat yang sedang giat membina jet pejuangnya sendiri.

Difahamkan, negara yang dikenakan sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu amat memerlukan enjin berkenaan untuk pemindahan teknologi kerana sukar mendapat sumber lain berikutan tindakan badan dunia itu.

Di BANTING, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan ‘orang dalam’ yang terbabit dalam kehilangan enjin itu sudah dikenakan tindakan berdasarkan senarai nama yang diberikan polis selepas siasatan mengesahkan mereka terbabit.

Namun, beliau enggan mengulas jenis tindakan yang dikenakan dan bilangan kakitangan serta pegawai TUDM terbabit.

Ditanya kemungkinan ada komponen lain dijual selain enjin, Ahmad Zahid berkata, kementerian menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk membongkar perkara itu.

Beliau juga berkata, kerajaan tidak berniat menyembunyikan kes itu kerana memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan dan menangkap dalang yang melakukan jenayah itu termasuk orang dalam.

Katanya, kes itu tidak boleh didedahkan kerana bimbang penjenayah terbabit melarikan diri, sekali gus menyukarkan polis menyelesaikan siasatan.

"Kini kes sudah selesai siasatan dan polis sedang bekerjasama dengan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Kita yakin dengan kemampuan polis menyelesaikan kes ini selepas hampir dua tahun menjalankan siasatan kerana ia rumit dan membabitkan rangkaian antarabangsa," katanya.

Ahmad Zahid berkata, enjin F-5E yang sudah dijual ke negara lain tidak boleh diambil balik tetapi TUDM akan menggunakan dokumen yang ada untuk tindakan selanjutnya.

Di SHAH ALAM, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kehilangan enjin pesawat itu masih dalam peringkat siasatan dan biarlah pihak berkuasa menyelesaikan siasatannya.

Ditanya sama ada kejadian itu menjejaskan nama TUDM, Najib berkata: “Itu berlaku tetapi kita siasat. Kalau ada pihak bersalah, kita akan ambil tindakanlah”.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah mula menuduh "budak-budak jahat tempatan dengan kerjasama orang luar" yang bertanggungjawab terhadap kehilangan enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berharga RM50 juta pada 2007 lalu.

Sama-samalah kita tunggu siapa budak-budak jahat itu. Adakah mereka juga bertaraf Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar sahaja?

Semalam, Berita Harian melaporan bukan satu tetapi dua enjin F-5E yang hilang. Hebat budak-budak jahat itu.

Kalau enjin jet pejuang boleh dicuri oleh mereka yang bertaraf budak-budak jahat sahaja, tentulah yang lebih hebat ialah Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib al - Monggoli. Sebab itulah, Naib Presiden PAS Haji Mahfuz Omar menuntut Mat Monggol bertanggungjawab atas kehilangan itu. Begitu juga Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Azizan Ariffin yang ketika itu Panglima Tentera Udara.

Berita Hairan Isnin lalu melaporkan, seorang Brigedier Jeneral TUDM diarah bersara kerana terbabit dalam kes kehilangan enjin pesawat F-5E TUDM serta pelbagai penyelewengan lain dalam pasukan itu sejak beberapa tahun lalu.

Kenapa arah bersara sahaja? Kenapa tiada tangkapan dan pendakwaan? Adakah bila ditangkap dan didakwa di mahkamah, akan terseret yang lain pula? Persoalan yang lebih besar, beranikah Brigedier Jeneral tu buat kerja sorang-sorang dengan dibantu orang-orang bawahannya sahaja?

Nampaknya untung sungguh jadi dewa suci United MuNkeEe. Hilang peralatan keselamatan yang berharga berpuluh-puluh juta pun, dia selamat. Hanya mereka yang bertaraf Azilah dan Sirul sahaja yang kena..

Berkaitan:
Mahfuz: Panggil sidang khas Parlimen bincang enjin jet hilang (Malaysian Insider 21/12/09)
Missing fighter engines - a fishy explanation (Datuk A Kadir Jasin 21/12/09)
F-5s: Who has what (Shar 101 22/12/09)
Ahmad Zahid: Other equipment also missing (The Edge 22/12/09)

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: