Tuesday, December 22, 2009

Kini Menteri berperang Sama sendiri



Saya seronok membaca alasan-alasan MP yang tidak hadir dalam sesi bajet yang hampir memalukan BN minggu lepas. Lalu pelbagai alasan diberi - bercuti, sebab peribadi, ada aktiviti parti yang penting, tidak sihat dan lain-lain. Bukan saja MP PR, MP BN juga sibuk mencari alasan untuk tidak memperlihatkan mereka bertanggung jawab untuk hampir-hampir mencipta sejarah Parlimen yang tersendiri itu.


Dan ini alasan seorang MP dari BN Dato Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mengapa beliau tidak hadir:
"Saya hadir 100% di Dewan Rakyat tahun 2009 ini...kehadiran penuh..tak pernah ponteng walau sehari..Alhamdulillah..sukar juga utk hadir 100%..tahun lepas pula saya tak hadir Dewan Rakyat cuma 1 hari iaitu pada hari pengkebumian arwah ayah saya..selepas tahlil mlmnya saya balik & hadir hari berikutnya..pada hari pengundian Isnin lepas, saya hadir Dewan Rakyat dari jam 10pagi hingga 330ptg..selepas itu pergi mtg di BTN Hq sbb hari berikutnya Selasa, PM berjumpa dgn pegawai2 BTN..pada mlm pengundian saya tak hadir sbb uruskan emak yg uzur kerana ptg itu utk kali pertama didapati/diagnose oleh Hospital Ampang Puteri terdapat batu karang dlm pundi hempedu & ketumbuhan dlm hati..ini memeranjatkan kami sekeluarga..masalahnya ialah tiada sms atau telefon nyatakan ada pengundian mlm itu yg saya terima..pada jam 11paginya saya terima sms biasa yg diterima banyak kali pada hari2 sblmnya ttg dewan bersidang hingga 10.30mlm..itu saja, tiada sms yg saya terima ttg pengundian atau mlm itu mlm akhir penggulungan. Menteri..mungkin terlupa/silap teknikal/terlepas pandang utk disms kpd saya..itu cerita sebenar..selalu ada sms/call dibuat jika ada kejadian2 yg difikir penting akan berlaku..tapi tidak saya terima pada mlm itu..jgn kerana 1 mlm itu saya tak hadir, maka dianggap saya tak bertanggung jawab..pada bacaan Bajet kali pertama, ramai MP BN hadir utk standby khuatir ada pengundian..tetapi tiada pengundian mlm itu bila pembangkang dapati ramai MP BN yg hadir..tetapi ketika itu saya dimaklumkan ttg hal kemungkinan pengundian melalui sms..CADANGAN saya ialah agar komunikasi antara peg2 khas/peg2 bertugas kementerian & urusetia tertentu dimantapkan, strategi/masa penggulungan diperbaiki dan kejadian itu dijadikan iktibar yg penting..saya juga telah memaklumkan kpd PM&TPM beberapa cadangan lain utk ditimbangkan..tkasih Ahmad Maslan".
(Petikan kenyataan Ahmad Maslan dari sumber blog pencacai BN)

Nampaknya Ahmad Maslan menyalahkan banyak pihak yang menyebabkan dia tidak hadir. Dia salahkan Menteri kerana terlupa dan silap teknikal, dia juga salahkan pegawai-pegawai di Kementerian. Yang tidak bersalah hanya tuan punya mulut yang membuat kenyataan itu saja.


Siapa menteri yang dimaksudkan Ahmad Maslan itu? Hal ehwal Parlimen adalah di bawah tanggung jawab Nazri Aziz, Menteri di JPM. Ahmad Maslan ialah Timbalan Menteri di JPM.

Begitulah hidup dan cerita periuk nasi. Minggu lepas Nazri kata dia perlukan pistol untuk menembak kepala MP BN yang tak hadir Parlimen. Tapi kini, untuk selamatkan diri, Timbalan Menteri pula yang terpaksa 'menembak' menterinya sendiri...

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: