Monday, August 17, 2009

-Lagi isu diputarbelit juak-juak BN..

Rodziah Jelas Isu Bina Kuil Di Seksyen 23



Belum ada keputusan muktamad berhubung isu pembinaan kuil di Seksyen 23, Shah Alam yang mengundang rasa tidak puas hati penduduk setempat, semalam.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknlogi dan Inovasi Rodziah Ismail berkata, kerajaan belum mengadakan perbincangan dengan penduduk berhubung pembinaan ini.
Beliau yang merupakan ADUN Batu 3 berkata, kerajaan negeri sepatutnya mempamerkan satu notis Selasa ini, untuk makluman mengenai rancangan memindahkan kuil Seksyen 19 ke tapak yang dicadangkan ini.

Bagaimanapun, penduduk setempat telah bertindak membantah cadangan itu lebih awal dan menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada pegawai Khasnya, Naim Jusri semalam.
Rodziah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Bersama Kuwait Finance House dan Majlis Penyerahan Kad Si Manja TAWAS di Kompleks Belia, Seksyen 7, Shah Alam, pagi tadi.

Katanya, pendapat dan pandangan semua pihak akan diambil kira bagi menyelesaikan masalah ini dan beliau sendiri akan memberi penerangan lanjut kepada pihak atasan.
Semalam kira-kira 60 penduduk bersama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Seksyen 23 Shah Alam, Mahyudin Manap menyerahkan memorandum bantahan berhubung pembinaan kuil itu di kawasan mereka.

Menurut mereka, kawasan ini didiami oleh majoriti masyarakat Islam dan akan mengundang rasa kurang selesa jika kuil berkenaan dibina di situ.
Bagaimanapun, Rodziah sedikit terkilan dengan tindakan penduduk yang bertindak sedemikian tanpa perbincangan yang lebih terperinci.

“Saya nak tekankan itulah, ini semua sebab belum jelas, bila tak faham kita react cepat. Ini menimbulkan banyak kekeliruan sehingga saya sendiri dimaki hamun, ini satu budaya yang tak patut kita timbulkan”,katanya.
Mengenai keluasan kuil yang didakwa terlalu besar, iaitu 20,000 kaki persegi, Rodziah menyangkal dakwaan itu dan mengatakan keluasan sebenar adalah 10,000 kaki persegi, manakala 10,000 kaki persegi lagi adalah tapak bagi meletak kereta.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: