Monday, August 17, 2009

Wak Sembab lupa siapa Petualang

Petualang cetuskan isu perkauman adalah pengkhianat: Al - Haji Wak Din Al - Malikul Sembab

Petualang yang mencetuskan isu berbaur perkauman yang boleh menjejaskan keamanan negara boleh dianggap sebagai pengkhianat bangsa dan perlu ditentang habis-habisan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, negara Malaysia yang agak luar biasa dengan kepelbagaiannya adalah aman damai disebabkan dasar yang dilaksanakan kepimpinan terdahulu dan ini perlu dipertahankan.

infrastruktur luar bandar, sekolah khususnya di Sabah.

"Kita nak teruskan (pembangunan), jangan ada yang cuba cetuskan pertikaian ...agenda pembangunan bangsa dan negara ini, inilah yang paling utama, tidak ada yang lebih penting," katanya semasa merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kudat dan Kota Marudu di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata hari ini, situasi dan kedudukan negara adalah dalam keadaan baik di bawah pimpinan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. -Sinar Harian

Biar betul Wak !

Siapakah yang sebenarnya pertualang yang mencetuskan isu perkauman kalau tidak UMNO. UMNO sendiri pun sebuah parti politik yang berasaskan kepada parti politik perkauman. Dimanakah rasionalnya kenyataan Wak Din yang sekarang ini, kerana ingin menonjolkan yang beliau adalah seorang jaguh.

Setelah banyak tanah di Johor telah terlepas ke tangan Singapura dan yang terbaru, pulau Batu Putih yang dah terhempap atas kepala(tapi tak pecah pun). Inilah jasa-jasa Wak Din kita yang boleh diibaratkan oleh Wak Botox(Pak Mat Tempe),"mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih".

Sebagaimana kata beliau "Waktu ini kita (kerajaan) sedang berusaha perkukuhkan ekonomi, pendidikan sosial, kesihatan.....". Apa yang dimaksudkan dengan memperkukuhkan ekonomi, kalau tidak untuk memperkayakan sanak saudara dan para-para kroninya. Itulah yang dikatakan memperkukuhkan ekonomi.

Dalam keadaan dunia yang sedang bergelut dengan wabak H1N1, apakah tindakkan yang telah lakukan. Apakah hendak menunggu sampai keparas 5 juta orang, baru hendak mengambil tindakkan. Sedangkan angka kematian terus meningkat dan mangsanya terus bertambah, kerajaan masih lagi ditahap berpeluk tubuh.

Inikah yang dikatakan membela rakyat Malaysia yang berbilang kaum, sedangkan untuk pergi merasmikan persidangan UMNO bahagian Kudat pun menggunakan harta rakyat. Jika beliau seorang yang bertanggungjawab, gunakan harta parti untuk urusan kepartian.

Maka..... benarlah apa yang dikatakan oleh Wak Botox (Pak Mat Tempe) "mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih" dan"kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Tidakkah kena dengan peribahasa yang dilontarkan oleh Wak Botox.

Kerana itulah Umno mula mengarut tak tentu hala sejak kebelakangan ini setelah melihat Pakatan Rakyat semakin kukuh. Para pemimpin UMNO mula melatah dengan mengeluarkan bermacam-macam kenyataan yang boleh dilihat seperti orang hilang akal.

Apabila isu liwat yang dijaja oleh para pemimpin UMNO tidak mendapat sambutan rakyat, maka mereka telah menggunakan istilah pengkhianat dan pertualang Melayu pula. Memang Umno mula ketandusan isu untuk menentang Pakatan Rakyat yang semakin diterima oleh rakyat Malaysia, maka mereka mula takut kepada bayang-bayang sendiri.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: