
Majlis ini diadakan bagi sama-sama meraikan kedatangan saudara baru, dengan nama Islamnya, Nur Eliysh Batrisya Joannes dan pasangannya Hasfazilan Baki, pemuda Melayu dari Sarawak.Menurut Yaakob selain untuk meraikan kedatangan Elish dalam Islam,majlis ini juga adalah untuk memberi pengalaman bermakna bagi Elish dan suaminya.Mempelai yang tiba di kediaman Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan ini, turut disambut Tengku Panglima Di Raja Selangor, Tengku Sulaiman Shah sebagai tetamu kehormat.
Nur Eliysh, 24 tahun, yang ditemui memberitahu, hubungan dengan pasangannya disulam sejak menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan cintanya terhadap Islam terbit dalam diam.Dengan rasa sangat terharu, beliau mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Yaakob sekeluarga kerana meraikan persandingan mereka, walaupun sibuk dengan tugas harian.Pasangannya, Hasfazilan Baki, juga 24 tahun, banyak memberi dorongan kepada Eliysh untuk mempelajari selok belok kehidupan dalam Islam.
Nur Eliysh Batrisya sebelum memeluk Islam adalah penganut agama Kristian kaum Iban dari Sarawak.Kira-kira 500 tetamu hadir meraikan majlis ini.
No comments:
Post a Comment