Monday, August 17, 2009

-Ada Berani KJ!!!!!??????

Pemuda PKR cabar Pemuda BN

Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk berdebat mengenai kenyataan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabel penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pengkhianat Melayu.

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin mencabar Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin untuk berdebat secara terbuka mengenai perkara tersebut.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Jentera Pemuda PAS DAP PKR di markas Pemuda Pas di Kampung Pelet di Bukit Mertajam, semalam, Shahsul berkata, Khairy boleh tetapkan di mana sahaja dan bila untuk berdebat.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO dalam ucapannya semasa merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Batu Pahat baru-baru ini menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan berkata jentera Pemuda PAS PKR DAP akan berkerja keras bagi menarik pengundi muda untuk mengundi calon parti itu, Mohd Salleh Man Mat Aji pada pilihan raya kecil Permatang Pasir. Sehubungan itu, jentera Pemuda PAS PKR DAP telah mengatur beberapa strategi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS, termasuk turun padang bagi mengenalpasti pengundi muda di kawasan tersebut.

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: