Muhyiddin Yassin sendiri pun tidak tahu bahawa suatu ketika dahulu Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah derhaka kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu semasa beliau menjadi Presiden UMNO satu ketika dulu dengan menghasut rakyat dalam suatu Rapat Raksasa untuk menghapuskan kekebalan Raja Raja Melayu.
Para pemimpin UMNO akan buat apa sahaja untuk kembali berkuasa dalam PRU13 akan datang. Mereka akan buat apa sahaja untuk mempergunakan sesiapa sahaja, demi mencapai cita cita rakus mereka, demi sebuah kuasa. Walau siapa pun jadi korban, itu belakang kira. Kata orang Inggeris "by hook or by crook" UMNO/BN mesti mahu menang dalam PRU13 nanti.
Misalnya di Negeri Perak, para pemimpin UMNO mahu kembali berkuasa di negeri itu, walaupun semua orang kata "cara itu tidak beretika dan tidak bermoral". Namun UMNO akan gunakan siapa sahaja untuk kembali berkuasa ,biarpun hanya menubuh kan kerajaan Kudeta dengan teknik kotor "Machiavelli". Walau pun kes Kerajaan Negeri Perak sampai ke Mahkamah Persekutuan, ia tidak dapat merubah keadaan, kemenangan pasti berpihak kepada UMNO juga.
Plan B Dato Seri Najib "by hook or by crook" Negeri Selangor mesti jatuh ketangan UMNO/BN sebelum PRU13 nanti. Perancangan ini sudah diatur dengan rapi dan sudah pun dimulakan. Kata Khir Toyo tidak mustahil dalam bulan September Kerajaan Pakatan Rakyat akan jatuh ke tangan UMNO/BN jika plan B Dato Seri Najib berjaya.
SPRM sudah mengambil peranan penting menyiasat berhabis habisan 4 orang ADUN DAP seorang ADUN PKR yang dituduh menyalahgunakan peruntukan ADUN. Drama ini sama seperti drama di Perak dulu sehingga jatuhnya sebuah Kerajaan pilihan rakyat "Pakatan Rakyat" dalam satu pesta lompat melompat juga.
Di Negeri Selangor UMNO/BN punya 20 kerusi. PKR 15 kerusi. DAP 13 kerusi dan PAS 8 kerusi. Jumlah semua kerusi DUN Selangor sebanyak 56 kerusi. 4 ADUN DAP dan 1 ADUN PKR sedang dalam penyiasatan SPRM dalam kes menyalahgunakan kuasa peruntukan ADUN. Ada banyak lagi kes ADUN yang mungkin disiasat oleh SPRM dalam tuduhan yang sama sedikit masa lagi.
Apa yang kita tulis disini adalah semata mata merupakan "suatu andaian sahaja" yang mungkin akan berlaku atau mungkin tidak akan berlaku. Tapi biasanya dalam politik apa sahaja boleh berlaku. Politik mempunyai istilah tersendiri untuk mahu berkuasa dalam politik Kerajaan, sekalipun mereka terpaksa meminjam istilah orang Inggeris yang berbunyi "Kill or to be killed".
Kalau SPRM berjaya untuk mendakwa ADUN DAP dan PKR ke mahkamah mungkin sahaja pendakwa raya pula akan meminta kepada Hakim Mahkamah supaya jawatan mereka sebagai ADUN digantung dulu sementara waktu hingga kes mereka selesai. Perbicaraan demi perbicaraan akan terus berjalan. Entah sampai bila ada penghujungnya.
Katakanlah kalau andaian ini betul, misalnya 17 ADUN Pakatan Rakyat pula akan didakwa dengan kesalahan yang sama, ini bererti Pakatan Rakyat cuma tinggal 19 kerusi ADUN sahaja dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. UMNO/BN punya 20 kerusi DUN sudah boleh membentuk Kerajaan Selangor. UMNO/BN mungkin akan adakan undi tidak percaya dalam persidangan DUN Selangor yang akan datang untuk merebut kuasa Kerajaan. Apa sahaja yang tidak boleh, pada UMNO semua boleh.
Aikk...takkan banyak ni je geng algojo yang datang,kata beribu - ribu lemon
Sebelum PRU13, para pemimpin UMNO sudah mulai buat macam macam cara untuk mengembalikan kepercayaan pengundi kepada UMNO/BN. Misalnya di Kampung Buah Pala Penang. Perjanjian dengan pemaju dibuat semasa Kerajaan UMNO/BN lagi.Tapi sekarang isu tersebut dilemparkan oleh UMNO/BN kepada Kerajaan Pakatan Rakyat pula.
Kes merobohkan rumah rumah orang India diKampung Buah Pala Penang telah diperintahkan oleh mahkamah. Tapi taktik UMNO/BN mereka arahkan orang India memekik mekik mengutuk DAP dan Kerajaan Pakatan Rakyat. Soalannya, apa kena mengena perjanjian UMNO/BN itu dengan pemaju terdahulu dengan Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang?
Muhyiddin Yassin pula menyerang Anwar Ibrahim menuduh sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Ini tuduhan bukan politik lagi, ia sudah melibatkan kes nasional. Kalau betul Anwar sebagai seorang pengkhianat bangsa Melayu, kenapa Muhyiddin tidak ambil tindakan undang-undang bawa Anwar ke mahkamah pengadilan?
Dari pandangan mata kasar orang ramai, Anwar tidak pernah derhaka kepada Raja-Raja Melayu? Anwar tidak pernah khianati bangsa Melayu? Anwar tidak pernah khianat kepada Bahasa Melayu? Muhyiddin nampak benar menggelabah melihat sehari demi sehari orang Melayu sudah tidak yakin kepada perjuangan UMNO. Untuk memulihkan imej UMNO yang sudah para di mata rakyat Malaysia, Muhyiddin terpaksa menyerang Anwar Ibrahim supaya dia lebih hero, lebih Melayu di mata orang Melayu.
Anwar Ibrahim cuma mahu DEB itu dapat dinikmati oleh semua Warga Negara Malaysia, pengkhianat kah i tu namanya? Selama ini pun DEB cuma menguntungkan kepada kroni kroni dan khadam khadam yang ada cable dengan orang atas sahaja yang mewah. Bagaimana rakyat Malaysia yang masih tinggal dirumah Project Perumahan Rakyat Termiskin PPRT? Hanya rumah PPRT sahaja kah hak istimewa orang Melayu?
Anwar tidak pernah menidakkan hak istimewa orang Melayu yang dilindungi dalam Perlembagaan Persekutuan malah Anwar mahu hak istimewa orang Melayu itu biar lah sampai dan diterima oleh orang Melayu seperti yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan. Bukan diberikan pada kroni dan khadam khadam para pemimpin sahaja. Pengkhianat kah Anwar Ibrahim kalau membela hak orang Melayu, kalau
mahu diberi biarlah bertempat?
Sebenarnya Muhyiddin Yassin ini bukan lah berapa pandai kalau bercakap mengenai hak orang Melayu, apa yang dia sudah cakap dia sendiri pun tidak tahu. Muhyiddin Yassin tidak lah sebijak Dato Seri Anwar Ibrahim. Muhyiddin Yassin sendiri pun tidak tahu bahawa suatu ketika dahulu Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah derhaka kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu semasa beliau menjadi Presiden UMNO satu ketika dulu dengan menarik kekebalan Raja Raja Melayu.
Sebenarnya para pemimpin UMNO hari ini dalam dilema, orang Cina dan India buat protes dalam diam. Mereka memang sedih kejadian misteri di bangunan SPRM dan kematian Kugan didalam tahanan polis. Mereka ini memang penyokong setia BN pada suatu ketika dulu. Bila pemimpin BN bertukar ganti, kini mereka diklarifikasikan sebagai Warga Negara Malaysia yang dipertikaikan oleh para pimpinan muda UMNO. Dalam masa yang sama para pemimpin UMNO sangat mengharapkan undi dari Cina dan India.
Taktik perkauman yang digunakan oleh Muhyiddin Yassin yang selalu 'highlight' bangsa Melayu dan hak istimewa orang Melayu itu suatu taktik yang tidak bijak. Tidak perlu lagi Muhyiddin canang canangkan, semua orang faham hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan. Cara perkauman yang diraihkan oleh Muhyiddin untuk mengaut simpati dari bangsa Melayu itu akan backfire pula jadinya kalau orang Cina dan India nanti ambil jalan "short cut" undi DAP dan PKR baru Muhyiddin putih mata.
No comments:
Post a Comment