Sedia Di Soal Siasat : YB Rodziah Ismail
TV Selangor : Saya bersedia untuk disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada bila-bila masa sahaja, kata Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail.
Beliau berkata, tiada apa yang ingin diselindungkan, berhubung peruntukan DUN angkatnya, Sementa berjumlah 375 ribu ringgit seperti yang didakwa pihak tertentu.
“Saya sentiasa bersedia insyaallah, kita jelas apa kes dia nak siasat saya, tapi jika berkenaan peruntukan DUN saya sentiasa bersedia pada saya ini adalah tangungjawab saya untuk pastikan peruntukan dun itu sampai ini menjadi amalan urus tadbir kita, bahawa kita perlu telus, jelas, pemberian itu diberikan,” jelasnya.
Rodziah diminta mengulas tindakan pegawai SPRM yang menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN Sementa, dua hari lalu. Kelmarin, pegawai khasnya, Saadon Mohar , dibawa oleh SPRM ke Pajabat Tanah dan Daerah Klang bagi mendapatkan beberapa dokumen pembayaran yang dilakukan, tahun lalu.
Difahamkan, SPRM menjalankan siasatan itu selepas Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) melaporkan dakwaan terdapat salah guna peruntukan DUN
Rodziah berkata, peruntukan DUN angkatnya itu digunakan untuk membiayai pelbagai projek pembangunan dan program rakyat.
“Peruntukan itu jelas pembahagiannya ada juga program surau masjid perlu perutukan tambahan, bagi saya jika saya telus memberi mereka juga mesti beritahu apa yang mereka buat, yang penting peruntukan itu sampai kepada masyarakat,” katanya
SPRM jadi tak cekap walaupun dah dilaporkan berkenaan kes di bawah :
1) Di Selangor sebelum pilihan raya umum 8 Mac 2008, wang peruntukan Adun BN yang berjumlah RM500,000 dihabiskan dalam tempoh 50 hari merangkumi jumlah keseluruhan (54 Adun) sebanyak RM27 juta?
2) Kemana hilangnya aduan terhadap individu terbabit dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM12.5 bilion,
3) Lawatan Khir Toyo ke Disneyland yang menelan belanja hampir RM1.8 juta.
4) dan Banyak Lagiii.................
Mengapa Gerak tak laporkan kes diatas??
Pada Exco dan Adun Pakatan Rakyat tak payah nak takut strategi UMNO/BN ni.. Yang penting terus Fokus mentadbir Selangor ini dengan baik.. Rapatkan Parti dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor..
Juak-Juak Umno dalam pentadbitan kerajaan Selangor perlu dipantau pergerakan mereka. Dikhuatiri ada tali barut dalam Pentadbiran Kerajaan Selangor.. Beri kepercayaan pada anggota Parti yang layak dalam urusan Pentadbiran Kerajaan Selangor.. Perkukuhkan parti dan Gabungan Pakatan Rakyat..
"HIDUP KETUANAN RAKYAT'
No comments:
Post a Comment