Thursday, August 6, 2009

-SPRM salah satu strategi BN melemahkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor..


Najib Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor bersama puak2 Umno dan BN dibelakang..

Umum mengetahui, SPRM memang hyper agresif menyerbu pejabat exco-exco Pakatan Rakyat dalam menjalankan siasatannya. Perkara tidak ada perlu diada-adakan..

Nak Tanya???

Kenapa beberapa pemimpin BN Selangor yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah bernilai jutaan ringgit?
1) Di Selangor sebelum pilihan raya umum 8 Mac 2008, wang peruntukan Adun BN yang berjumlah RM500,000 dihabiskan dalam tempoh 50 hari merangkumi jumlah keseluruhan (54 Adun) sebanyak RM27 juta?
2) Kemana hilangnya aduan terhadap individu terbabit dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM12.5 bilion,
3) Lawatan Khir Toyo ke Disneyland yang menelan belanja hampir RM1.8 juta.
4) dan Banyak Lagiii.................

Laaa… HAIRAN!!!!!

Ringkasnya, ke mana pergi laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa pemimpin BN tidak dipedulikan SPRM?
Rakyat menuntut jawapan tegas tanpa sebarang unsur politik.

Kegagalan SPRM berbuat demikian bermakna SPRM telah mencalar polisi kebebasannya sendiri yang boleh dianggap penubuhannya adalah semata-mata untuk menjadi kuda tunggangan Umno-BN bagi melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Hakikatnya???

Setiap hari SPRM ditekan oleh puak-puak BN untuk mencari dan mengada-adakan kes-kes yang menglibatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor..

Sekiranya beberapa Exco Pakatan Rakyat Selangor didakwa. Ini akan melemahkan fokus exco berkenaan dalam menjalankan tugas mentadbir kerajaan Selangor.. Masa dan wang ringgit exco yang didakwa terpaksa dihabiskan untuk urusan Mahkamah.. Fikiran pun bertambah berat..

Contoh terdekat adalah apa yang berlaku pada Dato’ Seri Anwar Ibrahim didakwa atas tuduhan liwat kali kedua.. Tanggungjawab selaku Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Keadilan sering terganggu disebabkan urusan Mahkamah..
Puak2 BN akan mensensasikan berita-berita negatif terhadap kerajaan Selangor.
Mereka mahu merampas Selangor Pada PRU ke-13.. Ada juga pemimpin Umno dah berkira-kira nak merampas kerajaan Selangor secepat mungkin macam di Perak..

Alahai.. Macam2 strategi kotor puak-puak BN ni.. Doakan lah supaya Allah melindungi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.. Amin..

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: