Thursday, August 20, 2009

-Kerajaan Selangor menghargai pandangan Rakyat..

Rakyat Selangor Dipelawa Sertai Majlis Dialog Bajet 2010

Kerajaan negeri Selangor akan mengadakan Majlis Dialog Bajet 2010 bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk turut serta dalam perbincangan belanjawan negeri bagi tahun 2010. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia bertujuan menyediakan kertas belanjawan yang akan dibentangkan di dewan negeri Selangor pada persidangan dewan akan datang.

“Dengan cara ini, kita akan mengadakan Majlis Dialog Belanjawan dan mengambil kira pandangan dan cadangan masyarakat negeri Selangor.“Tujuan majlis dialog ini untuk menyediakan kertas belanjawan yang dibentangkan di dewan negeri Selangor pada persidangan November tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.
Tan Sri Khalid berkata, jika ada persatuan yang ingin turut serta dalam perbincangan belanjawan tersebut, mereka boleh menghubungi Pejabat Menteri Besar atau Pejabat Kewangan Negeri Selangor. Dialog berkenaan akan diadakan pada 12 dan 13 Oktober depan di Selangor Convention Centre, Shah Alam.

Syabas kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.. Teruskan mentadbir kerajaan Selangor dengan saksama dan bijak. Walaupun serangan demi serangan terus dirancang oleh BN..

Retorik 1 Malaysia dilaung-laungkan oleh Najib tetapi dalam masa sama Timbalannya dan juak-juak UMNO heboh mempermainkan politik sempit melaga-lagakan kaum melayu dengan lain-lain kaum di Malaysia melalui kenyataan2 mereka..

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: