Sunday, August 23, 2009

-Kerajaan Selangor memperkasakan dakwah masyarakat majmuk Selangor..

SHAH ALAM, 20 Ogos - Agama Islam semakin diterima ramai sebagai agama pilihan utama di kalangan masyarakat majmuk di negara ini.Berdasarkan statistik saudara baru yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dari tahun 2005 hingga sekarang, didapati semua pihak semakin memahami dan terdapat penghijrahan besar pelbagai bangsa kepada Islam.
Ini turut dipengaruhi dengan faktor perkahwinan dan atas kerelaan sendiri kerana mereka mempunyai kefahaman yang baik tentang Islam.

“Untuk tujuan dakwah memang dibenarkan, ini terletak di bawah asnaf Fisabilillah, iaitu asnaf yang lapan jadi dengan tujuan untuk menjinakkan orang-orang bukan Islam untuk masuk Islam dan juga untuk memaklumkan kepada orang bukan Islam tentang apa itu sebenarnya Islam. Terutamanya dalam keadaan sekarang ni ramai yang tak tahu, ataupun keliru tentang Islam itu sendiri jadi ini menimbulkan perselisihan, ketegangan dan isu yang berkaitan dengan agama jadi saya rasa wang zakat tak jadi masalah untuk digunakan untuk tujuan ini”, kata Pengerusi MAIS.
Pengerusi MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata demikian kepada TV Selangor selepas menutup Konvensyen Dakwah Masyarakat Majmuk Selangor di Dewan Annex, Shah Alam, petang tadi.

Konvensyen hampir satu hari itu merupakan inisiatif MAIS bagi memperkasakan lagi usaha dakwah di semua peringkat termasuklah dari kalangan NGO, ahli akademik dan agensi kerajaan.
Konvensyen itu juga membuat beberapa resolusi, antaranya memperkasakan program dan perancangan dakwah terhadap golongan mualaf dan mendekati orang bukan Islam dengan pendekatan dan saluran yang strategik serta sistematik.“Bekerjasama dengan Masjid, NGO Islam, Jabatan dan Majlis Agama di peringkat daerah dan negeri supaya perhatian dan bimbingan dapat diberi kepada setiap mualaf bermula dari masa pengislaman sehingga ia meninggal dunia. Membekalkan pendakwah di kalangan Ngo’s Islam dengan kemahiran melaksana, mengurus dan mentadbir dakwah dan kebajikan mualaf. Menyediakan dana secukupnya untuk perlaksanaan dakwah kepada non Muslim di Selangor”, kata Ahmad Zaki Arshad, Setiausaha Jawatankuasa Dakwah Negeri MAIS.

Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan pada konvensyen yang dihadiri kira-kira 200 peserta.
Ia disampaikan oleh Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Datuk Dr Abdul Razak Kechik, Presiden Malaysian Relief Agency dan Muhammad Fitri Abdullah, Pendakwah Bebas. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: