Monday, August 24, 2009

-Putar alam dan putar belit.. Makin terbelit??? Wallahuallam.

Inkues kematian Teoh Beng Hock.

Inkues hari ini diteruskan dengan mendengar Peguam bela dan penguam cara yang mewakili kerajaan, Tan Hock Chuan membuat laporan kepada mahkamah tentang perintah berhubung surat misteri. Dalam laporan beliau berkata surat itu tidak mempunyai tanda tangan. Tiada bukti bagi menyokong semua 5 tohmahan mengenai pembabitan SPRM berhubung kematian TBH.Surat yang bertarikh 5 Ogos 2009 dan tidak ditandatangani itu mendakwa bahawa

1) Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah memberi arahan kepada pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam operasi siasatan supaya tidak melibatkan beliau dalam kes kematian TBH.
- Tan menyatakan bahawa polis telah merekodkan percakapan daripada saksi-saksi relevan dan mendapati tiada keterangan untuk membuktikan tohmahan ini.

2) Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah menggunakan teknik soal siasat tersendiri, bagaimanapun teknik tersebut tidak didedahkan oleh Tan dalam laporannya kepada mahkamah.
- Tan bagaimanapun tidak mendedahkan teknik tersebut dalam laporannya kepada mahkamah.

3) Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah memberikan sampel DNA beliau di biliknya sendiri, dan bukan di bilik mesyuarat seperti yang dilakukan oleh pegawai SPRM yang lain.
- Tan mengatakan bahawa, mengikut pakar saintis Dr Seah Lay Hong, dakwaan ini tidak benar kerana beliau sendiri hadir ketika semua pegawai SPRM terlibat memberikan sampel DNA.. Sampel DNA 12 pegawai SPRM, termasuk Timbalan Pengarah SPRM Selangor, telah diambil sekali lagi pada Rabu lepas dan hasil ujian menunjukkan sampel DNA tersebut adalah tidak sepadan dengan DNA misteri yang dijumpai pada belakang kot dan tali pinggang yang dipakai si mati pada hari kejadian.

4) Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah mengarahkan pegawainya mengelap cap jari pada bngkai tingkap.
- Tan mengatakan bahawa,hasil siasatan lanjut pihak polis telah mendapati tiada bukti yang menyokong dakwaan bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah mengarahkan pegawai bawahannya untuk mengelap kesan cap jari pada tingkap di mana si mati dipercayai terjatuh.

5) Timbalan Pengarah SPRM Selangor tidak mengetik kad perakam waktu ketika keluar dari pejabatnya pada hari kejadian, iaitu 16 Julai lalu.
- Tan mengakui mengenai dakwaan ini, bagaimanapun beliau meminta mahkamah supaya mengambil kira pita rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan bahawa Timbalan Pengarah itu telah keluar dari pejabatnya pada pukul 6.26 pagi, 16 Julai 2009.Peguam pihak keluarga TBH, Gobind Singh Deo meminta surat layang yang dibangkitkan itu ditandakan sebagai bahan bukti. Walaubagaimanapun, permintaan Gobind itu dibantah oleh Tan dan peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa.Abdul Razak mengatakan bahawa tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan surat layang seumpama itu diterima sebagai eksibit dan menegaskan supaya mahkamah tidak terpengaruh dengan sesuatu perkara yang tidak diakui ketulenannya. Tan bagaimanapun mencadangkan supaya surat tersebut hanya disimpan sebagai rekod dalam fail mahkamah.Koroner kemudian memerintahkan supaya surat itu tidak ditanda dahulu sebagai ekshibit sebaliknya disimpan dalam fail mahkamah, namun beliau membenarkan Gobind untuk menyoal balas saksi-saksi SPRM berhubung dakwaan dalam surat itu apabila mereka memberikan keterangan di mahkamah nanti.

Inkues seterusnya bersambung dengan keterangan daripada Saksi ke-16, pegawai penyiasat kes siasatan SPRM, Mohd Anuar Ismail. Beliau memberitahu mahkamah bahawa kali terakhir beliau melihat TBH adalah pada pukul 2 pagi, 16 Julai.Selepas itu, kira-kira pukul 9 pagi pada tarikh yang sama beliau menjumpai beg TBH berhampiran sofa di pejabat SPRM. Namun dia tidak melihat kelibat TBH di sekitar pejabat. Beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa tidak ada sebarang kekerasan dan ugutan terhadap Teoh semasa proses soal siasat dijalankan.Pada pukul 5 pagi, 16 Julai beliau dimaklumkan oleh pegawai SPRM yang bernama Mohd Ashraf Yunus, bahawa TBH telah meminta minuman daripadanya. Kira-kira pukul 6 pagi tarikh yang sama, pegawai yang bernama Raymond Nion anak John Timban telah melihat TBH masih tidur diatas sofa dalam pejabat SPRM.

Mahkamah ditangguhkan hingga esok.meniaga di bulan Ramadan ini,” kata Rosli Norani.-(Pro-reform)

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: