Monday, August 31, 2009

-Memang nak cabar Mansuhkan ISA..

YB Rodziah Tegur Akhbar Putarbelit Kenyataannya..!

Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga yang juga exco kerajaan Negeri Selangor, YB Rodziah Ismail hari ini menyelar sebuah akhbar harian yang disifatkan mengeluarkan laporan dan berita yang mengelirukan dan memutarbelitkan kenyataannya.

Akhbar Sinar Harian di dalam pada hari semalam telah menyiarkan berita bertajuk ”ISA kepada yang terlibat: Exco” di mukasurat pertama dan Rodziah menyarakan bahawa tajuk berita yang disiarkan adalah mengelirukan atau misleading kerana saya tidak pernah menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) digunakan ke atas mereka yang menyertai perhimpunan itu.Rodziah menjelaskan ketika ditemui wartawan, beliau mempersoalkan double standard yang diamalkan oleh pihak pemerintah kerana kelihatan hanya menggunakan ISA ke atas pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa menimbulkan isu perkauman sepertimana dilalui oleh Exco Kerajaan Negeri Teresa Kok tahun lepas, tetapi tiada tindakan dikenakan ke atas pimpinan atau penyokong Barisan Nasional yang menjurus kepada ketegangan perakuman sepertimana disaksikan dalam perarakan kepala lembu di depan Bangunan SUK pada Jumaat lalu.Katanya, adalah jelas bahawa ISA digunakan oleh pihak pemerintah hanya untuk memburukkan imej pimpinan Pakatan Rakyat.

Untuk menghalalkan penggunaan ISA, pimpinan Pakatan Rakyat dikaitkan pula dengan isu ketegangan perkauman.Justeru itu, beliau menekankan bahawa beliau tetap berpegang kepada pendirian bahawa ISA harus dimansuhkan kerana ISA telah memberi kuasa yang terlalu besar kepada Menteri Dalam Negeri sehingga bertindak secara selektif serta menafikan hak perbicaraan dan hak untuk membela diri seseorang.Beliau berharap pelaporan berita ke atas isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Sekysen 23 ini tidak teralih dari masalah pokoknya, iaitu isu perancangan komuniti yang bakal diselesaikan dalam pertemuan dengan penduduk Seksyen 23 pada 5 September nanti.Di dalam satu perkembangan lain, akhbar Sinar Harian telah sekali lagi cuba mengellirukan pembacanya dengan menggunakan laporan beritanya yang salah itu untuk mendapatkan pandangan dari Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan.

Menurut laporan Sinar Harian hari ini, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mempersoalkan desakan pemimpin PR yang mahukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan terhadap kumpulan penunjuk perasaan sedangkan mereka sebelum ini menolak penggunaan akta tersebut.“Itu adalah suatu yang pelik kerana pembangkang sanggup berdemonstrasi besar-besaran mahukan ISA dihapuskan tetapi sekarang mahukan akta tersebut digunakan pula.“BN sudah lama dahulu mengetahui bahawa dalam kes-kes tertentu ISA patut digunakan kerana kita memahami akta terbabit tidak akan disalah gunakan untuk kepentingan sendiri,” katanya.

Penafian Rodziah menunjukkan Ahmad Maslan tidak lansung menyemak fakta kebenaran persoalan yang dikemukakan oleh wartawan akhbar picisan, Sinar Harian tersebut tetapi lebih selesa untuk mengulas mengikut kehendak nafsunya sekalipun berasaskan kepada laporan berita yang salah.

Saya cabar Polis supaya menahan individu yang cetuskan simbolik kepala lembu menyebabkan ketegangan perkauman Jumaat lepas disiasat mengikut akta polis selain ISA secepat mungkin.. Tak perlu ISA macam Teresa Kok.. Jangan nak ubah tajuk.. Yang dipertikaikan adalah kelembapan pihak polis bertindak seolah-olah takut dengan BN berbanding kepantasan bilamana sesuatu aduan ditujukan kepada Pemimpin Pakatan Rakyat..

Jangan Nak Kelentong Rakyat Malaysia..

1Malaysia terbarai.. Laungan Retorik semata-mata kosmetik tanpa pengisian..
Slogan 'Ketuanan Rakyat' terus diperjuangkan Pakatan Rakyat..

1 comment:

Pemburu Syahid said...

Makin canggung langkah "silat lidah" yang dipersembahkan.

Belitlah selagi mana boleh membelit kerana akhirnya anda sendiri yang akan terbelit.

Kebenaran makin nyata. Baik di pihak BN mahupun di pihak PR.

Warna warna sebenar pemimpin BN dan PR semakin terserlah.

BN makin terserlah keruntuhan dan kehancurannya. Manakala, PR sedang menuju jalan yang dilalui oleh BN.

Hakikatnya, lambat laun, PR akan jadi BN jika PR gagal bersihkan PR daripada pimpinan "angguk angguk geleng geleng".

Aku tak kisah jika admin tak siar komen aku.

Tetapi admin perlu ingat kata kata DSAI ketika mana beliau mula dipecat 10 tahun dulu.

"Jika takutkan ombak, jangan berumah di tepi pantai. Jika takurkan risiko, jangan bicara soal perjuangan".

Itu adalah apa yang diucapkan oleh DSAI.

Ini pula apa yang aku nak ucapkan kepada AMK yang kebanyakannya hanya pandai "berbaju dan bergaya" tetapi hakikatnya kosong dalam menjiwai perjuangan.

"Jika hanya nak siarkan puji pujian, jangan berblog. Jika hanya tahu menghentam musuh tanpa tahu cermin diri, jangan berjuang. Jika tak tahan pedih telinga, jangan berpolitik".

Take it or leave it....

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: