Monday, August 24, 2009

-Meraikan Umat Islam berpuasa.

Masjid Negeri Selangor Edar 2,500 Bubur Lambuk Kepada Orang Ramai

SHAH ALAM, 23 Ogos - Sudah menjadi tradisi setiap kali tibanya bulan Ramadan, para petugas Masjid Negeri Selangor bertungkus lumus menyediakan juadah berbuka puasa itu seawal 9 pagi lagi.Pada tahun ini, Masjid Negeri menyediakan kira-kira 2,500 bungkus bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai secara percuma setiap hari.

“Jadi nampaknya sudah bertambah bilangan bubur lambuk daripada 500 kepada 2,500 pada kali ini, dan tak termasuk yang dibuat tiap-tiap hari Khamis, 500 dan sebagai tambahan bulan Ramadhan ni saya diberitahu ada 1,000 lagi untuk berbuka selain daripada yang disediakan pada petang ini. Jadi nampaknya saya rasa bubur lambuk kita semakin sedap, mungkin lebih sedap dari Kg Baru”, kata Pengerusi MAIS.

Demikian kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa selepas merasmikan Program Bubur Lambuk Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam petang semalam.Dalam pada itu, bubur lambuk yang disediakan oleh Masjid Negeri pada tahun ini merupakan hasil sumbangan syarikat-syarikat swasta, orang perseorangan dan derma orang ramai.Bubur lambuk ini diagihkan selepas waktu Asar setiap hari kepada orang ramai.

Kira-kira 4 ribu ringgit diperuntukkan untuk menyediakan sajian tradisi ini.
Hadir sama Datuk Azim Abu Bakar Abdul Hamid, Orang Besar Daerah Petaling; Tan Sri Ambrin Buang, Ahli Dewan Negara dan Imam Besar Masjid Negeri, Ahmad Mustafa Sidin. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

No comments:

Semak Waktu Solat Dan Marilah Sembahyang..

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country: